Anak yatim piatu ini tidur sambil peluk baju dan tudung ibu bapanya yang telah tiada untuk lepaskan rindu.

Bila dia (Aqilah) nak tidur, dia akan cari bantal mak dia dengan kain tudung mak dia. Yang kakak (Amira), bila dia terasa rindu sangat dia akan ambil baju papa dia. Jadi hujung minggu tu saya akan bawa lah mereka ke kubur. Dia akan cium kubur papa dia, kata

“Assalamualaikum, Mira dengan adik datang…’ sebab rumah dekat dengan kubur kan memang selalu pergi.” Demikian kata Yusnidah Husain, 48, ibu saudara yang juga penjaga kepada dua beradik yatim piatu, Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 8, dan Nur Firuza Aqilah Fairuz Nizam, 5,

ketika ditemui di sini, petang tadi. Yusnidah adalah kakak kepada bapa dua beradik itu, Fairuz Nizam Husain, 35, yang telah menghadap illahi dalam kejadian ngeri yang tidak diingini di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) pada 2 Mei 2015.

Kejadian itu turut mer agut nyawa isteri Fairuz, Nova Safitri Azhari, 27, dan anak bongsu mereka, Nur Firuza Annisa yang berusia tujuh bulan. Yusnidah yang sudah mendapat kebenaran mahkamah untuk penjagaan dua beradik ini sejak 11 Ogos tahun lalu berkata,

Amira dan Aqilah juga sering terjaga daripada tidur teringatkan ibu bapa mereka. Bila mereka rindu, dia akan menangis-nangis tengah malam saya akan bawa keesokan harinya. Sebab kubur memang dekat dengan rumah kan. Amira agak kerap kalau malam tengah tidur dia akan menjerit,

‘papaaa… mamaaa… jangan tinggal Mira, papa… mama…’ jadi saya akan pujuk dia redakan dia. Dia menangis-nangis dan minta papa, mama… Dia minta apa yang kita tidak boleh adakan,” katanya yang dipanggil mama oleh dua beradik itu.

Yusnidah berkata, dia akan memujuk dua beradik berkenaan dengan membawa mereka ke kubur berdekatan rumah di Taman Batu Muda di sini sekurang-kurangnya dua bulan sekali. Sementara itu, Amira ketika ditemubual cukup petah berkata-kata.

Berikut temubual wartawan dengan Amira . Wartawan: Kakak dah besar nak jadi apa? Amira: Selalu suka main fesyen-fesyen, masak-masak dengan adik. Dah besar nanti Mama kata dengan Baba kalau belajar pandai-pandai boleh jadi ‘lawyer’ (peguam). Wartawan: mama dengan baba (penjaga) ada bawa pergi kubur? Amira: Ada. Baca al-Fatihah. Doakan Mama dengan Papa

Peluklah ibu bapa anda selagi mereka masih ada…” luah si anak yang kehilangan ibu

Hargai ibu bapa anda selagi mereka masih bernafas. “Peluklah ibu bapa anda sementara mereka masih ada dan jangan ambil kesempatan pada mereka kerana anda tidak tahu bila anda akan kehilangan mereka. Hargai ibu bapa anda selagi mereka masih bernafas…” Inilah kata-kata yang ditulis oleh Hannah Summers semasa memuat naik gambar sepucuk surat yang

ditinggalkan oleh ibunya yang telah menghadap illahi. Perkongsian Hannah telah tular dan benar-benar menyentuh hati mereka yang membacanya. Surat yang menusuk jiwa itu telah ditulis ibunya ketika beliau sedang berlawan dengan penyakit di hati. ibunya telah menulis surat ini untuk semua anak-anaknya.

Di dalam surat itu penuh dengan kata-kata nasihat dan peringatan yang dirinya akan selalu bersamanya. “Peluklah mereka. Hargai ibu bapa anda selagi ada…”Ini adalah terjemahan surat ibu Hannah kepadanya; “Jika anda sedang membaca surat ini, ia bermakna operation ibu itu tidak berjalan lancar.

Ibu minta maaf. Ibu sudah cuba sedaya upaya untuk melawan penyakit ini. Tetapi Tuhan ada perancangan yang lebih baik untuk kita… Tolong jangan rasa marah, perkara buruk terjadi kepada kita agar kita dapat belajar sesuatu darinya walaupun ia amat menyakitkan.

Ibu mahu kamu meneruskan hidup gembira dan gunakan kurniaan Tuhan kepadamu. Kamu akan jadi jururawat yang hebat sama seperti betapa hebatnya peribadi kamu. Belajar rajin-rajin, jangan risau tentang pekerjaan.

Jika kamu mahu bekerja semasa musim panas, tidak apa, tapi jangan abaikan sekolah. Bersabarlah dengan ayah kamu. Ini masa yang sukar untuknya dan dia memerlukan masa. Kamu dan dia saling memerlukan, banyakkan berbicara bersama dia.

Jangan berputus asa dan terus mencuba. Ingat yang kamu ada ramai orang sekeliling yang menyayangi kamu, bersembanglah dengan mereka. Gunakan kepandaian kamu untuk bertindak. Jangan pergi ke mana-mana sendirian dan sentiasa sediakan kit kecemasan dalam kereta.

Kamu boleh menumpang kereta orang lain ke sekolah tetapi jauhi parti, kerana ianya jahat. Bukan semua lelaki jahat tapi kebanyakkan dari mereka akan meminta kamu membuat bermacam perkara. Cuba banyakkan berkawan dengan mereka yang ada sama kepercayaan seperti kamu, kerana mereka akan membuatkan kamu kuat.

Ingat yang ibu sentiasa ada bersama kamu. Ibu masih bangga dengan kamu seperti selalu. Pastikan Tuhan sentiasa di dalam hati kamu dan jangan malu untuk tunjukkan kepada orang yang kamu sayangkan Tuhan. Jika satu hari nanti kamu ada anak, beritahu mereka yang ibu sangat sayangkan mereka dan mahu bersama mereka.

Kamu akan mempunyai kehidupan yang menakjubkan dan ibu akan tersenyum di sepanjang perjalanan dan setiap momen indah kamu. Ibu bersyukur Tuhan telah memberi peluang untuk kita menghabiskan masa bersama dengan erat dan gembira.

Peganglah pada memori itu dan beritahu semua orang yang kamu sangat sayangkan mereka. Jalani setiap hari seperti hari esok tidak akan tiba kerana kamu tidak akan tahu sama ada akan ada esok untuk kamu atau tidak. Dan yang terakhirnya, ingatlah yang ibu menyayangimu lebih dari yang kamu tahu. Salam sayang dari ibumu…”

Nasihat seorang ibu ini penuh dengan kasih sayang. Walaupun beliau sudah tidak bermaya, namun beliau masih ingin tinggalkan anak-anak dengan bait-bait nasihat yang penuh kata-kata sayang. Semoga Hannah dan adik beradiknya sentiasa mengingati nasihat ibu mereka ini.

Wahai pembaca lain di luar sana, hargailah ibu bapa anda. Peluk mereka seerat-eratnya sekarang. Kita tidak tahu sampai bila Tuhan meminjamkan kita masa untuk memeluk mereka. Apabila mereka pergi nanti, hilanglah satu nikmat dunia yang Tuhan berikan kepada kita. 

Sumber: teenvogue, twitter Hannah Summer

Author: fafa