5 Tempat yang harus dielakkan untuk menyimpan telefon bimbit anda kerana boleh mengundang bahaya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sebagai pengguna telefon bimbit/handpone/smartphone sebaiknya anda jangan sembarangan menyimpan atau meletakan telefon bimbit sebab jika salah menyimpan telefon bimbit anda akan menanggung risiko yang bakal terjadi.

Contohnya telefon bimbit anda hilang, rosak dan bahkan boleh saja menganggu kesihatan anda. Sebaiknya juga anda mengetahui di manakah tempat yang tidak sesuai diletakan telefon bimbit anda. Di bawah ini disenaraikan beberapa tempat yang kurang sesuai jika anda ingin

menyimpan telefon bimbit anda. 1. Jangan Letakkan Bersama Barang Elektronik. Jangan simpan telefon bimbit anda dekat dengan barang elektronik lainya seperti di dekat TV, laptop sebab barang elektronik boleh mengeluarkan medan elektonik yang tinggi yang boleh membuat telefon

bimbit kesayangan anda menjadi rosak.2. Dilarang Dekat Kunci Kereta . Dalam keadaan tertentu, telefon bimbit yang digunakan dalam kenderaan akan memberikan kesan sampingan terhadap peralatan elektronik kenderaan. Telefon bimbit yang diletakkan terlalu dekat dengan kunci

kereta ternyata boleh menghapus kod elektronik yang ada di kunci kereta tersebut. Terutama bagi kereta mewah. 3. Jangan Diletakkan Dekat Komputer. Komputer, laptop dan telefon bimbit sama-sama memancarkan gelombang elektromagnetik. Jika berada dalam jarak yang dekat,

maka keduanya akan saling memberi kesan. Pasti kedua barangan ini amat anda sayangi. Sebaiknya jangan diletakan terlalu hampir diantara keduanya. 4 Jangan letakkan dekat Gas yang mudah terbakar
Pasti anda berfikir dengan meletakkan telefon bimbit dekat dengan gas

boleh membuat gas mele top. Padahal tidak begitu, melainkan jika telefon bimbit berada dengan gas yang mudah terbakar boleh mengakibatkan telefon bimbit tidak dapat berfungsi dengan baik. 5. Jangan sesekali menyimpan atau diletakkan telefon bimbit anda di dalam

kereta Berkunci. tiinggalkan atau meletakkan telefon bimbit anda di dalam kereta akan dapat dilihat oleh orang luar. Pasti boleh mengundang kehilangan barang selain mungkin, telefon bimbit anda akan diambil oleh penjahat dan kereta anda mungkin akan dirosakkan.

Banyak cerita yang telah kita dengar baru-baru ini mengenai telefon bimbit terbakar. Kebanyakkan cerita yang kita semua dengar adalah berkenaan dengan telefon pintar. Atau bahasa jawanya “smartphone burning”. Banyak kes-kes yang berlaku, telefon terbakar di dalam kocek seluar,

terbakar atas sofa, terbakar di tilam dan baru-baru ini kita pula dikejutkan dengan pemergian seorang pramugari warga China akibat terkena renjatan elektrik semasa menjawab telefon. Jadi persoalanya sekarang, mengapa telefon pintar ini boleh terbakar ataupun berpotensi untuk terbakar? Jika tidak terbakar pun, mungkin telefon anda menjadi panas. Pernah alaminya?

Ini sebenarnya perkara yang biasa berlaku pada setiap telefon pintar. Lebih lebih lagi apabila telefon itu diletakkan di tempat yang mempunyai haba atau anda sedang buka GPS atau anda sedang menonton video atau lain-lain lagi. Perkara-perkara ini yang akan lebih memungkinkan telefon pintar anda akan menjadi panas.

Apa yang panas sebenarnya? Yang panas itu adalah bateri telefon anda. Lebih banyak aplikasi yang di buka dalam satu masa, ia boleh menyebabkan bateri anda akan panas dan jika tidak dapat dikawal ia boleh terbakar. Macam pelik, tetapi ini mungkin berlaku kepada setiap pemegang telefon pintar.

Jadi bagaimana untuk mengatasinya? Ok baca sampai habis . 1) Tutup semua servis yang dibuka : Sila tutup servis yang tidak digunakan. Kadang kala pengguna selalunya terus lock telefon dan biarkan aplikasi atau servis terus dibuka. Yang paling ketara adalah pengunaan MAPS.

Tutup semua MAPS beserta signal GPS pada telefon bimbit anda. Sila tutup signal WIFI dan Bluetooth jika tidak di gunakan. Ia bukan sahaja boleh mencegah dari bateri anda panas, ia juga boleh membantu menjimatkan pengunaan bateri di telefon anda.

2) Perhatikan “Running Application” : Aplikasi-aplikasi sebegini yang selalu mengganggu kelancaran di telefon anda. Ada sesetengah aplikasi yang akan terbuka sendiri tanpa perlu anda menyetuhnya. Aplikasi ini biasa akan mengganggu penggunaan CPU anda. Lebih banyak aplikasikan yang dibuka, lebih banyak pengunaan CPU dan lebih tinggi potensi telefon

anda akan menjadi cepat panas. Jika perlu gunakan aplikasi yang boleh menutup aplikasi yang tidak sengaja dibuka tanpa pengetahuan anda. Sebagai contoh Advance Task Killer, Adroid Task Manager, dan macam-macam lagi.  Boleh cari di Google Play (Android) atau App Store (IOS).

4) Keluarkan dari “casing” : Macam-macam casing untuk telefon pintar ketika ini. Ada yang tebal, ada yang kalis air dan sebagainya. Tetapi tak pernah pulak dengar yang kalis api. Casing-casing ini juga boleh menyebabkan telefon menjadi lebih panas. Apa yang perlu anda buat?

Keluarkan casing buat seketika. Biarkan telefon anda tidak berbaju seketika. Seperti di atas letak di tempat yang bersuhu dingin seketika. Ia juga membantu untuk menyejukkan telefon anda. 5) Jangan buat Overclock jika Tidak Tahu : Ramai pengguna telefon pintar lebih gemar

membuat overclock pada telefon bimbit mereka. Mengapa? Untuk menambah kelajuan pada telefon mereka. Kelajuan CPU akan di tingkatkan semaksima yang mungkin. Tetapi pada asasnya sama, lagi banyak pengunaan CPU, lagi banyak penggunaan bateri dan akan meningkatkan

haba pada telefon anda. Jika pengunaan overclock tidak dikawal dan diselia dengan baik, kemungkinan di atas pasti akan berlaku. Jadi, jika takut dilambung ombak, jangan ber”overclock di telefon anda”. Kalau tidak tahu nak kawal jangan pandai-pandai buat overclock.

Jika telefon anda kerap panas walaupun tidak buka mana-mana aplikasi, silalah rujuk kepada kedai yang berkenaan. CLAIM warranty jika masih ada warranty lagi. Yang paling penting jika telefon anda panas, berikan sedikit aliran udara supaya ianya boleh kembali sejuk.

Ikutlah langkah 3 dan 4. Ia bukannya 100% boleh menghindar dari kebakaran, tetapi sekurang-kurangnya anda tidak leka dan panik jika telefon anda terlalu panas. Jadi adakah ianya terjawab? Harap artikel ini boleh membantu anda semua. Jumpa lagi di lain artikel.

Author: fafa