Anak Singa Laut ini ditahan polis setelah ditemui sedang berjalan2 di atas lebuh raya yang sibuk

Kerja-kerja yang kita lakukan setiap hari memang adakalanya agak membosankan, tetapi ada juga perkara-perkara yang berlaku membuatkan kita tersenyum ketika melakukan tugasan. Ada hal-hal yang tidak terduga terjadi ketika bekerja sehingga membolehkan kita menikmati masa-masa tersebut. Itulah yang dialami oleh seorang anggota polis,

Roger Pereira yang telah melalui sebuah pengalaman yang aneh ketika bekerja. Pada suatu hari, Pereira telah menerima sebuah panggilan yang cukup mengejutkan. Pada mulanya dia menyangka semua itu adalah sebuah ‘prank’ tetapi ternyata tidak. Dia tidak menyangka panggilan mengenai penemuan seekor singa laut di sebuah lebuh raya adalah benar.

Sampai di tempat yang dimaksudkan oleh pemanggil, Pereira melihat sendiri seekor anak singa laut yang dikatakan baharu berusia 10 bulan sesat di lebuh raya itu. Terdapat beberapa orang awam di situ yang turut membantu menjaga haiwan itu sementara menunggu kehadiran pihak

berkuasa. “Mereka berdiri di sebelahnya untuk memastikan ia tidak berjalan ke arah lalu lintas,” kata Pereira. “Saya terkejut dan tidak percaya bahawa mata saya sebenarnya sedang melihat seekor singa laut di jalan raya yang sibuk.” Menurut Pareira lagi, singa laut itu seolah-olah sedang

‘menikmati’ momen tersebut. Dia juga tidak takut dengan ribuan kenderaan yang lalu lalang dan bunyi bising kenderaan di lebuh raya itu. Dia bahkan sangat tenang dan kelihatan seperti mempunyai rasa ingin tahu apa yang sedang berlaku di sekelilingnya.

Pereira tidak mempunyai pilihan melainkan untuk ‘menahan’ mamalia marin itu. Dia kemudian memakir kereta perondanya berhampiran dengan singa laut tersebut dan terus membukakan pintu pada bahagian penumpang. Apa yang menarik ialah singa laut tersebut secara sukarela

masuk ke dalam kereta itu apabila pintu dibukakan untuknya. Singa laut itu terus melompat ke tempat duduk belakang kereta itu tanpa ada sesiapa yang menyuruhnya. “Singa laut suka menaiki kereta kereta,” kata Pereira. “Ia tidak membuat sebarang bunyi atau membuat sebarang pergerakan

yang tidak menentu di bahagian belakang kenderaan peronda. Singa laut sangat berkelakuan baik. ”Singa laut kemudiannya dipindahkan ke The Marine Mammal Rescue Center, di mana pemeriksaan dilakukan untuk mengetahui tentang tahap kesihatannya supaya singa laut itu sentiasa sihat.

“Anak singa laut ini mungkin terpisah dari ibunya dan masih tidak cukup bersedia untuk mencari dengan sendiri,” Dr. Cara Field, doktor haiwan kakitangan di The Marine Mammal Center, memberitahu Patch. “Walaupun agak kekurangan khasiat, singa laut ini sangat aktif sehingga kami berharap dengan penjagaan yang baik akan membolehkan ia pulih dengan cepat,” tambah Pereira lagi.

Sumber: ERA BARU

KOMPAS.com — Dalam sebuah video yang viral di media sosial akhir pekan lalu, seekor singa laut kedapatan melompat dari air dan menyambar seorang gadis cilik hingga tercebur ke laut. Peristiwa yang terjadi di dekat sebuah dermaga di British Columbia, Kanada ini mengejutkan netizen dan

memancing banyak pertanyaan seputar perilaku mamalia laut tersebut. Kejadian itu bermula ketika gadis cilik tersebut bersama beberapa orang lain berkerumun di pinggir dermaga. Beberapa di antaranya tampak melemparkan makanan kepada singa laut.

Lama kelamaan, singa laut itu semakin mendekat karena beberapa orang terus mendekati air dengan makanan dan remah-remahnya. Pada satu titik, mamalia besar tersebut bisa mendorong dirinya keluar dari air, berusaha untuk mendapatkan lebih banyak makanan.

Awalnya, anak perempuan itu cukup waspada untuk menghindari singa laut. Tetapi ketika dia duduk di pinggiran dermaga dan lengah, singa laut berhasil menyambarnya. Untungnya, seorang kakek yang sigap langsung terjun ke laut dan berhasil menyelamatkan gadis itu.

Dengan panjang lebih dari dua meter, singa laut ini kemungkinan merupakan jenis singa laut California yang memang berasal dari wilayah British Columbia. Singa laut jenis ini dapat mencapai berat hingga 375 kilogram. Hewan besar ini pada umumnya lebih menyukai makanan-makanan kecil,

dan biasa memakan ikan, cumi-cumi atau kerang. Singa laut steller, yang bisa berukuran jauh lebih besar, juga menghuni kawasan ini. Singa laut ini tidak melompat ke dermaga untuk memakan anak perempuan itu, tetapi untuk mendapatkan lebih banyak makanan dari orang-orang yang berkerumun di sana.

Lebih cenderung kepo ketimbang kasar Singa laut dikenal sebagai haiwan yang memiliki rasa keingintahuan tinggi. Haiwan ini sering kali kedapatan mengitari dan menyelidiki para penyelam yang memasuki wilayah berkembang biak mereka. Mereka tidak dikenal sebagai haiwan yang kasar.

Umumnya, mereka justru penasaran terhadap manusia ketimbang agresif. Tetapi ini bukan berarti bahwa singa laut tidak berbahaya sama sekali. Anak perempuan itu bisa saja mengalami luka serius. Bagaimanapun, kita harus tetap waspada jika berada di sekitar haiwan liar.

Selain itu, yang perlu diingat adalah, memberi makan haiwan-haiwan liar akan menimbulkan risiko yang signifikan. Direktur Florida Program for Shark Research, George Burgess pernah mengatakan dalam sebuah wawancara bahwa memberi makan haiwan-haiwan liar dapat menimbulkan dampak jangka panjang pada perilaku haiwan, mengajari mereka untuk “menyamakan manusia dengan makanan gratis”.

Author: fafa