Ayah tengok gambar lelaki tu terus ayah mengigil lutut sampai terduduk

Waktu ayah aku tengok je gambar lelaki tu mengigil lutut sampai terduduk. Kami semua ni terkejut. Ayah sampai menjerit-jerit. Assalamualaikum semua. Terima kasih kalau confession aku ni di terima. Confession aku ni agak serupa drama. Tapi baru beberapa bulan terjadi. Aku ada 3 adik beradik akak aku 2 orang dan aku sorang lelaki. Yang besarkan kami ni ayah. Ibu aku dah takde masa aku umur 6 tahun.

Awal tahun haritu, Angah aku ni dah kasi tahu kami sekeluarga yang di dengan kekasih dia rancang nak bertunang. Sepatutnya bulan syawal haritu. Tapi tak kesampaian. Cerita dia macam ni, kami ni memang dah kenal dengan boyfriend Angah. Dah 3 tahun diorang kenal. Aku pun kenal dengan adik perempuan dia, sebab kami belajar dekat U yang sama.

Keluarga lelaki ni, ada 4 adik beradik. Ayah kandung dia dah takde dan membesar dengan ayah tiri. Akak aku pernah kasi tahu, yang lelaki ni cakap ayah kandung dia meninggal sebab sakit. Jadi kami sekeluarga pun okay. Sebab dah jumpa banyak kali juga, waktu raya lah waktu majlis lain. Sampai satu hari, adik perempuan dia ni Sarah (bukan nama sebenar) ni satu sekolah dengan housemate aku.

Jadi bila tengah borak ni, kawan aku ni dia buka satu kisah. Katanya rumors entah betul ke tidak. Dia cakap waktu sekolah dulu ada budak taman dia cakap yang Sarah ni anak orang jahat. Kiranya, Ayah dia pernah masuk pagar besi laa. Jadi aku tanya kawan aku mana kau tahu. Dia pun buka lah cerita zaman dia sekolah dulu. Bab ejek mengejek tu semua. Aku pun setakat dengar je. percayanya tidak.

Aku tak ada pula tanya Angah pasal tu. Tapi aku tak sengaja terborak hal tu dengan Along aku. Along aku cuma cakap , ” ish tak elok mengata orang yang dah takde. ” Aku pun minta maaf iyalah salah aku. Tapi rupanya Along aku ni dia curious, jadi Along pun kumpul maklumat dan kaji latar belakang bf angah. Di sebabkan circle kerja akak aku yang agak “mystery” jadi dia dapat maklumat tu sekejap je.

Aku sebenarnya tak tahu yang Along aku siasat latar belakang lelaki tu. Sampai lah satu hari, waktu ni dekat kampung. Along aku cakap dia ada hal mustahak nak cakap. Ayah kami pun ada dekat situ. Along aku ni jarang serius tapi kalau dia buat muka dengan nada serius tu makna dia memang hal betul betul serius. Jadi along tunjuk satu gambar.

Gambar lelaki, waktu ayah aku tengok je gambar lelaki tu mengigil lutut sampai terduduk. Kami semua ni terkejut. Ayah sampai menjerit jerit. “Mana dapat gambar ni!” Banyak kali dia ulang tanya Along. Along pun bagi satu fail ni. Sebelum nak buka ni, along kasi tahu. “Yang itu gambar dan fail ayah kandung fazli (bukan nama sebenar)” ayah kita orang ni dah speechless dia terduduk dekat lantai.

Angah pun bila baca fail tu dia mengigil tangan menangis. Aku pun bila dah dapat tahu terus terdiam tak tahu nak cakap apa. Pemergian Ayah kandung Fazli ni bukan sebab sakit. Tapi sebab hukuman atas kesalahan besar dulu. Kalau setakat itu je kami tak ada masalah. Tapi bila baca details tu, paling teruk rupanya ayah fazli punca pemergian Ibu kami. Isteri ayah aku.

