Akhirnya Fasha Sandha bongkarkan perangai sebenar Azar Azmi. Tak sangka macam ni rupanya perangai sebenar Azar Azmi.

Berlakon sama menerusi drama bersiri 65 episod yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, Fasha Sandha menerusi Instagram ada memuat naik foto selfienya bersama rakan pelakon, Azar Azmi. Sambil membayangkan rasa rindu terhadap bekas finalis Pencarian Dewi Remaja 2010 itu, Fasha turut mendedahkan sikap pelakon berkenaan yang disifatkan cukup baik terhadap dirinya.

“Rasa Macam lama tak jumpa dak kecik ni on set la. Sebab bila kami kat Team B, dia kat Team A. Satu drama tapi 2 team. Ni Tiba2 teringat pulak kat dia. Dia ni dak kecik yang baik, hormat orang tua Dan kuat cari duit. “Paling win bila dia selalu cari kerusi nak bagi kami duduk. Baik kan? Susah nak cari pelakon2 junior yang baik Macam dia. Good luck!,” tulisnya.

Lalu menerusi ruangan komen, rata-ratanya memberikan komen pelbagai terhadap perkongsian ibu kepada dua cahaya mata ini. Terdahulu, Azar Azmi sebelum ini pernah terlibat di dalam beberapa buah drama dan namanya kian diperkatakan ramai apabila muncul menerusi drama fenomena, Nur dia mendukung watak sebagai Juita.

Sebelum terlibat dalam seni, Azar pernah menyertai Pencarian Dewi Remaja lebih lapan tahun lalu, sezaman Neelofa, Anzalna dan Izara Aisyah. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Khalifah Media

Foto: Instagram Fasha Sandha

Sumber  : MH

Biodata Azar Azmi

Nama penuh Siti Azar Ameerah binti Azmi atau lebih dikenali dengan Azar Azmi. Lahir pada 13 Mac 1989 di Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia. Merupakan anak ketiga daripada lima adik-beradik. Pernah menyertai Dewi Remaja 2009/10 iaitu sebuah pertandingan kecantikan gadis remaja Malaysia anjuran majalah Remaja. Beliau bersaing dengan Neelofa (juara), Izara Aishah (naib juara), Anzalna Nasir, Syatilla Melvin dan Ramona Zamzam.

Dalam bidang perniagaan, Azar merupakan pengasas yang mengusahakan produk kosmetik ZS Instant White dan butik AZARHOF. Kerjayanya sebagai pelakon bermula sebelum penyertaan dalam Dewi Remaja lagi, walaupun hanya memainkan peranan sebagai watak tambahan semata-mata untuk mendapatkan pengalaman dengan bayaran serendah RM50 hingga RM100.

Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010. Beberapa drama dan telefilem dibintanginya ialah Mr. Boss Miss Stalker, Mukhlis (Musim 2), Suri Hati Mr. Pilot, Biar Aku Jadi Penunggu, Syurgaku Tak Sempurna, Red Velvet, Gerak Khas, Bayangan Emilia, My Coffee Prince (penampilan istimewa), Tiada Arah Jodoh Kita, Uniknya Cinta, Cinta Fatamorgana, Isteri Untuk Diiktiraf, Terbaik Dariku dan Pujaan Hati Kanda.

Dicalonkan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017. Pada tahun 2017, hubungan cintanya dengan seorang duda anak dua yang dikenali selama tiga tahun akhirnya terputus. Kemudiannya, Azar mengakui sedang me­ngenali hati budi seorang usahawan berusia 29 tahun.

Biodata Fasha Sandha

Nur Fasha Sandha binti Hassan atau lebih dikenali dengan nama Fasha Sandha. Lahir pada 28 Mac 1984 di Johor Bahru, Johor, Malaysia. Berketinggian 1.68 meter. Merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik.

Anak kepada Hassan Moideen (bapa) dan Hatijah Teh Man (ibu). Mempunyai adik yang juga seorang pelakon, Elisha Sandha. Selain itu, Fasyina Sandha (kakak) dan Ikmal Daniel (adik). Berkelulusan diploma sewaktu menyambung pengajian di Institut Kebudayaan Belia Negara.

Seawal karier, beliau aktif dalam bidang pengiklanan dan peragawati. Filem pertama lakonannya ialah Black Maria, memegang watak sampingan. Antara filem popular dijayakannya termasuk Bintang Hati, Berlari Ke Langit, Anak Mami Kembali, Cinta, Cicak-Man, Anak Halal, Evolusi KL Drift, Cicakman 2 – Planet Hitam, Badang dan Blok 404.

