30 selebriti tempatan yang sesuai disamakan dengan watak Avengers

Hari ini, tayangan rasmi filem yang paling ditunggu-tunggu, Avengers : EndGame akan ditayangkan seawal jam 7 pagi tadi. Malah Malaysia juga merupakan antara negara yang terawal sebut tayangan rasminya dipertontonkan pada 24 April ini. Menyusuli keterujaan menonton filem ini, Hangat.com turut enggan lepaskan peluang untuk bersama-sama

pembaca membuat spekulasi kami tersendiri! Dimana di dalam artikel ini, suka untuk kami membuat andaian selebriti-selebriti tempatan yang mempunyai persamaan mahupun kesesuain dengan watak-watak di dalam filem Avengers. Perlu diingatkan, ini hanyalah tafsiran kami semata-mata, no hard feeling okay!

1. Captain America – Norman Hakim

Suka untuk kami tampilkan Norman Hakim sebagai Captain America. Kedua-duanya mempunyai persamaan dari segi lagak mereka yang dikategorikan sebagai ‘cool’ dan berbadan kekar. Persamaan yang tidak dijangka.

2. Captain Marvel – Raja Ilya

Ayuh realisasikan impian rakyat Malaysia untuk melihat Raja Ilya sebagai Captain Marvel. Tidak dinafikan Ilya mempunyai pakej yang lengkap apatah lagi dia sememangnya aktif bersukan! Sebagai info, Brie Larson turut mempelajari seni Judo sebaik sahaja memegang watak utama filem ini.

3. Iron Man – Rosyam Nor

Tertanya mengapa kami namakan Datuk Rosyam Nor sebagai Iron Man? Lihat sahaja pembawakan Rosyam yang pelbagai malah masih segar dalam ingatan kami mengenai salah satu babak lakonannya dalam Misteri Dilaila. Sungguh tidak dijangka sama sepeti Tony Stark!

4. Thor – Aaron Aziz

Jujur kami katakan, Aaron Aziz mempunyai pakej yang agak lengkap untuk kebanyakan superhero. Namun Thor adalah pilihan kami buat Aaron memandangkan adegan yang dibawa Thor adalah aksi berlawan sama seperti Aaron yang kebanyakannya dikenali dengan drama mahupun filem aksi.

5. Hulk – Shaheizy Sam

Sama seperti Datuk Rosyam Nor, Shaheizy Sam juga mempunyai perwatakan menarik yang sukar dijangka. Seperti sebuah ‘boommmm’ , Shaheizy mampu menonjolkan lagak ‘ganas’ sekaligus membuatkan kami terfikir akan Hulk.

6. Dr Strange – Fattah Amin

Dari segi fizikal, Fattah Amin dan Dr Strange mempunyai ciri-ciri persamaan yang tersendiri. Sebagai contoh, raut wajah mereka yang sentiasa ‘redup’ meskipun dalam keadaan marah! Bila lihat dengan teliti dan lama wajah Fattah seakan Dr. Strange

7. Black Widow – Janna Nick

Janna Nick merupakan pelakon yang sesuai untuk membawa watak Black Widow! Lasak, dan bergaya membuatkan Janna hampir sama seperti Ejen Romanov. Janna Nick dengan nama penuh Nurul Jannah binti Muner merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia.

8. Scarlet Witch – Elizabeth Tan

Pada mulanya kami agak tertanya siapakah pelakon yang sesuai untuk memegang watak Scarlet Witch yang mempunyai karakter lemah lembut namun tangkas berlawan. Justeru itu, kami teringatkan Elizabeth Tan adalah pelakon yang sama seperti Scarlet Witch!

9. Black Panther – Hairul Azreen

Calon yang paling sesuai untuk Black Panther semestinya Hairul Azreen! Pantas, tangkas, hebat berlawan kedua-dua figura ini mempunyai persamaan.Hairul Azreen bin Idris atau lebih dikenali sebagai Hairul Azreen (lahir 23 April 1988) merupakan pelakonlelakiMalaysia. Memulakan kerjaya dalam bidang seni sebagai pelagak ngeri sebelum menjadi pelakon.

