Aliff Satar akui sudah penat jadi romantik.

SERING melakonkan watak romantik dalam cerita adaptasi novel, penyanyi, pelakon dan pengacara popular, Alif Satar mengakui sampai masanya dia keluar dari zon selesa bagi peningkatan dalam karier lakonannya tahun ini.

Menurut pelakon yang menempa nama dalam drama bersiri popular, Dia Semanis Honey ini, dia juga mahu menampilkan sisi lakonan berbeza dalam misi menjadi pelakon serba boleh. “Saya sudah penat melakonkan watak romantik dalam drama adaptasi novel sedangkan percaya

kemampuan dalam bidang lakonan lebih daripada itu. “Saya juga sudah membuktikan kemampuan apabila memenangi kategori Pelakon Terbaik menerusi Teater Muzikal Dia Semanis Honey sempena Anugerah Seni Boh Cameronian ke-15 pada 2018,” katanya.

Ditanya rahsia kejayaannya dalam bidang seni hari ini, kata Alif, 28, dia memang terbuka untuk bekerja dengan mana-mana produksi drama tempatan. “Saya juga mahu menimba ilmu lakonan daripada produksi yang berbeza sekali gus memperbaiki kelemahan sedia ada.

Kalau masih terikat dengan watak romantik dalam cerita adaptasi, saya tidak akan mampu pergi lebih jauh dalam bidang lakonan diceburi ketika ini,” katanya. Jadi beliau idamkan watak yang lebih daripada itu kerana penat dengan watak romantik.

WATAK LELAKI MUNAFIK

Watak antagonis sebagai Zafran dalam drama bersiri 15 episod Pia terbitan JS Pictures Sdn Bhd peluang keemasan yang sukar dilepaskan Alif bagi menguji kemampuannya dalam bidang lakonan. Dalam drama arahan Azman Yahya yang memaparkan kisah orang kurang upaya (Orang Kurang Upaya) itu,

Alif bergandingan dengan Sheila Rusly, Zara Zya, Azira Shafinaz dan Naim Daniel. “Saya terima tawaran untuk melakonkan watak Zafran kerana ia berat dan ada kelainan. Zafran bukan saja lelaki yang kurang ajar tapi munafik. Pada masa sama, saya memang menanti peluang untuk

bekerjasama dengan produksi JS Pictures dan Sheila Rusly kerana dikenali kerana kualiti karya dihasilkan. “Saya juga terpaksa belajar bahasa isyarat dengan guru khas yang disediakan di lokasi kerana Zafran perlu berkomunikasi dengan Mak Ngah Ila (lakonan Sheila) yang juga daripada

golongan Orang Kurang Upaya,” katanya. Ditanya sama ada dia tidak takut melakonkan karakter antagonis, kata Alif, sampai masanya dia mahukan variasi dalam lakonan. “Saya juga puas kerana dapat melakonkan karakter Zafran itu.

Saya juga tidak takut dibenci penonton kerana ia sekadar lakonan. Saya menimba pengalaman sangat berharga bekerja dengan Kak Sheila dan barisan kru produksinya kerana mereka antara tenaga kerja yang hebat saya pernah bekerja.

“Selepas drama bersiri Pia untuk Ramadan, saya juga terbabit dengan sambungan telefilem Pia untuk tayangan pada Aidilfitri nanti,” katanya. Pia ditayangkan setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam menerusi Slot Lestary di TV3 sejak 3 Mei lalu.

Alif tak tamak

Selepas kejayaan drama Dia Semanis Honey yang mendapat sambutan penonton, impian untuk membawanya ke pentas akan menjadi kenyataan dalam waktu terdekat ini. Bakal berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 3 Januari depan, pementasan yang diberi nama

Dia Semanis Honey Musical itu bakal dijayakan pelakon utamanya iaitu Alif Satar dan Siti Nordiana. Bertemu Alif baru-baru ini, dia mengakui bukan mudah untuk merealisasikan watak Ahnaf Wafiy yang dibawanya dalam drama terbabit ke pentas bertaraf antarabangsa itu.

Katanya, walaupun terpaksa menjalani latihan selama 10 jam sehari, dia tetap komited dan menggalas amanah itu untuk memastikan segala yang dirancang berjalan lancar. “Selepas bersetuju membabitkan diri dalam teater ini, saya tidak menerima tawaran lain kerana terikat dengan sesi

latihan yang padat. “Saya tidak mahu tamak mengejar tawaran kerana percaya rezeki ada di mana-mana. Lagipun saya sudah berjanji dengan penerbit, Michael Ang untuk memberikan sepenuh komitmen terhadap teater ini.

“Tambahan pula, beraksi di pentas Istana Budaya adalah pengalaman pertama saya. Jadi saya tidak mahu merosakkan kelancaran teater ini kerana tanggungjawab kali ini lebih besar,” katanya. Menurut Alif, dia berterima kasih kepada barisan pelakon lain yang sudah biasa terbabit

dalam pementasan teater selain tunjuk ajar yang diberikan pengarah, Dira Abu Zahar membuatkan dia semakin yakin ketika sesi latihan. “Pementasan ini memang menguji ketahanan fizikal dan mental kerana terlalu banyak pergerakan yang perlu saya lakukan secara serentak.

“Bukan sekadar menghafal dialog dan lirik lagu, tetapi juga perlu mengingati setiap pergerakan tarian yang sememangnya sesuatu yang baru untuk saya. Semua itu membuatkan saya sedikit kekok tetapi usaha keras dan bantuan produksi membuatkan saya cuba memberikan sehabis baik,”

katanya yang memulakan latihan sejak akhir November lalu. Alif berkata, mereka akan menyanyikan hampir 20 lagu baru dan lama. Selain Alif dan Nana, teater muzikal itu turut dibintangi pelakon asal seperti Nadya Syahera, Datin Nina Juren, Ahmad Fauzi, Aleza Shadan, Dafi, Farez Ridzwan selain dibantu Ungku Hariz dan Marsha Milan.

Ikut pengisian novel asal

Penerbit teater ini, Michael Ang teruja apabila tiket untuk tiga malam persembahan sudah habis dijual selain impian mahu melihat paduan suara dua penyanyi itu dalam satu pentas buat julung kali akhirnya dapat direalisasikan.

“Banyak suntikan dan elemen baru akan dipersembahkan barisan pelakon. Selain itu, teater berkenaan juga akan menjadi penutup kepada drama terbabit selepas mendapat sambutan daripada penonton setianya. “Untuk pementasan ini yang bakal berlangsung selama dua jam setengah, saya mengangkat novel Dia Semanis Honey dan bukan daripada drama bersiri.

“Ia akan berkisar kepada kisah cinta Ahnaf dan Hani dan watak jahat Bella laknan Nadya Syahera. “Kalau ikut drama bersiri, banyak babak ditokok tambah tetapi untuk teater ini penceritaannya secara terus yang mengangkat pengisian novel,” katanya.

Sumber : Hmetro

Author: fafa