Adam Shahz berbaik dengan bekas isteri sebab ank, bukan cari publisiti murahan.

Adam Shahz mengakui hubungan baik yang terjalin dengan bekas isteri hanya kerana anak. PELAKON Adam Shahz menafikan dakwaan kononnya dia kini sudah berbaik dengan bekas isterinya iaitu pelakon Fatin Afeefa disebabkan mahu mencari publisiti murahan. Menurut Adam, hubungan baik yang terjalin antara dia dan bekas isteri adalah demi masa depan anak mereka.

“Memang betul, pada awalnya ada perbalahan antara kami dan setiap yang berlaku itu pasti ada sebab. Sesetengah orang mungkin anggap berbaik dengan bekas isteri seolah-olah nak mencari publisiti. Tapi sebenarnya hubungan kami baik semata-mata untuk anak… lagipun anak selalu tanya kenapa tak keluar dengan mummy dan dia mungkin tanya kepada Fatin kenapa tak keluar dengan daddy” ujarnya kepada mStar.

Adam dan Fatin dilihat ada bersama dalam satu majlis baru-baru ini. Adam berkata demikian bagi menjawab soalan media mengenai hubungannya dengan bekas isteri. Sebelum ini, hubungan pasangan tersebut dingin selepas membuat keputusan untuk berpisah. Bagaimanapun, kebelakangan ini Adam dilihat ada memuat naik beberapa foto bersama bekas isteri dalam majlis yang diadakan oleh rakan-rakan selebriti.

Dalam pada itu, pelakon Juvana ini juga berkata, dia boleh bersikap profesional sekiranya diminta mana-mana pihak yang memerlukan mereka bergandingan. “Tapi kami sekarang okay sahaja. Tiada masalah. Malah, kami boleh main game bersama dekat event. Sebenarnya hubungan kami baik semata-mata untuk anak.

ADAM SHAHZ. Pelakon. “Pernah beberapa hari lalu warga internet timbulkan isu dan buat hubungan saya dengan Fatin jadi tegang. Apa-apa saya update di Twitter kadang-kadang bukan dituju untuk sesiapa pun.Kenyataan itu random saja,” jelasnya. Mengulas mengenai dakwaan dia kini mempunyai teman wanita, Adam berkata, dia selesa berkawan dengan ramai wanita.

“Buat masa ini saya selesa berkawan dengan semua orang. Setakat ini tiada apa-apa planning tapi kalau ada yang mendoakan, siapa tahu ia menjadi,” katanya. Adam mendirikan rumah tangga dengan Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 25, pada 21 Disember 2013 namun kedua-duanya mengambil keputusan untuk bercerai pada 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan yang dibina selama empat tahun itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia yang kini berusia empat tahun. Apa kata anda? Dah baca, jangan lupa

Sumber: mstar

Artikel lain: Situasi dilalui bukan beban bagi Fatin Afeefa

BERGELAR ibu tunggal kepada dua cahaya mata yang masih kecil pastinya tanggungjawab berat dipikul Fatin Afeefa. Bagaimanapun, pelakon berusia 25 tahun ini tidak pernah menganggap apa yang dilalui sebagai bebanan sebaliknya dia perlu gandakan usaha untuk membesarkan dua anaknya itu.

Fatin berkata, walaupun memegang status ‘janda’, dia bersyukur kerana masih diberi kepercayaan dan rezeki dalam industri seni hiburan terutama membabitkan iklan komersial. “Saya tak rasa gelaran janda ini ada keistimewaan tersendiri. Mungkin setiap tawaran yang datang itu adalah rezeki anak.

“Sebagai ibu tunggal saya perlu membesarkan dua permata hati sebaik mungkin. Ia anugerah dan tanggungjawab yang perlu saya galas. Saya juga percaya rezeki yang diterima sekarang adalah jalan terbaik untuk memastikan anak dan keluarga saya hidup senang,” katanya.

