Bapa Aliff Aziz enggan komen sebarang kontroversi anak kerana dah biasa dengan perkara seperti ini.

Baru-baru ini viral di media sosial dakwaan curang membabitkan pelakon Aliff Aziz dengan seorang gadis Tiktok yang dikenali dengan nama Nismell. Turut menerima kecaman hebat adalah keluarga mereka sendiri yang terpalit dengan kontroversi melanda. Walau bagaimanapun, menurut bapa Aliff Aziz perkara sebegini sudah biasa berlaku. Dia turut akui keadaan dirinya okay sahaja melainkan isterinya yang tertekan menjawab panggilan ramai orang.

Warganet sahaja yang lebih-lebih

Menerusi Utusan Online, Aziz Sapdan menjelaskan keluarga mereka menerima dengan tenang kontroversi yang melanda anaknya itu. Kami dah biasa dengan perkara ini dan keadaan kami di sini okay sahaja cuma warganet sahaja yang lebih-lebih, kami tak ada apa-apa pun. Perkara ini sudah banyak kali berlaku, kami dah biasa.

Ibu Aliff stress

Walau bagaimanapun, isterinya tertekan kerana terpaksa menjawab segala persoalan daripada media. Hari ini Ibu Aliff tak jawab panggilan sesiapa, dia stress di rumah. Apa pun yang berlaku selepas ini, saya harap yang terbaik untuk Aliff. Kita doakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga

Hanya doakan yang terbaik buat anak menantu

Sementara itu, menerusi temubual bersama Mhetv, ayah Aliff Aziz masih tidak mahu memberi sebarang komen mengenai kontroversi yang melanda anaknya itu. Dia turut akui dia jarang mencampuri urusan peribadi Aliff dan mendoakan yang terbaik buat mereka.

Kes curang Aliff Aziz ini adalah yang ketiga sepanjang dia berkahwin dengan Bella Astillah. Pertama kali berlaku membabitkan pelakon Afifah Nasir pada 2017 dan kejadian kedua berlaku Februari lalu melibatkan pelakon Oktavia Manrose. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik buat mereka.

Sumber : Utusan Online, Mhetv

‘Saya Akan Move On Tanpa Aliff’ – Bella Astillah Buka Mulut, Akui Akan Berpisah Dengan Aliff Aziz?

Beberapa hari lepas kecoh di media sosial apabila Aliff Aziz sekali lagi didakwa curang dengan gadis TikTok. Selepas berdiam diri dari kontroversi melanda suami, akhirnya Bella Astillah buka mulut. Menerusi laman Instagram miliknya, dia berterima kasih kepada orang ramai yang prihatin terhadap dirinya. Namun, dia berharap agar orang ramai hentikan menghantar mesej mengenai suaminya atau membuat spekulasi mengenai isu ini.

Bergerak tanpa Aliff

“Assalamualaikum. Terima kasih atas pendapat semua mengenai perkahwinan saya yang bergelut ini. Ini tidak mudah, tetapi saya tahu ada di antara kamu yang mempunyai niat baik untuk menghubungi dan ada yang berniat jahat dengan memanggil saya sebagai orang bodoh terbesar dalam dunia kerana cuba menegakkan perkahwinan saya yang gagal. