Akhirnya Zarina Anjoulie tampil beri kenyataan mengenai kelakuannya, rupanya ini yang terjadi.

Wanita ialah makhluk Tuhan yang dihiasi dengan sifat-sifat kewanitaan seperti malu. Malu adalah sifat yang membatasi wanita daripada melakukan sesuatu perkara atau perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah dirinya.

Jika wanita beranggapan bahawa kecantikan tubuh badan adalah satu kebanggaan yang perlu didedahkan kepada orang ramai maka wanita itu tidak segan silu berpakaian mencolok mata atau separuh tidak berpakaian di khalayak ramai. Konsep dan prinsip pemikiran begini semakin meluas mempengaruhi pemikiran wanita yang bercirikan kehidupan sekular yang mengangkat hedonisme sebagai satu cara hidup.

Pelakon kontroversi Zarina Anjoulie Lavocah mengakui dirinya tewas dan memohon maaf. Menerusi entri terbaru di laman Instagram wanita yang mesra disapa dengan nama Anju itu, dia memuat naik sekeping foto dirinya yang sudah tidak lagi bertudung.

Biarpun kata-kata yang ditulis oleh Anju itu tidak diperincikan sebabnya, rata-rata peminat pelakon itu mengaitkan ia dengan tindakan Anju yang membuka tudung dan kembali ‘free hair’. Meneliti ruangan komen pada entri terbabit, kebanyakan pengguna meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan berani pelakon Anak Pontianak itu.

Aku tewas, maafkan aku. Aku terima kecaman dengan minda yang terbuka,” tulisnya ringkas menerusi entri terbaharu di Instagram.

Video dan foto-foto panasnya tular di media sosial Twitter dan Instagram sejak semalam hingga mencetuskan kemarahan segelintir pihak tentang tindakannya seolah-olah mempermainkan agama. Sejak penularan video terbabit juga Anju kembali rancak membuka ruang promosi kepada peniaga atas talian yang ingin memasarkan produknya di platform media sosialnya. Terbaharu, Anju turut menghadiahkan sejumlah token kepada pengusaha Grab dan ibu tunggal.

“Kenapa Anju? Penampilan ini masih okey bagi saya tetapi apabila saya melihat video dalam dres seperti itu, saya tiba-tiba teringatkan anak lelaki kamu,” tulis salah seorang pengguna. Kelmarin Anju mengejutkan ramai apabila memuat naik video dan foto dirinya tidak lagi berhijab dengan rambut berwarna perang.

Malah, Anju tampil berani memuat naik video bersama beberapa kenalan wanitanya dengan hanya memakai busana yang sangat pamas hingga menampakkan sebahagian besar auratnya. Pada malam yang sama juga, Anju turut memuat naik video mengecam semula golongan warganet yang mempertikaikan tindakannya membuka hijab.

Fesyen pakaian yang terlalu mendedahkan tubuh badan mungkin dianggap sebagai satu kebebasan dan kepuasan wanita tetapi hakikatnya wanita meletakkan diri mereka ke tahap yang boleh dipersendakan oleh lelaki.

Kredit:Gempak/IG Zarina Anjoulie

Saya secara rasmi buka tudung! – Zarina Anjoulie..

“KALAU tiada siapa paksa buat apa pakai (hijab). Aku pakai tudung sebab bekas suami paksa,” kata pelakon kontroversi Zarina Anjoulie mengenai keputusannya membuka tudung. Zarina berkata demikian bagi membalas komen seorang peminat yang mempertikaikan tindakannya membuka tudung.

Dalam masa sama, menerusi Instagram Story Zarina mengesahkan sudah membuka tudung dan tidak kisah dengan kecaman orang ramai. “Assalamualaikum, saya secara rasmi buka tudung. Aku tak kisah dengan kecaman sebab bukan korang yang bagi anak aku makan. Jadi jangan kecam,” katanya sambil menyanyikan baris perkataan itu tanpa rasa serba salah.

Dalam pada itu, Zarina turut memuat naik kenyataan di Instagram memohon maaf kepada umum yang hampa dengan keputusannya itu. “Salam semua, saya nak cakap terima kasih kepada semua yang menyokong dan menasihati serta maki.

“Saya tahu meskipun ada yang maki tapi jauh di lubuk hati kalian betul ikhlas menegur cuma cara teguran itu berbeza. Saya tahu niat anda baik. Maaf kepada siapa yang hampa dan terima kasih kepada yang sudi memberi peringatan,” tulisnya.

Author: pyka