Lepas dapat tahu tu, semua tak tahu nak cakap apa. Aku tergamam. Angah aku lagilah menangis menjerit jerit panggil nama ibu. Kalau ikutkan fazli memang tak bersalah, yang bersalah tu ayah kandung dia. Tapi kebenaran dan kebetulan ni memang pahit sangat. Nak telan pun tak mampu. Angah aku explain dekat fazli hal ni. Dia pun speechless. Keluarga dia mak dia semua speechless.

Aku pun terserempak dengan Sarah tak tahu nak cakap apa. Biasa kalau jumpa ada lah juga borak. Tapi sekarang dah tak dapat. Ada macam satu dinding yang block. Ada sekali borak, itupun sarah cakap “sorry” aku pun tak ada lah nak salahkan sarah ke abang dia atau keluarga dia. Tapi bila dapat tahu benda macam ni kau nak pilih side mana pun pening. Angah aku tu lagi lah, jarang dah contact dengan Fazli.

Sekarang keluarga aku dengan keluarga diorang ni dah ada satu dinding besar yang masing-masing tak tahu macam mana nak runtuhkan. Sarah pun bila nampak aku dia mengelak, dia pernah cakap yang dia dengan keluarga dia rasa bersalah dan tak tahu nak buat apa sama dengan aku sekeluarga. Jadi benda ni dah berlarutan sampai sekarang. Angah aku dia cakap dah jarang langsung contact dengan si Fazli sebab relationship diorang jadi awkward.

Awalnya confession ini memang agak panjang. Tapi di sebabkan ada beberapa details yang aku rasa aib keluarga aku. Jadi aku padam. Aku sekeluarga sekarang keliru. Ayah aku pernah bagi tahu Angah, dia tak ada masalah kalau angah nak teruskan hubungan dia. Yang salah ayah dia bukan anak dia. Tapi itulah Angah sendiri pun bagi tahu dia confuse. – Ikram

Artikel lain : Menyesal terima padah kahwin tanpa restu ibu ayah

Pasangan yang berkahwin tanpa mendapat restu kedua ibu bapa kebanyakannya tidak kekal lama kerana tiada keberkatan dalam rumah tangga. Hilangnya keberkatan menyebabkan timbulnya masalah silih berganti. Seperti yang dikongsi wanita ini, seorang ibu 2 anak hanya mampu tengok barangan di kedainya kerana tiada wang.

Suaminya berkahwin lain dan dia dibiarkan tanpa nafkah. Dulu kahwin suka sama suka tapi disebabkan tiada restu ibu bapa dan terlalu terburu buru, kehidupan wanita ini huru hara. Kisahnya, Aku baru lepas bercakap dengan akak ni. Asalnya dia tanya pasal produk. Muda lagi orangnya dalam 20an (tak sure berapa tapi lebih kurang aku la kot) dah kahwin, ada anak dua org. Dua dua lelaki.

Lepas tanya pasal produk tadi dia macam berminat, bila bagitau harga dia diam. Dia kata ‘Emm sekarang takda duit lagi, tunggu abang (suami) balik sini la. Aku kata ‘Ohh abang outstation ke?’ Dia geleng kepala. Muka happy nak beli produk tadi terus nampak macam sedih. Nampak lain macam aku tak berani tanya lebih takut secara tak sengaja terguris hati dia ke apa.

Tetiba dia bersuara, ‘Abang balik rumah bini muda, lama dah tak balik, last dia balik puasa haritu, tinggal dengan anak anak je la kt rumah’ lepas tu dia diam. Macam macam soalan bermain di fikiran aku sebenarnya. Aku tanya dia, habis abang tak balik duit belanja dia bagi tak? Akak tu geleng geleng lepas tu dia mula bukak cerita.

