Awie tibaii Syed Saddiq. Menteri nak rosakkan kita bawa K Pop ke Malaysia.

Baru-baru ini Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu pihak mereka dalam usaha bagi membawa kumpulan K-Pop BTS sempena Tahun Melawat Malaysia 2020. Namun usaha dan kerjasama bersama Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes itu mendapat banyak maklum balas negatif netizen termasuk selebriti tanah air.

Selain pelakon Sharnaaz Ahmad yang tidak bersetuju dengan tindakan itu, vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie turut menyatakan pendapat sama di laman Facebook. Dianggap perkara itu akan Jahnamkan artis-artis tempatan seperti mereka.

Menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, beliau menyifatkan menteri seperti itu seolah-olah mahu menutup ‘periuk nasi’ warga seni di Malaysia walaupun berdepan dengan masalah ekonomi negara ketika ini.

Bantu artis tanah air!

Kenapa banggakan orang luar je?

Tambah Awie, mereka perlu menunjukkan tanda sokongan dan kasih sayang terhadap budaya dan bangsa daripada mengagungkan artis luar negara sehingga warga seni di negara sendiri diabaikan. Perkara in tidak sepatutnya berlaku di Negara kita.

Puluhan tahun aku jadi penghibur, tahun ni paling teruk!

Posting berkenaan menjadi tular di Facebook dengan mendapat lebih 1,100 perkongsian dan pelbagai respons netizen mengenai perkara itu. Ternyata ramai netizen-netizen sokong akan tindakan Artis Rock Tanah air itu. Sayaa sokongggggg Datooooo!!

Saya sokong dato!

Steady abang Awie!

Habis rosak anak Melayu kita!

Artis tak perlu takut bersuara!

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada posting tersebut merupakan kenyataan daripada Awie sendiri ataupun pihak lain. Adalah lebih baik jika kita tunggu kenyataan dari Dato Awie.

Sumber : Awie Pamalo

Author: fafa