3 Rahsia mudah buat sambal kicap anda tahan lebih lama dan sedap

Sambal kicap kalau dengan padanannya memang buat kita teringat-ingat. Baik dimakan dengan Pisang Goreng, Ikan Bakar atau boleh dimasukkan ke dalam sup untuk menaikkan rasanya. Sambal kicap memang pelbagai gunanya, jadi memang tak rugi kalau nak buat banyak-banyak dan

jadikan stok simpanan. Perkongsian yang dikongsikan oleh Fatimah Naamat mengenai sambal kicap yang disimpan lama di dalam peti sejuk memang patut kita cuba. Paling menarik katanya, sambal kicap ini mampu bertahan lama, sehingga bertahun lamanya. Jom kita ikut caranya.

Rahsia nak buat sambal kicap yang tahan lama ni Tim belajar dari kak ipar, Kak Ngah namanya. Nilah seronok beripar duai, kita belajar teknik masakan yang banyak. 1. Cili dan kicap mesti sama sukatannya.
Kalau semangkuk cili, kicap pun mesti semangkuk.

Tim suka pakai kicap lemak manis. Nak pakai kicap masin kena tambah gula sikit. Letak beberapa ulas bawang putih. cara masak sambal kicap, cara buat sambal kicap, petua sambal kicap, resepi sambal kicap, resepi sambal kicap johor

2. Kisar lama.Kisar cili dan kicap sampai hancur setiap biji cili. Kisar biar lama sikit. Kalau nak pedas piaw pakailah cili padi semua. Tim campurkan cili siam dan sikit cili hijau. 3. Masak Lama. Masak atas api perlahan sampai ianya pekat dan likat. Kiranya sampai campuran kicap dan cili jadi separuh dari asalnya.

Campur cuka atau limau untuk ada elemen masam. Sambal kicap ni boleh simpan bertahun-tahun dalam peti ais. Boleh cicah dengan ikan bakar atau letak dalam sup panas. Bukan sahaja perkongsian 3 cara ini, malah tiga rakan-rakan Fb juga berkongsi rahsia mereka sendiri untuk memastikan Sambal Kicap lagi sedap dan power.

Jom tiru. cara masak sambal kicap, cara buat sambal kicap, petua sambal kicap, resepi sambal kicap, resepi sambal kicap johor cara masak sambal kicap, cara buat sambal kicap, petua sambal kicap, resepi sambal kicap, resepi sambal kicap johor

Thanks pada kawan-kawan di FB kasi tips extra. Puan Aini – Bakar bawang putih sekali dengan kulit dia sebelum masuk blender. Sambal kicap akan lebih wangi. Puan Nisa – Boleh campur belacan goreng pada yang suka. Puan Fawzika – Goreng layu dengan sedikit minyak bawang putih, cili dan sedikit kismis sebelum kisar dan masak. Letakkan sedikit cuka ketika masak. Sambal jadi berkilat. Selamat mencuba.

Sumber : Fatimah Naamat

Author: fafa