Anak sulung merupakan pemandu yang teruk

Terdapat banyak jenis ragam pemandu yang pernah kita jumpa. Ada pemandu yang berhemah, ada pemandu yang tidak mengikut peraturan, ada pemandu yang lalai dan bermacam-macam lagi. Tahukah anda, pemandu yang teruk merupakan anak sulung?

Anak sulung adalah anak kebanggaan ibu dan ayah, selalunya anak sulung sering dikatakan seorang anak yang sangat bertanggungjawab dalam pelbagai hal. Namun dalam hal yang satu ini, mungkin anak sulung dikatakan sedikit lemah.

Sekiranya anda adalah anak sulung dalam keluarga, mungkin anda kurang bersetuju dengan hasil kajian ini. Menurut kajian terbaru daripada Privilege Car Insurance, anak sulung dalam keluarga adalah pemandu kereta yang teruk berbanding anak kedua dan seterusnya.

Pemandu Kereta Yang Teruk

Satu kajian telah dijalankan, dan terbukti bahawa adik-beradik sulung mempunyai daya pemanduan yang teruk. Kira-kira 89% daripada anak sulung ini suka memecut, 35% seringkali mendapat saman, 47% suka memotong barisan dan 46% suka menggunakan lorong kanan.

Manakala pula, lebih daripada 30% menggunakan telefon bimbit, dan 17% menggunakan alatan solek ketika sedang memandu. Ini bermakna, faktor berlakunya kejadian di jalan raya adalah kerana tiada rasa tanggungjawab kepada pengguna jalan raya yang lain. Sekian petikan dari Era.jer

Cabaran Dan Pengorbanan Seorang Anak Sulung, Dari Mata Seorang Ibu

Dari tepi mata, saya nampak anak sulung saya seperti teragak-agak untuk menghulurkan coklat terakhirnya pada si adik. Tapi saya kenal anak saya. Walaupun itu makanan kegemarannya, dia tetap akan beri coklat itu pada adiknya. Sebenarnya tanggungjawab sebagai anak sulung sangatlah besar.

Tetapi ramai yang selalu terlepas pandang, malah ada pula yang cemburu dan mengatakan mereka banyak kelebihan. Rasanya, semua yang mengadu itu pastilah bukan anak sulung. Kalau tak mereka takkan complain macam tu. Berikut adalah pengorbanan dan cabaran menjadi anak sulung yang saya nampak sebagai seorang ibu…

Anak sulung selalu jadi “bahan eksperimen”

Semua benda kita cuba pada anak sulung kita, kan? Sebagai ibu bapa baru, kita belum pandai lagi cara untuk menjaga anak. Kadang-kadang, kita akan terikut cakap orang, kemudian sedar cara mereka tak sesuai dengan kita. Walaupun kita akan cuba menimba ilmu tentang cara terbaik untuk membesarkan anak, kita masih akan melakukan banyak kesilapan.

Saya sangat tegas dengan anak pertama saya: ini tak boleh, itu tak boleh, semua pun tak boleh. Tetapi apabila ingat balik pengalaman sendiri dan selepas anak kedua, mungkin perbuatan saya telah menyekat perkembangan dan keupayaan anak sulung saya untuk berdikari.

Anak sulung selalu perlu tunjukkan contoh yang baik

Mereka selalu tertekan kerana perlu menunjukkan contoh terbaik. Ini sebab perangai dan tingkah laku anak sulung akan ditiru adik. Mereka tak boleh bertindak sesuka hati.Ini menyebabkan banyak kelakuan dan perbuatan mereka akan selalu tersekat apabila ibu bapa berkata – “Jangan buat macam itu, nanti adik ikut!

Anak sulung perlu mengalah dengan adik

Siapa lagi yang akan mengalah? Pastinya anak sulung!“Kenapa saya perlu bagi balik! Saya yang ambil permainan itu dulu!”“Kenapa adik yang selalu menang?” “Kenapa saya perlu mengalah?!” “Tak adil betul!” “Ibu lebih sayang dengan adik!”

Beginilah bunyinya di rumah saya setiap hari. Masa anak pertama masih kecil, dialahanak emas. Sekarang, semua permainan yang dulu kepunyaan dia perlu dikongsi dengan adik. Bukan setakat itu saja!Perhatian dan kasih sayang ibu bapa turut perlu dikongsi dan ini biasanya punca utama mengapa anak pertama seringkali kecil hati atau rasa cemburu.

Mereka perlu jadi penjaga adik

Tugas ini memang sudah jadi tugas penting semua anak sulung. Budaya di Malaysia mengajar anak sulung supaya menjaga adiknya dari mereka muda lagi. Kalau bawa anak-anak ke taman permainankakak ataupun abang pasti ditugaskan untuk menjaga adik semasa bermain. 

Kadang-kadang kesian juga melihat mereka mengejar adik sehingga tak dapat bermain langsung. Tapi itulah pengorbanan anak pertama. Apabila habis main, kebanyakan ibu-ibu akan terus memberi tumpuan pada si adik tanpa mengucapkan terima kasih kepada anak sulung. 

Mereka selalu disalahkan

Kalau si sulung bertengkar dengan adiknya, pasti dia yang akan selalu disalahkan. “Kenapa ibu lebih menyayangi adik?” anak saya selalu tanya. “Bila adik buat salah, saya pasti dituduh mengajar adik perkara yang bukan-bukan!” Tetapi lama kelamaan saya belajar untuk tidak menuduh dengan melulu.

Ibu bapa perlu betul-betul kenal perangai anak mereka. Tak semestinya semua salah si anak sulung. Jangan ingat kanak-kanak kecil tak pandai untuk memanipulasi. Jika anda baru sedar tentang pengorbanan serta cabaran yang perlu diharungi anak sulung, peluklah dan berikan belaian kasih sayang kepada mereka. Luangkan masa untuk mereka juga. Jangan biarkan mereka rasa terasing dan tidak dihargai.

Sumber rujukan: Sirap Limau

Author: fafa