Akhirnya bapa yang hilang ditemui selamat di kawasan semak

BEKAS juara tilawah al-Quran peringkat antarabangsa pada 1980-an, Alias Abd Rahman, 72, yang hilang hampir 18 jam ditemui selamat di kawasan semak di Kampung Tok Kapur, Binjai, Chukai, hari ini. Beliau yang dikenali sebagai Ustaz Alias ditemui terbaring di kawasan semak dalam keadaan dahaga dan kelaparan pada 2.30 petang. Anaknya, Fairuz, 40, berkata, kehilangan ayahnya disedari ketika dia mahu menjemput ayahnya yang mengajar di Masjid Binjai, Chukai pada 9.15 malam tadi.

“Seperti biasa, ayah akan ke masjid dengan kereta dan saya akan mengambilnya kerana mata ayah rabun akibat peny4kit kencing manis. “Bagaimanapun, saya lewat menjemputnya kerana terbabit dalam kejadian berlnggar kecil dan sebaik tiba di masjid, saya dapati ayah tiada di situ.

“Saya menyangka ayah sudah pulang ke rumah, namun sebaik tiba di rumah, ibu, Mariam Abdullah, 74, memaklumkan ayah masih belum pulang sebelum saya segera mencarinya,” katanya. Fairuz berkata, dia bersama ahli keluarga, rakan dan penduduk kampung tidak tidur

mencari bapanya sebelum membuat laporan p0lis selepas usaha mencari menemui jalan buntu. Malah, kehilangan warga emas itu turut tular di laman sosial sebelum penduduk kampung menemui kereta Perodua Alza dipandu warga emas terbabit di dalam semak kira-kira 10 kilometer dari rumahnya.

“Saya ke lokasi kejadian tengah hari tadi dan terkejut apabila mendapati bahagian depan kereta ayah rosak akibat terl4nggar pokok kelapa yang tumbang di kawasan itu. “Malah, saya pelik bagaimana kereta ayah boleh berada di situ kerana kawasan ini tidak dilalui orang ramai,” katanya.

Fairuz berkata, ayahnya ditemui di kawasan semak kira-kira enam kilometer dari lokasi keretanya oleh seorang penternak lembu yang kebetulan mencari lembu hilang. “Saya percaya ayah tidak menemui jalan pulang sebelum kereta dipandunya itu terbabas di dalam semak. “Saya berterima kasih kepada semua pihak yang turut serta mencari bapa sehingga dia ditemui,” katanya.

Sumber : Metro

Salam rabu semua..moga kita sentiasa dirahmati dan dilindungiNya..
Tingginya darjat seorang ibu, syurga anak lelaki tetap padanya walaupun telah berkahwin. Tingginya kasih seorang ayah tetap menganggap anak perempuannya anak kecil yang masih perlukan bimbingannya..kasih ibu ayah membawa ke SYURGA..

Bagaimana pun ibu dan ayah kita,mereka tetap harta paling berharga yang kita ada. tanpa mereka kita bukan siapa2..berjaya dan bahagianya kita hari ni hasil doa mereka. kadang terbayang sendiri macam mana nak hadapi kalau tak ada mak dan ayah. perasaan tu tak dapat nak gambar..

baru kita sedar betapa sayangnya kita pada mereka. kalau bergaduh pun mesti tak sedap hati ;-( sedekahkan Al-Fatihah pada kedua2 ibu bapa kita sama ada masih hidup atau pun telah pergi menghadap illahi inshallah moga segala doa mak dan ayah kita termakbul. AMIN

Author: fafa