Bahaya bila tidur dalam kereta dengan aircond terpasang

Hati-hati semua, tidur dalam kereta memang syok. Kereta bukan sahaja kenderaan yang kita gunakan untuk perjalanan dari point A ke point B. Ia adalah tempat untuk kita menikmati muzik, berehat, bersenang-senang dan kadang-kadang tidur.

Dengan aircond yang sejuk terpasang, ditemani dengan kesunyian dan jauh daripada bunyi bising di luar, suasana dalam kereta sememangnya ideal untuk kita mendapatkan tidur yang lena dan nyenyak. Tapi, tahu tak sebenarnya yang ianya mendatangkan bahaya pada nyawa dan bila2 masa jantung kita bisa berhenti bila tidur dalam kereta?

Ya, kita boleh kiok dalam masa kurang daripada sejam! Siapa-siapa yang mempunyai tabiat tidur dalam kereta dengan enjin yang tidak dipadamkan, mungkin ada baiknya jika tabiat itu dihentikan. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan pemergian dalam kereta kita sendiri iaitu:

1. Masalah kebocoran ekzos

Sekiranya terdapat masalah pada ciri mekanikal kereta, kemungkinan berlaku kebocoran ekzos kereta ke dalam kabin kenderaan ketika kita sedang tidur akan meningkatkan risiko degupan jantung berhenti dan nafas terhenti kerana lemas.

2. Peningkatan karbon monoksida

Pengumpulan karbon monoksida (CO) yang disebabkan oleh kebocoran daripada ekzos akan menurunkan paras oksigen di dalam kenderaan. 3. Penurunan paras oksigen dalam cairan merah badan. Peningkatan tahap karbon monoksida di dalam kereta memberi kesan kepada oksigen dalam cairan merah. Ini mengakibatkan cairan merah membawa lebih banyak karbon monoksida dan boleh menyebabkan risiko kepada nyawa secara tiba-tiba (sudden dea th).

4. Kalau tingkap dibuka?

Walaupun dengan tingkap dibuka, karbon monoksida tetap boleh terkumpul dan akan menyebabkan penurunan oksigen dalam cairan merah badan. Kesannya, mangsa akan kehilangan cecair dan air dalam badan selepas satu jangka masa.

5. Kalau masa memandu boleh pula? Kenapa?

Jawapannya mudah. Kerana kita sedar dengan perubahan suhu dan akan sedar jika terdapat kebocoran. Jika kita mula merasa tidak selesa, kita akan segera bertindak dengan menutup penghawa dingin dan membuka tingkap. Doktor telah menasihati pemandu untuk tidur di dalam kereta apabila keadaan kecemasan SAHAJA

Dan walaupun kita terjaga, kita sepatutnya berehat dengan keluar daripada kereta ketika memandu untuk jangka masa yang lama.Aircond yang berfungsi dengan baik juga penting untuk perjalanan yang selamat. Dinasihatkan supaya pemilik kereta memeriksa aircond setiap enam bulan.

Sumber: Goody Feed | Drive Spark

Saya baru mengikuti kursus gas leaking oleh Gas Malaysia 3 hari lepas.  Ini sekadar berkongsi ilmu;(1) Bila buka aircond dan tutup tingkap semasa kereta tidak bergerak, oksigen akan circulate di dalam kereta.(2) Oksigen tersebut akan makin berkurang apabila kita inhale. Sekiranya kita lama hentikan kereta, oksigen makin berkurang.

(3) Apabila paras oksigen dah berkurangan ke 16% sahaja, kita akan rasa sesak nafas. Sekiranya kita tidur nyenyak, tidak bangun & tidak keluar dari kereta, maka kita akan collapse atau tidak sedarkan diri. (4) Paras oksigen makin berkurangan kerana semasa tidak sedarkan diri tu kita masih

bernafas & apabila mencapai 10%, oksigen sudah tidak dapat dihantar ke otak & sistem tubuh tidak dapat berfungsi, dan seterusnya menyebabkn risiko pada nyawa.(5) Apabila kereta bergerak ok sahaja kerana semasa kereta bergerak, oksigen akan masuk ke dalam kereta melalui enjin bukan hanya oksigen yg sama circulate.

(6) Jika nak rehat mcm tu memang boleh tetapi kena buka tingkap juga supaya oksigen masuk.(7) Ketika jalan sesak, kita akan rasa mengantuk kerana kadar oksigen yang masuk ke dalam kereta adalah kurang. Itu adalah tanda yang kita kekurangan oksigen. Tingkap perlu dibuka juga ketika itu. Kalau cuaca panas, tidak salah buka aircond & buka tingkap sedikit.

(8) Karbon monoksida dari ekzos bukanlah penyebab kehilangan nyawa kerana karbon monoksida dari kenderaan adalah selamat dihidu & dilepaskn oleh kenderaan kerana limit of concentration sudah dikawal. Untuk menyebabkn kehilangan nyawa, karbon monoksida ada certain ppm which is much higher than limit yang kenderaan lepaskan.

Author: fafa