Setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya Izreen tampil dedahkan punca dia tak buka ruangan komen di ig buat warganet terkedu.

KUALA LUMPUR: Pelakon, Izreen Azminda kekal dengan keputusannya untuk tidak membuka ruangan komen di laman sosial, Instagram bagi mengelak peminat berbalah. Pelakon filem Otai, Nana Tanjung 2, Pecah dan Pak Pong itu berkata, dia tidak mahu menjadi punca yang mencetus perbalahan, malah enggan mengundang dosa orang lain apabila mereka berterusan macm tu di media sosial.

“Bukan saya takut dicemuh, cuma saya tidak suka melihat pengikut berbalah sesama mereka di laman sosial. Jika saya membuka ruangan komen itu, saya diibaratkan seperti menjadi pencetus perbalahan. “Saya tidak perlukan pendapat orang luar dalam kehidupan. Cukup suami dan keluarga ada di sisi ketika saya memerlukan mereka.

“Apabila ramai yang memberikan pendapat, ia bukan menjadi lebih baik, sebaliknya menyemarakkan lagi api yang sedang membahang. Tidak perlu buat spekulasi mengenai kehidupan orang lain,” katanya. BIARPUN hatinya terguris menelan pelbagai cemuhan, Izreen belajar untuk reda meniti ujian itu.

Wanita kelahiran Kangar, Perlis berusia 33 tahun itu berkata, apa yang melanda hidupnya sejak dua tahun lalu juga banyak mengubah sikapnya. Akur dugaan itu terlalu berat untuk dihadapinya dan suami, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, terutama pada permulaan, Izreen berkata, dia tidak lagi melihat ujian itu dari sudut negatif.

“Banyak perkara yang saya belajar selepas berdepan ujian dalam hidup. Dahulu, saya panas baran dan tidak boleh membiarkan orang lain memperlekeh diri. Tetapi kini, saya menjadi lebih sabar. “Saya biarkan sahaja orang luar menghukum dan tidak lagi mempertahankan diri. Ujian itu juga sebenarnya membuka mata saya mengenai harga kejujuran dan persahabatan,” katanya.

Ibu kepada Adrian Umar, 6, dan Aaron Ibrahim, empat bulan itu berkata, biarpun hatinya terhiris apabila segelintir warganet mendoakan perkara buruk berlaku dalam kehidupannya, dia reda melaluinya. “Kesabaran saya itu terjawab apabila menerima mesej peribadi daripada pihak tertentu yang meminta maaf. Segala cacian dan makian terhadap saya dahulu akhirnya memakan diri mereka.

“Saya akui, ada kalanya saya takut membaca setiap kritikan yang diluahkan membuta tuli di laman sosial. Jangan kerana terlalu mengikut perasaan, segala cemuhan itu akhirnya nanti memakan diri,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: BH Online

Aaron penyeri Izreen Azminda

DRAMATIS popular Izreen Azminda selamat melahirkan anak pertama daripada perkahwinan kedua yang diberi nama Aaron Ibrahim Muhammad Radzi, di Hospital Seri Rampai Specialist, Sabtu lalu.

Pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama bersiri Juvana itu turut berkongsi wajah Aaron di laman sosial instagram miliknya untuk tatapan peminat. Ketika dihubungi, Izreen berkongsi pengalamannya melahirkan Aaron yang mana mengalami kontraksi pada Jumaat lalu dan berlaku sedikit masalah.

“Sebaik tiba di hospital, doktor terus tahan dan memaklumkan sudah sampai masa untuk saya melahirkan serta tidak boleh tunggu lama. “Aaron selamat dilahirkan jam 1.46 pagi Sabtu lalu dengan berat 2.85 kg,” katanya.

Menurut Izreen, suaminya yang juga pemuzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude turut berada di sisinya. “Saya gembira kerana sewaktu melahirkan Aaron, suami ada menemani untuk memberikan sokongan. Tidak seperti saya melahirkan anak pertama, bekas suami tidak dibenarkan masuk kerana operasi terpaksa dijalankan akibat situasi cemas.

“Ude sikit pun tidak rasa takut sewaktu doktor operasi perut saya. Alhamdullilah, semuanya lancar dan baik. Terima kasih buat semua yang mendoakan saya dan juga anak,” katanya. Izreen dan Uda mendirikan rumah tangga pada Ogos 2017. Sebelum itu, Izreen bernikah dengan sutradara Muhamad Riza pada 2012 namun bercerai dua tahun kemudian. Hasil perkahwinan terdahulu, Izreen dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Adrian Umar.

Tahniah Izreen, Ude…

PELAKON Izreen Azminda berkongsi hamil anak kedua dengan usia kandungan mencecah tiga bulan. Izreen, 34, atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam berkata, dia turut mengalami alahan teruk berbanding kehamilan pertama enam tahun lalu.

“Alhamdulillah, ini rezeki buat saya dan suami. Selepas lebih setahun berkahwin, Allah SWT berikan nikmat ini pula. Insya-Allah, saya dijangka bersalin Julai ini. “Cuma, kehamilan kali ini tak macam yang pertama. Saya kena alahan teruk hingga tidak boleh langsung buat kerja berat. Jika tidak, saya akan mudah berlaku masalah.

“Selepas peringkat pertama kehamilan, saya sudah okay sikit. Setiap hari saya berdoa semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan hingga bersalin nanti. Saya juga berharap anda doakan yang baik-baik untuk saya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Izreen, disebabkan keadaannya itu, dia terpaksa menolak tawaran beberapa drama kerana tidak mahu menyusahkan produksi. Perkara itu sekali gus menafikan laporan media yang mendakwa dirinya tidak mendapat sebarang tawaran berlakon sejak berkahwin dengan pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude.

“Sejak Oktober lagi saya sudah terima banyak tawaran berlakon drama. Cuma, saya terpaksa tolak cara baik selepas tahu saya hamil. ”Ditambah pula dengan keadaan dan kesihatan yang tidak menentu ketika itu sukar untuk saya memberikan sepenuh komitmen. Saya tak nak menyusahkan kru dan pelakon lain. Ketika kehamilan pertama, saya sangat aktif.

“Apa pun, saya nak berterima kasih kepada penerbit dan stesen TV yang masih percayakan bakat saya. Jadi, dakwaan saya tidak ada tawaran berlakon seperti dilaporkan baru-baru ini adalah tidak benar. Saya tak nak beritahu perkara sebenar sebab usia kandungan masih awal,” katanya.

Izreen yang pernah memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Anugerah Skrin 2013 berkata, buat masa sekarang fokus lebih kepada keluarga. “Saya sentiasa percaya kepada ketentuan dan rezeki Allah. Pada tahap sekarang, saya tidak mahu lagi ambil peduli cakap-cakap orang.

“Apa yang penting, saya ada suami dan kedua belah keluarga yang sentiasa menyokong. Malah, fokus saya juga pada mereka dan membesarkan anak-anak. “Insya-Allah, kalau kesihatan saya mengizinkan mungkin boleh berlakon telefilem dulu. Sebab ia tak ambil masa panjang. Selepas itu, kena tunggu hingga habis bersalin dan berpantang,” katanya.

Ditanya mengenai jantina anak, Izreen menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Allah SWT. “Saya dan suami tidak kisah mengenai jantina anak. Asal saja, bayi yang bakal lahir sempurna dan sihat,” katanya. Izreen dan Ude berkahwin pada 8 Ogos 2017. Menerusi perkahwinan terdahulu, Izreen dikurniakan anak lelaki iaitu Adrian Umar yang kini berusia enam tahun.

Author: pyka