5 Sebab wanita lebih suka memilih teman lelaki yang gempal dan berbadan besar

Jika selalunya kita mendengar bahawa wanita hanya tertarik kepada lelaki yang mempunyai bentuk badan sado dan tegap sahaja bukan? Tetapi adakah anda ketahu bahawa kajian telah dilakukan dan ternyata ramai wanita yang memilih lelaki yang berbadan besar utnuk dijadikan teman hidup!

Bagi sesetengah orang ianya kedengaran agak melucukan, tetapi anda jangan pula memandang rendah dengan lelaki berbadan besar ya! Mereka juga memiliki kelebihan untuk memikat hati ramai wanita diluar sana. Kajian menjelaskan 5 sebab mengapa wanita lebih sukakan lelaki berbadan besar. Mari kita lihat hasil kajian berikut.

Hubungan bersama di katil lebih baik

Kajian telah dibuat dan ternyata mengapa lelaki berbadan besar sangat hebat ketika berasmara, 42 peratus wanita memilih jawapan, lelaki berbadan besar lebih mengutamakan keinginan wanita daripada apa yang mereka inginkan. Mereka lebih mengutamakan anda dan sentiasa memanjakan anda setiap kali melakukan hubungan bersama.

Lebih penyayang

Kajian membuktikan, 42 peratus wanita mengakui lelaki berbadan besar lebih penyayang dan lemah lembut dengan pasangan nyaa. Mereka akan melayan anda dengan begitu baik dan akan menghormati anda sebagai seorang wanita.

Kelakar

Banyak kajian mendedahkan wanita tertarik pada lelaki kelakar dan selalunya lelaki gemuk bijak berjenaka. Mungkin tidak semua lelaki gemuk boleh berjenaka, namun mereka yang berbadan besar lebih suka melakukan perkara yang diluar jangkaan dan melucukan!

Wanita rasa lebih yakin

Kajian mendedahkan, 27 peratus wanita merasakan, lelaki berbadan besar kurang peka dengan badan wanita ketika berasmara. Ia sekaligus meningkatkan keyakinan diri seorang wanita. Ini mungkin salah satu mengapa wanita lebih suka lelaki yang berbadan besar mendekatinya dan dijadikan teman hidup.

Setia

Lelaki berbadan besar dianggap lebih setia. Disebabkan kurang keyakinan diri, lelaki berbadan besar tidak mempunyai keinginan untuk menduakan pasangan mereka. Jadi oleh sebab itu mereka memilih untuk setia bersama pasangan dan menjaga pasangan nya dengan baik.

Sebenarnya tidak kisah lelaki itu berbadan kurus ataupun besar, yang pastinya wanita sangat menyukai lelaki yang pandai mengambil hati bahkan seorang yang memahami, jika rupa sahaja kacak tetapi tidak memahami hati wanita, boleh jadi hubungan itu tidak menjadi dan akhirnya mengakibatkan perpisahan.

Sumber: Hanasuva

Author: fafa