Anak tak sengaja pecahkan pasu, kantoi suami sorok daeri isteri duit simpanannya selama 13 tahun tapi isteri ketawakan suaminya

Satu insiden yang berlaku akhirnya telah merungkai rahsia seorang bapa yang disimpan bertahun lamanya. Rahsia tu melibatkan duit pulak tu! Menurut WORLD OF BUZZ, kejadian tu berlaku dekat Guangxi, China baru-baru ni dan seluruh keluarga menganggap ianya sesuatu yang kelakar.

Anak perempuan pasangan tersebut memang dah biasa buat senaman ringan dekat ruang tamu rumah mereka. Masa kejadian tu, ibunya berada dalam bilik, baru bangun tidur. Tiba-tiba anaknya tu tanpa sengaja dah pecahkan pasu besar dekat ruang tamu.

“Saya tengah duduk dalam bilik tidur dan tiba-tiba, saya dengar bunyi yang kuat datang dari ruang tamu. Saya terus turun dari katil dan berlari keluar bilik. Saya nampak pasu yang dah pecah dan duit yang banyak. “Saya mesej suami dan minta dia pulang. Ekpresi muka dia berubah sebaik saja dia masuk dalam rumah,” kata si isteri.

Bukan tu je, menurut si isteri dia habiskan masa pagi tu untuk kira duit dan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 5,000 Yuan (lebih kurang RM3,000). Rupanya, kantoi suami dia simpan duit dekat dalam pasu tu selama 13 tahun, bermula pada 2006 waktu mereka baru saja beli rumah tersebut.

Tapi, walaupun dah terbongkar rahsia, dia tak marah pun dan terus cerita hal yang sebenar dekat isteri. Dan isteri bukan saja tak marah, tapi dia rasa apa yang berlaku tu kelakar.Walaupun dah kumpul duit lebih 10 tahun, dia cuma dapat simpan beberapa ribu Yuan je, kelakar!”

Haha sempat lagi dia perli suami dia eh! Korang ada simpan duit dekat tempat rahsia yang suami/isteri korang tak tahu? Jangan sampai kantoi pulak haha.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Era Kini

Sumber: LobakMerah

Wang simpanan tidak pernah cecah RM1,000

SEPANJANG 10 tahun bekerja di Kuala Lumpur, ibu beranak empat yang hanya mahu dikenali sebagai Intan Hafizah ini langsung tidak pernah mempunyai wang simpanan melebihi RM1,000 di dalam akaun bank. Intan Hafizah yang ditemui S2 baru-baru ini mengakui agak sukar bagi dirinya dan suami menabung setiap bulan memandangkan banyak barang keperluan dibayar menggunakan wang gaji yang diperoleh.

“Sepanjang 10 tahun ini, saya bukan tidak mahu menabung. Tetapi asal hendak menyimpan sahaja, ada sahaja yang diperlu dibayar. Jadi, niat hendak menabung itu terkubur begitu sahaja, dari zaman bujang sehinggalah saya sudah berkeluarga, saya masih tidak mampu menabung,” katanya.

Eksekutif berusia 36 tahun itu memberitahu, sejak berkahwin dan mempunyai anak pada 2011, dia menganggap menabung bukan lagi agenda penting dalam pengurusan kewangan mereka kerana gaji yang diterima hanya cukup-cukup untuk membayar segala hutang termasuk sewa rumah dan membeli keperluan anak-anak. “Sejak mempunyai anak, keperluan mereka yang lebih utama seperti membeli pakaian, lampin pakai buang dan susu.

“Selain membayar sewa rumah dan pinjaman kereta serta sedikit hutang pinjaman peribadi dan bil utiliti, wang gaji juga diperuntukkan untuk membeli barang dapur dan mengirim wang kepada ibu di kampung,” katanya. Tambah Intan Hafizah yang mempunyai pendapatan isi rumah bersama suami kira-kira RM4,200 sebulan, dia dan suami memang ada usaha untuk menabung sedikit wang gaji mereka, namun keadaan tidak mengizinkan.

“Pernah saya cuba menyimpan tetapi tidak lama selepas itu, ada sahaja benda yang perlu dibayar dan saya terpaksa ‘pecah tabung’ itu. Saya juga pernah cuba menyimpan wang kecil setiap hari, namun tidak bertahan lama apabila terpaksa dikeluarkan bagi memenuhi tuntutan perbelanjaan harian,” katanya.

Mengakui tidak boros berbelanja, malah belajar berjimat-cermat dalam perbelanjaan seharian, namun katanya, dia masih gagal mempunyai simpanan melebihi RM1,000 di dalam akaun bank. Keadaan sama juga dialami seorang pegawai sumber manusia di sebuah syarikat yang dikenali sebagai Roshaniza, 40. Sehingga kini, dia masih sukar menyimpan wang setiap bulan kerana banyak komitmen yang perlu dilangsaikan.

Dengan pendapatan isi rumah Roshaniza dan suami kira-kira RM4,500 dan mereka mempunyai lima anak yang kesemuanya sedang bersekolah. Keadaan itu menyebabkan dirinya terasa kehidupan hari ini agak perit sehingga menyukarkannya menabung. “Adalah sedikit simpanan saya di dalam ASB tetapi itupun kadang-kadang terpaksa ‘korek’ bila perlu,” katanya yang mengakui simpanan di dalam akaun ASB masih belum mencecah RM1,000.

Sumber utusan

Author: Iqbal