“Sejak ada bini baru dia dah banyak berubah, kalau akak ungkit pasal tanggungjawab pasal perbelanjaan dia ugut nak lepaskan akak, akak dah tak tahu nak buat apa dah, nak cari kerja tapi anak anak nanti sape nak jaga, nak upah pengasuh memang tak mampu la, nasib baik ada kakak no 1 tu, dia la yang bagi pinjamkan duit belanja, kalau takde dia dah taktaunak makan apa dah kami 3 beranak”

Kesiannya akak ni. Aku tanya dia “dulu kahwin suka sama suka ke pilihan org tua?” Panjang lebar dia bercerita, “suka sama suka dik, akak jumpa dia masa belajar kat UiTM Dungun, time tu dia kerja sana, bila dah lama kenal dia, dia ajak kahwin time tu akak tak habis belajar lagi, dia kata takpe dia mampu tanggung akak walaupun akak tak keja.

Yela time tu tengah berbunga-bunga memang iyekan aje la tak pikir panjang, terus balik kampung mintak dengan mak ayah nak kahwin, ayah tak berapa setuju tapi ok je tapi mak tak bagi, mak kata habiskan dulu belajar tapi akak degil, tak dengar, siap ugut nak kawen lari lagi kalau mak ayah tak bagi, sudahnya diorg bagi la takut akak buat bukan-bukan.

Kitaorg pon kawen la lepas tu dia dapat keja sini ktorg duduk la rumah sewa kat sini, dia selalu ulang alik Dungun sebab ada projek kat sana, akak duduk rumah jela time dia keja luar nak ikot tak bagi, nak gi mana2 pun dia tak bagi, lesen kereta tak bagi buat. Rasa macam tunggul pulak kat rumah. Bila lahirkan anak first dia mula buat hal, selalu outstation paling lama 3-4 hari je tapi kali ni berminggu-minggu tak balik rumah,

kadang-kadang sampai sebulan tak balik. Bulan 3 haritu dapat tahu dia kahwin lagi, tu pon sepupu dia yang bagitahu, yang buat akak terkilan mak ayah dia yang jodohkan diorg. Mak ayah dia memang dari awal tak berapa suka akak sebab akak tak kerja, belajar pun tak abis. Dia ingat akak nak kikis duit anak dia. Bini baru dia tu lecturer, pernah tengok gambar kat fb dia, tak cantik sangat pun tapi yela lecturer kan”. Air mata dia dah bertakung.

Aku cakap sabar lah kak, ada hikmah yang kita tak tahu disebalik semua ni. Dia kata, “ni bukan hikmah, ni balasan sebab tak dengar cakap mak ayah dulu, mak ayah suruh pikir masa depan dulu tapi akak degil, akak percaya sangat laki tu boleh ubah masa depan akak sebab dia dah kerja, gaji besar pulak tu. Ternyata akak silap, harta orang tetap harta orang takkan pernah jadi harta kita walaupun orang tu suami kita.

Sebagai perempuan kita kena ada income sendiri, ada pelajaran supaya takde sape pun boleh tindas kita, sebelum kahwin boleh la kata nak tanggung semua bila dah kahwin lain jadinya, tak semua laki macam tu tapi hati orang kita takkan boleh baca, akak sendiri pun tak sangka laki akak macam tu sebab sebelum kahwin punya lah baik, sweet, romantik, tu yang buat akak cair.

Akak nasihat adik walaupun adik kahwin dengan orang paling kaya pun adik jangan jadi macam akak, persediaan mesti kena ada, jangan tunggu benda nak jadi baru kita nak beringat time tu dah terlambat. Akak ditinggalkan terkontang kanting tanpa sesen pon harta. Tu la kononnya tak nak pun harta dia, nak kasih sayang je dari dia, hampeh! Harta tak dapat kasih sayang melayang” Haha muka akak tu penuh kebencian. Lepas tu dia mintak diri nak balik dulu. Dia kata nanti dia datang lagi nak beli produk.

Sumber : kisahjalanan

Author: pyka