Beberapa drama yang pernah dibintanginya seperti Natasha, Dewa Cintaku, Cinta Elysa, Seindah Sakura, Lara Aishah dan Mamu Mami Gosip. Mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai

yang juga bekas suami aktres Nora Danish. Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima. Namun akhirnya perkahwinan itu berakhir dengan erpisahan pada 20 Januari 2016. Fasha dan Nora yang diketahui ramai telah lapan tahun berselisih faham, akhirnya dilaporkan bakal menamatkan pada Mei 2018. Pada 18 November 2018, beliau bertunang dengan aktor Aidil Aziz.

Akhirnya khabar angin terjawab, Fasha Sandha akui sedang hamil.

Selepas keguguran pada bulan Jun yang lalu, dramatis terkenal, Fasha Sandha telah dilihat kembali hamil apabila gambar-gambar terbarunya menampakkan sosok tubuh seperti sedang mengandung.Walaupun Fasha dan juga suami tercinta, Aidil Aziz tidak mengumumkan secara terbuka mengenai kehamilan pelakon wanita itu, namun orang terdekat Fasha iaitu ibunya telah mengesahkan perkara tersebut.

Bakal timang cahaya mata baru

Hari ini, Fasha Sandha telah  memuat naik satu posting gambar bersama keluarga kecilnya dengan kapsyen menyatakan bakal berlima tidak berapa lama lagi.Gambar yang memperlihatkan dirinya bersama suami serta anak-anak hasil perkahwinan terdahulu telah mendapat perhatian warganet yang gembira dengan kesahihan khabar angin megatakan Fasha sedang hamil semula.

Tahniah Fasha dan Aidil

Menjengah keruangan komen, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan tahniah atas berita gembira itu. Mereka turut mendoakan agar kehamilan kali ini menjadi dan pasangan selebriti tersebut menimang cahaya mata kelak. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : Fasha Sandha

Fasha Sandha jadikan anugerah pembakar semangat

PELAKON Popular Fasha Sandha mahu menjadikan anugerah diterima sebagai pembakar semangat untuk memberikan yang terbaik dalam setiap lakonan selepas ini.Fasha menerima Anugerah 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh diberikan Entrepreneur Insight yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

Turut sama menerima anugerah terbabit penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.“Saya tidak menyangka nama disenaraikan untuk menerima anugerah ini.Saya terharu dan sangat berterima kasih atas anugerah yang diberikan.Tidak sangka kerja keras sepanjang dalam industri seni tempatan dipandang tinggi sehingga membolehkan saya diberikan anugerah ini,” katanya.

Lebih menggembirakan Fasha apabila suami tersayang Aidil Aziz turut hadir menyaksikan pelakon yang mula popular menerusi drama bersiri Chinta itu menerima anugerah. Fasha turut mendedikasikan anugerah diterima kepada keluarga dan anak yang selama ini menjadi pembakar semangat untuk dia bekerja keras sepanjang bergelar anak seni. Sumber: Hmetro

Pakai tudung, Fasha Sandha masih belajar

Pelakon terkenal, Fasha Sandha, mengaku masih belum bertudung, walaupun selesa dengan penampilan sedemikian sepanjang Ramadan lalu. Fasha berkata, dia masih belum membuat keputusan untuk kekal berhijab, malah meletakkan dirinya dalam proses pembelajaran kerana turut mempunyai keinginan berubah ke arah kebaikan.

“Ramai yang suka melihat saya bertudung pada Ramadan lalu dan mengharapkan saya kekal berhijab. Saya sangat menghargai harapan dan doa mereka.Buat masa ini, saya masih lagi belajar dan beri saya masa kerana banyak yang perlu diperbaiki. Secara jujur, saya bimbang untuk bercerita mengenai soal tudung kerana takut disalah erti.

“Namun, saya tetap berusaha untuk melakukan yang terbaik. Doakan saya,” kata isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu.Ditanya mengenai pandangan suaminya mengenai perkara itu, Fasha berkata, Aidil memberinya kebebasan untuk membuat keputusan.

“Aidil tidak memaksa atau mendesak, malah dia memberikan saya kebebasan kerana tahu apa yang terbaik untuk saya. Aidil memberikan ruang untuk saya belajar dan berubah perlahan-lahan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Aura White Sparkle Diamond Collagen Travel Pack, di sini.Fasha sebelum ini, tampil berhijab selama 30 hari sepanjang Ramadan lalu bagi menyahut cabaran.

Author: pyka