Ain Afini akui alami tekanan sepanjang proses penceraian yang mengakibatkan bayi nya tidak aktif

Kemelut yang melanda rumah tangga PU Abu dan Ain Afini akhirnya menemui jalan penamat apabila pihak hakim mengesahkan mereka sah bercerai dengan talak 2. Baru-baru ini, bekas isterinya yang sedang sarat hamil telah mengakui mengalami tekanan sehingga menyebabkan bayi dalam kandungan terjejas.

Bayi tidak aktif

Menerusi temubual bersama MHE TV, Ain meluahkan rasa sedih kerana bayi dalam kandungannya dilaporkan kurang aktif akibat tekanan yang dialami selepas membuat pemeriksaan doktor. Sebenarnya keadaan kandungan tidak berada dalam keadaan baik, sewaktu saya buat pemeriksaan beberapa minggu lepas doktor kata bayi saya tidak aktif. Doktor nasihatkan saya supaya tidak terus berada dalam tekanan dan banyakkan berehat.

‘Dia mahu kembali tapi saya menolak..’

Menurut Ain lagi, masalah yang datang adalah ujian daripada Allah dan pasti ada hikmahnya. Dia juga mendedahkan hasrat bekas suaminya itu mahu kembali bersamanya semula. Ustaz (Pu Abu) mahu kembali, namun saya menolak. Untuk apa? Dia pun sudah ada isteri.

Saya tiada apa-apa nasihat padanya, biarlah dia dengan kehidupannya sekarang. Saya kuat apabila mendapat sokongan ibu bapa dan keluarga di sini. Sebelum ini telah viral di media sosial, apabila PU Abu bertindak menceraikan isterinya yang sedang hamil 7 bulan demi mahu berkahwin bersama seorang janda anak satu.

Sumber: MHETV

‘Yang Bersumpah Akan Memakan Dirinya Sendiri’ – Ain Afini

Beberapa hari lalu, pihak mahkamah telah mengesahkan bahawa lafaz cerai PU Abu yang di buat menerusi aplikasi WhatsApp kepada isterinya, Ain Afini adalah tidak sah. Dalam prosiding tersebut, PU Abu menyatakan dia tiada niat untuk menceraikan isterinya dan telah bersumpah bahawa semua itu adalah benar. Namun, menerusi satu kenyataan di Instagram Ain Afini, dia seolah-olah menyindir PU Abu bahawa setiap rahsia akan terbongkar dengan izin Allah.

‘Yang cuba disimpul akan terurai’

Kata-kata seakan sindiran tersebut di muat naik di Instastorynya yang bermaksud seperti ada rahsia yang cuba disembunyikan oleh PU Abu disebalik pengakuannya yang tiada niat untuk menceraikan isterinya itu. Dia juga menyatakan bahawa setiap perkara yang cuba dirahsiakan akan

terbongkar satu hari nanti. Tambahnya lagi, orang yang bersumpah akan memakan dirinya sendiri seakan memerli tindakan PU Abu yang sanggup bersumpah di hadapan hakim. Ain Afni juga menegaskan bahawa Tuhan itu maha adil. Sebelum ini, PU Abu mengakui yang dia masih ada perasaan sayang terhadap wanita itu dan akan bertanggungjawab terhadap anak

yang bakal dilahirkan tidak lama lagi. Dia turut memohon maaf terhadap Ain Afni dan keluarga mertua. Namun, menerusi laporan Mstar hari ini telah melaporkan bahawa penceraian mereka telah sah talak 2 setelah mereka berpatah balik mengemukakan bukti kukuh yang lain kepada pihak hakim.

Sumber: Ainafini

Author: fafa