Menurut wanita genit ini, kemungkinan usia masih muda membuatkan tawaran yang hadir menepati permintaan sesetengah pelanggan atau syarikat produksi. “Ada yang kata umur itu sekadar angka, tapi tidak dinafikan kebanyakan pelanggan melihat usia seseorang selebriti untuk mempromosikan produk mereka.

“Saya juga rasa audiens yang mereka mahukan menepati dengan sasaran dan tawaran berlakon juga sesuai dengan imej serta karakter saya,” katanya. Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 dan bercerai talak satu pada 20 Mei 2017. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.

‘DIAM ITU LEBIH BAIK’

Siapa sangka di sebalik gelaran ibu tunggal pasti ada saja perkara tidak kena berlaku terhadap Fatin. Apa tidaknya, baru-baru ini kecoh di Internet mengenai dakwaan dia kembali menjalin hubungan cinta dengan lelaki berstatus suami orang. Enggan melatah atau melenting dengan kontroversi menjerat dirinya, Fatin enggan mengambil pusing dengan isu yang berlaku.

Fatin berkata, dia memohon diberikan ruang kerana enggan memanjangkan isu terbabit lagi kerana bimbang kenyataannya akan disalah tafsir. “Kalau ulas, bimbang orang akan tetap salahkan saya seperti kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini. Saya mohon hormati privasi dan jangan bimbang saya baik-baik saja,” katanya.

Menurut Fatin, dia juga tidak boleh menutup mulut orang untuk bercerita buruk mengenai dirinya tanpa usul periksa. “Saya tak boleh menutup mulut orang untuk bercakap buruk mengenai pasal saya. Jika rasa cara itu dapat membahagiakannya, terpulanglah.

“Saya rasa berdiam diri adalah langkah terbaik. Orang yang menyebarkan cerita buruk mengenai saya tidak patut diberi perhatian. Bagi saya, apa yang disebarkan itu tiada kena mengena dengan diri saya. Jadi saya tidak akan sesekali melayan perkara yang akan menyakitkan hati. Apa yang boleh saya katakan, apa yang disebarkan langsung tidak memberi kesan kepada diri saya,” katanya.

Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai Mag mendedahkan perbualan antara Fatin dengan suaminya di Twitter, Ogos lalu. Wanita terbabit mendakwa Fatin masih mengganggu suaminya walaupun sudah membuat permohonan maaf. SYUKUR SINGLE DAPAT SAMBUTAN.

Menyentuh mengenai single terbaharunya, Satu Jam Saja, Fatin bersyukur ia mendapat sambutan baik daripada peminat. “Alhamdulillah, ramai yang suka dengan lagu terbabit dan saya menerima pelbagai bentuk komen di YouTube. “Komen buruk atau baik saya ambil semuanya sebagai teguran positif. Bagi saya kalau nak jadi hebat kena berlapang dada terima teguran dan jangan sesekali melatah,” katanya.

Membawakan genre rancak sebagai percaturan terbaharu, Fatin berkata, pemilihan lagu terbabit adalah hasil perbincangan bersama syarikat rakamannya, XENO Music. Lagu Satu Jam Saja adalah sebuah karya Yeshua Abraham yang juga juara program realiti ‘T Just Duet’ terbitan NET TV Indonesia. Lagu terbabit kemudian digubah oleh syarikat produksi AMP Music.

“Mula-mula takut juga nak bawakan lagu berentak catchy ini tapi melihat kepada pasaran muzik sekarang tak banyak lagu rancak dimainkan di radio. Jadi saya berani untuk keluarkan lagu ini. Lagipun, saya percaya dengan perancangan promosi pihak XENO Music. Cuma sekarang kena belajar untuk menari pula kerana saya tak pandai menari. Kalau ada tawaran nyanyian dan memerlukan menari saya perlu berlatih habis-habisan,” katanya.

Sumber: harian metro

Author: pyka