Akhirnya Alyah buka mulut bila tak tahan asyik ditanya warganet, apahal jauh sangat dari Datuk Ramli

SELEPAS sekian lama gambar pengarah muzik, Datuk Ramli MS tidak muncul di Instagram isterinya Datin Alyah, penyanyi itu akhirnya berkongsi gambar mereka bersama. Namun serba tak kena bagi Alyah apabila perkongsian foto keluarga itu tetap menerima kriitikan warganet.

Rata-rata mereka mempersoalkan kedudukan Alyah yang dilihat berada jauh daripada suaminya itu. “Apa hal jauh sangat tu datin? “Tok Ram tak nampak pun,” tulis warganet. Antara komen yang ditinggalkan warganet menerima respons Alyah.

Susulan itu Alyah mempersoalkan sikap warganet yang sering memandang neg4tif dalam setiap tindakannya. “Post gambar sedih kena hent4m, post gambar gembira pun tak boleh. “Agaknya korang ni memang nak tengok orang terjun gaung ke apa?

“Patutlah Agong pun tutup akaun media sosial… ramainya orang busuk hati,” ujarnya. Takkan nak duduk atas riba? Tak bergambar kata macam-macam. Alyah meluahkan rasa terkilan itu menerusi Instastory miliknya pada Khamis. Selain itu, menerusi ruangan komen, Alyah dilihat turut membalas beberapa komen yang ditinggalkan warganet.

“Takkan nak duduk atas riba? Tak bergambar kata macam-macam. “Bila dah bergambar pun ada sahaja salahnya. Aduh, pening! tulisnya. Alyah sebelum ini terpalit kontr0versi rumah tangga selepas sebuah statusnya memberitahu dia berasa penat apabila perlu berpura-pura bahagia. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : Mstar

Datin Alyah dedahkan yang dia tak gemar langsung setiap inci pun dengan Datuk Ramli

Selepas diajukan persoalan mengenai perkahwinannya dengan pengarah muzik terkenal, Daruk Ramli MS, Datin Alyah mengakui sejak berkahwin, kisah perkahwinannya seringkali menjadi perhatian. “Dia lama dan industri dan sudah pun berkerja dengan ramai orang. Jadi dia mempunyai sejarah hidup tersendiri sebelum ini.

Jadi sekali saya buat keputusan untuk meletakkan persaan saya bersamanya, saya lihanya ke depan. Itu wanita atau isteri inginkan. “Cuma dia hidup lama dalam industri, jadi ramai yang dia kenal berbanding saya. Mungkin daripada situ orang lebih nak mengenali, ambil tahu mengapa saya dengannya,” dedahnya saat ditemu bual bersama DJ Nazz dalam segmen BegituBegini Gegar.

Ditanya mengenai mengenai mengapa dirinya dipilih penggiat seni itu, Alyah menjelaskan dia tidak pernah terfikir atau ada impian untuk mendirikan rumah tangga bersamanya. “Saya pernah gantikan seorang penyanyi untuk menyanyi di sebuah kelab.  Saya nampak dia datang. Jadi semua beritahu dia seorang pemuzik terkenal. Saya tak pernah terfikir.

“Bila saya flashback balik, Allah aturkan, kami jumpa balik dia kini jadi suami saya. Untuk pertama kali saya tidak menggemari Datuk Ramli secara jujurnya, tidak menggemari setiap inci pun. “Sampai hari pun saya rasa pelik. Tapi saya percaya Allah ada perancangan terbaik yang saya tidak tahu. Jadi saya hanya go with the flow,” kongsinya jujur.

Pada masa sama, penyanyi yang kini popular menerusi lagu Jutaan Purnama juga memberitahu dia hanya mengenali pasangan apabila sudah mendirikan rumah tangga. “Bila orang kata kahwin ialah pengkhiran tapi pengalaman yang saya lalui, perkahwinan ialah permulaan.

“Yang mana kita baru dapat mengenali pasangan kita sebenar-benarnya selepas berkahwin,” katanya yang tidak menafikan keharmonian dalam rumah tangga ada pasang surutnya. Temu bual penuh bersamanya boleh ditonton menerusi YouTube Gegar. Foto: Instagram Alyah/Ramli MS. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

“Mungkin itu yang terbaik buat masa ini” – Enam tahun berkahwin Alyah reda belum dikurniakan zuriat

Alyah akan jawab soalan biarpun mengores hatinya. PENYANYI Datin Alyah memberitahu dia sudah lali dengan berkaitan kehadiran zuriat selepas enam tahun mendirikan rumah tangga dengan pengarah muzik, Datuk Ramli MS. Menurut Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 38, dia menganggap kurniaan rezeki itu hanya diketahui oleh Allah taala.

“Bila orang tanya mengenai zuriat, saya akan jawab Allah sebaik perancang. Kita nak sesuatu tu tapi dia belum bagi mungkin perkara itu yang terbaik buat kita ketika ini. “Dah enam tahun saya kahwin, saya dah macam biasa sahaja bila orang tanya fasal anak. 

“Tapi ia banyak mengajar saya untuk belajar menghadapi keadaan. Awak nak atau tak nak, awak kena duduk juga hadap benda tu. Sebab itu kalau orang tanya apa-apa, saya okey, tak lari dan tak marah,” ujarnya kepada mStar. Alyah dan Ramli mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013 di Indonesia secara rahsia.

Alyah akan menjawab semua soalan yang melibatkan kerjaya atau kehidupan peribadi. Dalam pada itu, Alyah berkata dia tidak pernah melarikan diri atau mengelak daripada menjawab sebarang pertanyaan melibatkan kerjaya seni mahupun kehidupan peribadinya.

Kata Alyah, sepanjang hampir 20 tahun berada dalam industri muzik, dia akan tetap menjawab soalan-soalan yang kadang-kala boleh melukakan hatinya. “Saya tak pernah mengelak bila orang tanya apa-apa sebab sejujurnya saya bukan jenis orang yang suka macam tu dan saya boleh saja jawab semua soalan.

“Sejak hampir 20 tahun dalam industri muzik, saya tak pernah lari daripada menjawab soalan walaupun orang nak kutuk atau tanya soalan yang boleh mengores hati. Alyah kini berada di kampungnya, Gelang Patah, Johor sejak Ahad lalu untuk menyambut hari raya Aidilfitri bersama keluarganya.

Sumber  : MH

Author: Iqbal