Ambil gambar belakang sekolah dah rasa paling meletop

PERUBAHAN zaman boleh dilihat dalam pelbagai bentuk, ada melalui penggunaan teknologi terkini, pemakaian dan paling ketara dari sudut rakaman gambar.Tidak perlu menunggu sehingga 10 tahun untuk melihat perubahan zaman ini, tapi cukup untuk tempoh lima tahun dan anda akan dapat menilai sendiri.

Perkongsian seorang gadis berusia 22 tahun mengenai rakaman gambar untuk majalah sekolah ketika tingkatan lima membuktikan masa terlalu cepat berlalu.Siti Natasha Amira Abdul Kahar, memberitahu dia menyelak gambar-gambar lama dan terjumpa sekeping gambar ketika berada di tahun akhir di sebuah sekolah menengah di Bangi, Selangor.

Tweet Tasha yang menarik perhatian warganet.”Kebetulan adik saya juga sekarang belajar di sekolah yang sama merakam gambar untuk majalah sekolah.”Jadi saya nampak situasi jelas berbeza selepas lima tahun.

“Ketika zaman saya, 2014 kami hanya mengambil gambar di belakang sekolah dengan memakai uniform dan ketika itu saya rasa kamilah paling ‘hot’.Ketika zaman saya, 2014 kami hanya ambil gambar di belakang sekolah dengan memakai uniform dan ketika itu saya rasa kamilah paling ‘hot’.

“Tetapi peredaran masa memang ketara apabila melihat gambar adik yang lebih up to date dan bergaya dan ini baru lima tahun saya meninggalkan alam persekolahan,” jelasnya yang baru menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM).Jelas Siti Natasha Amira atau lebih mesra disapa Tasha, dia yakin lima tahun akan datang adiknya pula akan melalui situasi dan perasaan sama.

Sebahagian komen-komen pengguna Twitter terhadap status Tasha.

“Saya pasti lima tahun akan datang  situasi sekarang ini juga akan lebih berbeza. Kita semua akan lalui peredaran masa dan perubahan.”Saya tak sangka tweet gambar saya itu jadi viral dan banyak komen-komen yang buat perbandingan di antara gambar sekarang dan lima tahun lepas,” jelas anak sulung daripada empat beradik ini. Perkongsian graduan Diploma Sains Sukan ini mendapat lebih 19,000 ulang kicau.

artikel lain : Kulit kena flawless baru diiktiraf cantik, gadis akui penat dengan budaya media sosial, “Kita pasti ada kecantikan sendiri”

SETIAP manusia mempunyai persepsi tersendiri mengenai kecantikan atau rupa paras seseorang.Namun awas ya dengan zaman teknologi yang serba canggih ini, kita kadang-kala tertipu dengan seseorang yang tidak menonjolkan wajah sebenar mereka.

Ini berlaku kerana wujud tanggapan bahawa hanya individu yang berkulit licin, tanpa jerawat atau tak berparut layak mendapat pengiktirafan ‘cantik’.Pandangan seperti ini membuatkan seorang gadis pernah berasa sangat tidak selesa dengan dirinya sendiri.

Syamila memuat naik posting berkaitan budaya kulit licin.

Menurut gadis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Syamila, dia berasa tidak selesadengan dirinya sendiri gara-gara timbul ‘budaya’ perlu berkulit licin untuk dianggap cantik.“Semua orang nak post gambar dengan keadaan kulit licin, cantik dan yakin sahaja.

“Sehingga saya rasa down sebab kulit tak licin tak seputih mereka. Ini kerana seperti sudah ada beauty standard yang ditetapkan kalau nak post gambar, padahal hakikatnya setiap orang mempunyai kecantikan masing-masing,” kongsi remaja berusia 19 tahun itu kepada mStar.Jangan percaya dengan gambar yang muka kelihatan licin kerana pasti kebanyakan sudah di’edit’. Jadi banggalah dengan wajah original diri sendiri.

Menurut Syamila, dia percaya pada masa kini ramai yang sanggup mengubah wajah sendiri semata-mata mahu kelihatan lebih licin dan berseri.“Kalau tengok gambar tak semua yang muka mereka betul-betul licin dan flawless. Dengan keadaan cuaca negara kita yang panas dan lembab ini, memang susahlah nak betul-betul jaga muka untuk kelihatan licin.

“Tetapi setiap orang ada kelemahantersendiri. Kalau seseorang itu tak ada jerawat, saya percaya mesti ada bekas parut atau sebagainya.Sebahagian komen warganet berkaitan status Syamila.“Lagipun jangan percaya sangat dengan gambar kerana dah edit guna kesan kamera,” jelasnya.

Justeru Syamila menasihatkan semua gadis supaya tidak berasa rendah diri dan segan dengan penampilan masing-masing.“Setiap orang ada kecantikan tersendiri. Sayangilah diri  dan jangan takut nak menghadapi semua ini hanya kerana persepsi tersebut.

“Tidak kiralah kulit macam mana pun, yang penting kita pasti ada kecantikan sendiri,” ujar pelajar di sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) ini.Syamila sebelum ini berkongsi posting di laman Twitter mengenai ‘budaya’ perlu ada kulit licin untuk dianggap cantik dan ia telah mendapat lebih 6,000 ulang kicau.

Author: pyka