4 Fesyen tampak kurus bagi berbadan gempal

Ada segelintir wanita di luar sana yang masih kurang berkeyakinan diri dalam berfesyen bukan? Terutama sekali bagi individu yang berbadan gempal. Mereka tidak tahu fesyen seperti mana yang nampak sesuai untuk digayakan agar nampak bergaya dan menyerlah.

Perkara sebegitu kerap kali terjadi dan berlegar-legar difikiran sehingga membuatkan mereka berputus asa untuk cantik kerana berbadan gemuk. Lain pula bagi yang bertudung ataupun mengenakan hijab. Sudah pasti permasalahan itu akan muncul berkali ganda dari yang tidak bertudung.

Bukan apa, mereka binggung bagaimana hendak sesuaikan pakaian dengan tudung agar nampak sesuai dan sepadan. Usah risau lagi, disini kami boleh membantu masalah anda yang mempunyai bentuk badan yang gempal agar pakaian yang akan dikenakan boleh menyamarkan lekuk-lekuk tubuh yang berisi tersebut.

1. Pemilihan warna yang gelap

Sudah pasti ramai wanita diluar sana yang mengetahui akan warna yang gelap boleh menyembunyikan bentuk badan ataupun bahagian punggung yang kelihatan agak besar. Pada masa yang sama, ia juga mampu memberikan kesan yang mampu merampingkan bentuk tubuh anda.

Warna yang boleh menyamarkan bayangan yang anda selalu sembunyikan adalah seperti warna hitam, biru tua dan coklat gelap. Baju yang berwarna gelap anda boleh padankan dengan seluar panjang ataupun skirt berwarna senada seperti warna putih, krim dan biru cair.

2. Corak dan motif bersesuaian

Pemilihan pakaian yang bercorak yang tidak terlalu bersaiz besar agar bentuk tubuh tidak kelihatan semakin melebar. Jika memilih baju yang bergaris, sebaiknya anda pilhlah motifnya berbentuk vertical. Ini kerana, garisan vertical akan menciptakan ilusi mata agar bentuk badan kelihatan lebih kecil.

3. Aksesori pilihan

Ingin kelihatan langsing, anda boleh memilih perhiasan ataupun aksesori seperti anting-anting, gelang dan rantai dengan warna yang agak terang. Bukan saja mampu menjadi pelengkap penampilan, aksesori juga boleh membantu anda agar kelihatan lebih kurus dan ramping.

Pilih rantai yang sedikit berjuntai dan panjang juga boleh membuatkan tubuh badan anda kelihatan tinggi dan lebih ramping pada masa yang sama. Bukan itu saja, pemilihan gelang tangan berwarna coklat yang agak besar akan menampakkan pergelangan tangan anda kelihatan lebih kecil.

Sama juga dengan anting-anting, pilih yang bersaiz besar dan akan menampakkan bentuk kepala anda lebih kecil. Elakkan memakai tali pinggang yang bersaiz lebar. Itu akan mengakibatkan anda kelihatan lebih pendek. Jangan mengikat tali pinggang terlalu ketat sehingga menampakkan lemak diperut. Sebaiknya ilih tali pinggan bersaiz kecil sudah memadai.

4. Berhijab

Istimewa bagi yang berhijab, anda boleh padankan pelbagai jenis gaya hijab dengan pakaian yang lebih moden atau lebih up to date. Bagi yang berbadan gempal yang berhijab, anda boleh gayakan corak yang simple dan layering ataupun jenis tudung yang berjuntai. Semua jenis tudung boleh menyamarkan bentuk bahu anda dan dada yang agak besar.

Semoga dengan apa yang telah kami kongsikan di atas, boleh memberi sedikit panduan bagi wanita yang berbadan gempal agar tidak ketinggalan untuk berfesyen seperti wanita yang kurus diluar sana. Jangan jadikan bentuk badan yang gempal menjadi alasan untuk tidak berfesyen dan kekal menawan. Sekian petikan dari 123Mamanet.com.

Author: fafa