Bahaya risiko perangai berlagak kaya tetapi gaji sekadar cukup makan

Bergaul dengan golongan yang ‘ada-ada’ membuatkan anda terikut dengan cara hidup mereka. Walaupun anda tahu anda tidak mampu namun, anda cuba untuk hidup seperti mereka. Ia amat berbahaya untuk hidup anda malah jika dibiarkan akan mengundang masalah baru ke dalam hidup anda.

1. Merosakkan Nama Baik Sendiri

Sampai bila anda harus memakai topeng dan berlakon. Pastinya suatu hari nanti tembelang anda akan diketahui juga. Ini akan memalukan anda dan merosakkan nama baik anda apabila rakan-rakan anda tahu anda menipu bahawa sebenarnya anda bukan lah seperti yang disangkakan.

Bergaul dengan golongan yang ‘ada-ada’ membuatkan anda terikut dengan cara hidup mereka. Walaupun anda tahu anda tidak mampu namun, anda cuba untuk hidup seperti mereka. Ia amat berbahaya untuk hidup anda malah jika dibiarkan akan mengundang masalah baru ke dalam hidup anda.

2. Tertekan

Menjalani kehidupan yang anda sendiri tidak mampu akan membuatkan anda lebih tertekan. Tertekan dengan lakonan anda sendiri dan terbeban dengan cara hidup yang memakan belanja yang banyak sedangkan anda tidak mampu.

3. Hilang Keyakinan Diri

Menjalani kehidupan yang tidak bersesuai dengan kita akan menyebabkan kita berasa tidak selamat. Secara tidak langsung kita akan kehilangan keyakinan diri dan sentiasa berasa tidak tenang. Lama kelamaan kita akan membenci diri kita sendiri.

4. Berhutang

Anda sanggup berhutang semata-mata untuk memenuhi gaya hidup mewah. Anda sanggup berbelanja sebahagian besar wang gaji anda bukan untuk simpanan tetapi untuk perbelanjaan mewah yang anda sendiri sebenarnya tidak mampu. Ini menyebabkan anda hidup dalam kemewahan

yang mendesak dan secara langsung membuatkan diri anda terjebak dengan hutang. Walaupun kita bergaul dengan golongan elit tapi tidak perlulah kita hidup seperti mereka. Hiduplah dengan kemampuan kita sendiri. Jadilah diri anda sendiri, jujur pada diri sendiri dan orang sekeliling anda.

Kenapa sesetengah orang suka berlagak kaya dan gila glamor

Forbes setiap tahun mengeluarkan senarai terbaru hartawan terkaya di Malaysia. Seperti biasa, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary adalah satu-satunya anak Melayu yang tersenarai dalam Top 10 paling kaya. Walaupun dalam keadaan ekonomi yang dikatakan sedang gawat,

nampak gayanya semakin bertambah bilangan orang Melayu yang turut disenaraikan sebagai 40 hartawan terkaya di Malaysia bermula tahun 2016. Setakat ini dalam senarai tersebut masih belum ada lagi usahawan yang sukakan glamor dan publisiti. Kadangkala rasa agak pelik dengan perangai

segelintir masyarakat yang begitu taksub suka memperagakan kekayaan mereka. Setiap hari kemaskini akaun Instagram untuk muat naik gambar “check in” di mana. Kemas kini Facebook dan muat naik gambar rumah bernilai juta-juta dan posing gila di hadapan 10 buah kereta mewah.

Taja sana sini sambil keluarkan muka sendiri dalam TV, radio, akhbar dan majalah. Anda pernah nampak mana-mana orang terkaya di Malaysia ini update akaun media sosial mereka sambil mempamerkan kemewahan? Kalau ada terjumpa gambar pun,

mungkin wartawan atau orang lain yang tangkap secara diam-diam. Jarang sekali mereka saja-saja nak selfie dengan gambar stereng kereta sambil pegang kopi Starbucks. Malah, Tan Sri Vincent Tan sendiri pun tidak pernah selfie dengan kopi yang beliau jual.

Cubalah buat carian google tentang Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary. Apa hasil carian? Gambar isteri beliau pun susah dijumpai. Kalau ada pun, nampak pakai baju biasa-biasa saja, tidak mengenakan tudung lilit-lilit eksklusif bertatahkan Swarovski ataupun baju mahal jenama dari Eropah.

Anak perempuan Tan Sri Robert Kuok pula, Yen Kuok, juga pernah melaporkan dalam satu temuramah dengan media Hong Kong bahawa dia tidak pernah dimanjakan oleh bapanya walaupun bapanya merupakan hartawan paling kaya di Malaysia. Sepanjang zaman persekolahannya,

Yen hanya diberikan wang saku yang cukup-cukup makan sahaja. Rakan-rakannya yang lain pula mendapat wang saku lebih banyak daripada Yen. Baju branded pertama yang Yen miliki buat pertama kali pula adalah semasa beliau berusia 17 tahun. Itu pun abangnya yang sudah bekerja berikan sebagai hadiah, bukan Tan Sri yang belikan buat Yen.

Jika anda perhatikan Steve Jobs atau Mark Zuckerberg sekalipun, mereka sering mengenakan pakaian yang sama sahaja. Mark Zuckerberg dengan kemeja-T warna kelabunya. Steve Jobs pula sering mengenakan baju turtleneck hitam, fesyen yang serupa sepanjang hayatnya apabila berdepan dengan orang ramai. Tidak ada keperluan bagi mereka untuk bermegah-megah dengan hashtag #ootd setiap hari.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah orang berada merasakan bahawa duit dan kekayaan membolehkan mereka disanjung, dikenali dan dihormati. Tidak dapat tempat duduk untuk menonton acara anugerah pun sampai mengamuk-ngamuk buat video tular.

Tidak dapat berjalan ke luar negara pun sentap, update sana sini canang satu dunia yang dialah pembayar cukai juta-juta. Kemudian ada juga yang canang dirinya kaya, poket tebal tapi masih boleh makan sambil duduk bersila di tengah kawasan lapangan terbang. Apakah tujuannya? Sama-sama kita renungkan.

Ya, memang mereka punya wang. Ada duit berkepuk. Aset berjuta. Namun, perwatakan mereka kadang-kadang menimbulkan tanda tanya. Kata orang, ‘”respect is earned. It cannot be given, demanded or bought.” Wang ringgit tidak boleh membeli rasa hormat daripada sesiapa. Tapi tidak tahulah jika zaman sudah berubah.

Menurut Imam Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad, “Riak bermaksud menuntut kedudukan atau minta dihormati orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat.” Riak ini pula ada pelbagai jenis. Tahukah anda bahawa sekecil-kecil riak sudah boleh membawa syirik kepada kita?

Itu baru menyentuh tentang riak. Belum topik takbur dan ujub lagi. Rasanya kita semua sudah fasih kerana belajar kesemua sifat yang perlu dielakkan ini sejak dari bangku sekolah lagi. Tidak perlu dihuraikan panjang lebar di sini. Perangai-perangai tidak baik seperti inilah yang perlu dihindari. Ia menunjukkan ada masalah dengan hati kita.

Penyakit riak, ujub dan takbur sememangnya sering berlaku tanpa disedari. Apatah lagi jika ada ramai followers yang tumpang sekaki tolong back up. Boleh makin besar kepala jadinya. Maka, marilah kita sama-sama bermuhasabah dan perbetulkan diri. Contohilah sifat semua hartawan paling kaya ini (yang baik-baik) dan elakkan perangai yang boleh memakan diri.

Author: fafa