Adira tegas mahu teruskan perpisahan ini, terpaksa guna kaedah hakam untuk tuntut agar dilepaskan.

Hasil perkahwinan Adira dan Datuk Red mereka dikurniakan tiga cahaya mata. SELEPAS beberapa kali menafikan kemelut rumah tangga yang dihadapi sebelum ini, penyanyi Adira akhirnya memfailkan permohonan perpisahan terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

Susulan itu, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat menetapkan 17 Disember depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan perpisahan berkenaan. Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 28, memfailkan permohonan perpisahan pada 1 April lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Terdahulu ketika prosiding yang berlangsung pada petang Rabu, Hakim Syarie Mohd Faizal Habib bertanya mengenai pendirian Adira berhubung permohonannya,  bintang Akademi Fantasia berkenaan menjawab “saya tetap mahu teruskan perpisahan ini”. Bagaimanapun Adnan ketika disoal Mohd Faizal membantah permohonan isterinya itu.

Adira memfailkan permohonan perpisahan pada 1 April lalu. Untuk rekod Adira sebelum ini memfailkan permohonan perpisahan melalui kaedah hakam dan prosiding hari ini sepatutnya ditetapkan untuk pelantikan pegawai mahkamah, namun ditangguhkan. Melalui kaedah hakam, hasrat isteri untuk berpisah dengan suaminya dapat direalisasikan walaupun suami enggan melepaskan.

Kaedah ini tidak perlu perbicaraan, ia lebih kepada proses perantara iaitu dengan melantik pihak ketiga untuk putuskan perkahwinan itu diteruskan atau dibubarkan. Ia boleh digunakan untuk kes suami isteri tinggal sebumbung, tetapi tiada sefahaman dan tidak menjalankan tanggungjawab tetapi suami belum mahu lepaskan isterinya.

Adira yang berpakaian serba hitam hadir ke mahkamah bersama peguam syarie, Siti Nur Zafirah Mohd Padzil. Manakala, Adnan hadir bersama dua lelaki dipercayai teman rapatnya. Adira berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata. Perkahwinan Adnan bersama isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hassim atau dikenali sebagai Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata. Sebelum perkahwinan itu, beliau pernah berkahwin dengan seorang wanita ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 20 dan 15 tahun. Secara keseluruhan, Datuk Red mempunyai 10 orang anak bagi semua perkahwinannya.

Sumber: mstar

Artikel lain: Dstuk Red akui tak tahu Adira fail perpisahan

SUAMI kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan Abu mendakwa tidak tahu isterinya itu memfailkan perpisahan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat dan akan dibicarakan jam 3 petang ini. Sebelum ini timbul gosip mengatakan Adira akan berpisah dengan Adnan atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Red.

Bagaimanapun, penyanyi yang juga bintang Akademi Fantasia musim kelapan itu menafikannya. Sebaik berita Adira mahu memfailkan perpisahan sekali lagi ditimbulkan kelmarin dan dihubungi bagi mendapatkan kesahihan semalam, penyanyi yang kini sedang mempromosikan lagu duetnya bersama Hafiz Suip, Takdir Tercipta mengambil tindakan ‘tutup mulut’.

Sehinggalah pagi tadi sewaktu wartawan mahu mengesahkan mengenai waktu sebenar perbicaraan permohonan perpisahan akan dilakukan, Adira akhirnya mengaku kesnya akan berjalan jam 3 petang ini. Mengikut jadual asal, perbicaraan pemohonan perpisahan dilakukan Adira pada jam 9 pagi tadi tetapi ia minta untuk diubah oleh penyanyi itu sendiri kerana tidak menyangka perkara itu (permohonan perpisahan) diketahui umum.

Sewaktu dihubungi semalam, Adnan menafikan mengenai isu perpisahan itu dengan berkata, ia hanya khabar angin seperti mana ia heboh diperkatakan sebelum ini. “Berita mengatakan saya dan Adira mahu berpisah itu adalah palsu kerana kami masih bersama.

“Kelmarin saya baru saja pulang ke rumah Adira dan kami melakukan hubungan intim. Pagi semalam saya bersarapan bersamanya seperti biasa sebelum keluar bekerja. Hubungan kami baik dan mesra,” katanya sewaktu dihubungi Harian Metro. Adnan, seorang ahli perniagaan menikahi Adira di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua pada 3 Disember 2015.

Hasil perkahwinan, Adira dan Adnan dikurniakan tiga cahaya mata. Perkahwinan pertama Adnan dikurniakan lima cahaya mata. Adnan juga pernah bernikah pada usia 20 tahun, tetapi berpisah selepas lima tahun bersama dan hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber: harian metro

Biodata Adira Suhaimi, Penyanyi Lagu Pujaan Hati

Pemilik nama penuh Siti Adira binti Suhaimi. Lahir di Ranau Sabah pada 19 September 1991. Berusia 28 tahun (2019). Anak bongsu daripada lapan beradik. Mula berjinak-jinak menyanyi sejak zaman persekolahan iaitu dengan menganggotai kumpulan nasyid. Selain itu, beliau banyak menyertai pertandingan nyanyian di Sabah.

Pernah bergelar juara Pertandingan Karnival Budaya 2008 dan pertandingan menyanyi di Pesta Kobis anjuran pekan Kundasang. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010. Bakatnya dicungkil daripada rancangan realiti Akademi Fantasia musim kelapan. Antara lagu tugasannya dalam pertandingan itu seperti Bertamu di Kalbu nyanyian asal Jaclyn Victor,

Ku Percaya Ada Cinta (Siti Nurhaliza), My All (Mariah Carey), Ayat-Ayat Cinta (Rossa) dan Kitalah Bintang (Ella). Di peringkat akhir, beliau ditabalkan sebagai naib juara. Merupakan penyanyi yang memperjuangkan genre muzik pop. Mempunyai sebuah album studio berjudul Dewi Cinta yang memuatkan 10 buah lagu, antaranya Ku Ada Kamu, Ilusi, Ombak Rindu (duet bersama Hafiz Suip), Dewi Cinta dan banyak lagi. Dilancarkan pada tahun 2014.

Pemegang trofi Lagu Tema Terhebat di Anugerah Blokbuster, Juara Mobile Anugerah Juara Lagu ke-27, Lagu Tema Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-25 dan Penyanyi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27. Mula tampil dengan imej berhijab sejak Ogos 2014.

Mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red yang juga merupakan seorang usahawan pada 3 Disember 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Anggrek (lahir pada 10 Mac 2017 dan Asan (9 September 2018).

Sumber: iluminasi

Author: pyka