10. Spiderman – Aedy Ashraf

Tidak sukar untuk kami mencari siapakah calon yang sesuai untuk memegang watak sebagai Spiderman.  Seorang remaja kacak yang sedikit ‘nakal’, Aedy Ashraf adalah pilihan kami yang layak disamakan sebagai calon yang sesuai untuk memegang watak sama seperti Spiderman.

11. Loki – Ammar Alfian

Siapakah watak yang boleh berpaling tadah dan agak kuat? Benar! Ammar Alfian adalah pilihan yang tepat.Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri (lahir pada 5 April 1987) atau lebih dikenali sebagai Ammar Alfian merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia.

12. Nick Fury – Adi Putra

Bukan kerana botak mahupun memakai kacamata hitam penyebab kami memilih Dato Adi Putra sebagai Nick Fury. Namun, pelakon ini mempunyai gaya sebagai seorang ketua dan dalam masa yang sama turut berkebolehan dalam seni mempertahankan diri.

13. Ant Man – Remy Ishak

Antman secara hakikatnya masih cuba menyembunyikan identiti dirinya sebagai seorang superhero. Pilihan Remy Ishak sebagai Antman adalah kerana fizikalnya yang hampir sama dan berkebolehan membuat lawak secara tidak langsung.

14. The Wasp – Maya Karin

Pada mulanya kami ingin meletakkan Maya Karin sebagai Black Widow. Tetapi Maya terlalu cantik dan penyayang untuk diletakkan pada watak tersebut sekaligus sebagai pencinta flora dan fauna, The Wasp adalah yang paling sesuai!

15. Hawkeye/Ronin – Hisyam Hamid

Hawkeye sememangnya dikenali sebagai seorang yang cekap dalam membidik sasaran dan juga pantas! Sebagai bekas anggota bomba, Hisyam Hamid sememangnya mempelajari teknik-teknik menyelamatkan mangsa dengan pantas. Hawkeye adalah milik pelakon kelahiran Singapura ini.

16. Groot – Zizan Razak

Biarpun hanya menyebut namanya sendiri, namun Groot berjaya menghiburkan penonton secara tidak langsung. Teringat pula kami pada Zizan Razak yang sememangya seorang penghibur yang cukup berbakat!Mohd Razizan Abdul Razak  atau lebih dikenali sebagai Zizan Razak, ialah seorang pelawak, pengacara, pelakon, penyanyi dan duta Malaysia.

17. Rocket Racoon – Datuk AC Mizal

Comel tetapi tegas! Dengan kelantangan suara yang dimiliki membuatkan kami tergerak hati untuk memilih Dato AC Mizal sebagai si comel ini. Dato’ Mizal Dato’ Zaini atau lebih dikenali sebagai AC Mizal (lahir 21 Disember 1971) merupakan seorang pelakon, penyanyi, pelawak, pengacara dan penyampai radio Malaysia.

18. Mantis – Amyra Rosli

Lemah lembut sama seperti Mantis! Malah jika anda perasan, wajah Amyra Rosli mempunyai iras pelakon ini, Pom Klementieff.Nur Amira Izzati binti Rosli atau lebih dikenali sebagai Amyra Rosli merupakan seorang pelakon wanita Malaysia . Beliau memulakan kerjaya lakonan sepenuh masa pada 2011 menerusi drama Jodoh dan macam2 lagi.

19. Starlord – Shukri Yahya

Nakal dan lasak! Shukri Yahya adalah calon yang sesuai untuk memegang watak utama bintang Guardian of the Galaxy ini.Mohd Shukri bin Yahaya (lahir 13 Jun 1988) atau lebih dikenali sebagai Shukri Yahaya merupakan seorang pelakonlelakiMalaysia. 

20. Gamora -Fazura

Abaikan wajahnya yang berwarna hijau. Alasan kami memilih Fazura sebagai watak ini adalah kerana Gamora sememangnya adalah pejuang sebenar. Malah secara kebetulan Fazura turut mempunyai kelab peminat yang dikenali sebagai Fazbulous Warrior.

