Akim tampil selepas dituduh ambil barang terlarang kerana fizikalnya yang kurus dan tidak terurus.

Bermacam-macam jenis bahan terlarang yang ada di dunia ini. Jika digunakan dengan cara yang betul dan mengikut arahan doktor ianya mampu merawat penyakit namun jika disalah gunakan maka binasalah badan. Ramai yang telah terjebak dengan bahan terlarang di negara kita ini tidak kira golongan malah ada juga segelintir artis di negara kita yang pernah ditangkap polis akibat salah gunakan bahan terlarang.

Penyanyi Akim Ahmad menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengaitkan sosok badannya yang semakin kurus disebabkan penyalahgunaan bahan terlarang. Jelas Akim, fizikal tubuhnya merosot ekoran kurang rehat dan terlalu sibuk membesarkan anak-anaknya yang masih kecil.

“Kita ada keluarga, jadi perlu jaga aib keluarga dan anak-anak. Tuduhan itu membuatkan saya rasa sakit hati juga. Saya kurus sebab menjaga anak, tidur lewat malam sebab nak cari ilham lagu baru dan perancangan karier.” Selepas itu saya perlu bangun awal pagi untuk menguruskan anak-anak. Secara tak langsung fizikal pun merosot.

“Kadang-kadang makan pun terlepas sebab asyik nak suap anak,” jelas Akim kepada Gempak. Tidak menyalahkan warga internet dengan anggapan sedemikian, tambah Akim dia sudah sedia maklum dengan persepsi masyarakat tentang isu bahan terlarang dan kaitannya dengan golongan artis.

“Isu bahan terlarang sering dikaitkan dengan muzik. Bagi saya nak bermain muzik tak semestinya ada bahan terlarang itu. Orang berprasangka sedemikian daripada dulu lagi dan ia berkait sampai sekarang. Cara kami (pemuzik) membuat persembahan di pentas itu seolah-olah ada kaitannya dengan bahan terlarang.

“Hakikatnya tiada spesifik individu pun yang terpalit dengan bahan terlarang. Ia sebahagian daripada mentaliti masyarakat sebenarnya,” tambah Akim lagi. Akim yang mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Stacy Anam pada Februari 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan Eshaal,2. Mereka turut mempunyai seorang anak angkat bernama Bella yang kini berusia 7 tahun.

Terdapat kajian dijalankan mengenai penyalahgunaan bahan terlarang di negara ini, tetapi hanya menjurus kepada isu am yakni tiada yang berkaitan dengan kegiatan membabitkan selebriti tempatan. Memandangkan selebriti adalah golongan berpengaruh jadi kelakuan mereka memberi kesan secara tidak langsung kepada masyarakat khususnya remaja dan belia.

Kredit: Gempak

Artikel lain: Stacy dan Akim rancang rakam lagu duet

PUNCAK ALAM: Acap kali menerima pelawaan merakamkan lagu bersama penyanyi lain mencetuskan idea buat pasangan selebriti, Stacy dan Akim Ahmad, untuk bekerjasama menghasilkan single duet. Stacy berkata, selepas tiga tahun hidup bersama, buat julung kali mereka bakal merakamkan lagu paduan suara bagi memenuhi permintaan peminat.

“Kami tidak pernah menghasilkan lagu duet sepanjang mendirikan rumah tangga, biarpun sering menyanyikan semula dendangan penyanyi lain. Kebelakangan ini, kami kerap menerima tawaran daripada penyanyi lain merakamkan lagu duet dan ia mencetuskan idea kepada saya dan Akim untuk meneruskan projek ini.

“Lebih baik kami menghasilkan lagu duet bersama, terlebih dahulu, sebelum menerima tawaran lain. Tidak sabar rasanya kerana lagu duet itu nanti hasil kerjasama kami berdua,” katanya ketika ditemui pada acara #FANtastik dan Showcase Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 di Eco Grandeur, di sini.

Stacy dan Akim diijabkabulkan di Kota Kinabalu, Sabah, pada 5 Februari 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan, Eshaal, 2 tahun. Pasangan itu turut mempunyai anak angkat, Bella Deluna. Terdahulu, Stacy yang digelar ratu tari tampil dengan single terbaru, Khayal, Julai lalu.

Dihasilkan Hang Nadim dan Ziin, Khayal menyaksikan Stacy mencurahkan idea kreatifnya sebagai penulis lirik dengan menggunakan nama Bunga Cantik. Ia single sulung terbitan syarikatnya dan Akim, Rhythm & Rhyme Entertainment (RnR)

Sumber: Berita Harian

Author: pyka