21. Nebula – Ain Edruce

Pada mulanya Nebula dikenali sebagai seorang yang jahat namun disebaliknya tersirat sifat penyayang di dalam dirinya. Ain Edruce merupakan pilihan yang tepat kerana menepati ciri-ciri Nebula yang sebenar!

22. Drax – DJ Nas-T

Berbadan tegap dan lurus bendul mungkin perwatakan sebenar bagi Drax. Sengaja kami memilih DJ Nas – T sebagai watak ini memandangkan dia turut mempunyai badan yang ‘cantik’. Apa khabar agaknya pelakon ini ya?Nas Muammar Zar bin Nasruddin atau lebih dikenali sebagai Dj Nas T (lahir 4 Oktober 1983) merupakan seorang aktor, DJ, pemuzik dan model kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia

23. Shuri – Izara Aishah

Kejayaan watak Izara Aishah di dalam filem J Revolusi mengingatkan kami pada Shuri, yang bijak dan sentiasa bersedia membantu dalam misi perjuangan para Avengers. Izara Aishah Hisham (lahir 28 September 1992) atau lebih dikenali sebagai Izara Aishah ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia dan bekas peserta Dewi Remaja 2009/10 .

24. Okoye – Nabila Huda

Garang dan kuat! Okoye sememangnya mempunyai kekuatan luar biasa. Mengapa Nabila Huda? Tidak perlu disangkal lagi kemampuan Primadona Melayu ini untuk membawa watak yang pelbagai apatah lagi untuk menjadi garang.

25. Winter Soldier – Zul Ariffin

Ego dan sasa! Selain mempunyai kekuatan luar biasa pada tangannya, Bucky atau Winter Soldier juga dikenali sebagai seorang yang ego. Bagi kami Zul Ariffin calon yang paling sesuai ketika ini, lihat saja tubuh badan Zul yang kekar!

26. Falcon – Fikry Ibrahim

Falcon sememangnya sesuai untuk dipegang oleh seseorang yang berkulit gelap atau hitam manis. Perwatakan dan lagaknya yang ‘macho’ sesuai dipegang oleh Fikry Ibrahim.Ahmad Fikry Bin Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Fikry Ibrahim ialah seorang pelakon, pelawak, pengacara, dan model Malaysia

27. Vision – Kamal Adli

Sebelum dikenali sebagai seorang pelakon yang boleh berjenaka, Kamal Adli terlebih dahulu dikenali sebagai seorang yang verstail. Bijak dan berpandangan jauh pada Vision begitu sesuai dengan karakter Juara Hero Remaja ini suatu ketika dahulu.

28. Thanos – Sharnaaz Ahmad

Tiada calon yang sesuai untuk memegang watak Thanos yang begitu jahat dan mampu membuat apa sahaja! Alasan kami mengapa memilih Sharnaaz Ahmad kerana dia berpendirian tegas dan turut lantang bersuara.Sharnaaz Ahmad bin Basir Ahmad atau lebih dikenali sebagai Sharnaaz Ahmad (dilahirkan pada 30 Ogos 1985) ialah seorang pelakon lelaki yang popular di Malaysia

29. War Machine – Alif Satar

Antara selebriti yang cukup verstail! Malah Alif Satar juga seorang yang mudah didekati selain dikenali sebagai seorang yang berkarisma. Oleh itu, kami bersetuju untuk memilih War Machine bagi pelantun Akan Tiba ini. Muhammad Alif bin Mohd Satar, lebih dikenali sebagai Alif Satar, ialah seorang penyanyi pelakon dan pengacara Malaysia

30. Wong – Datuk Afdlin Shauki

Mempunyai fizikal yang sedikit besar lantas mengingatkan kami pada Dato Afdlin Shauki sebagai Wong. Karakter ini yang dikenali sebagai sedia membantu dan turut mempunyai seni mempertahankan diri, hey siapa kata Afdlin tidak mampu membawa nya?

Sumber : Hangat.com

Author: fafa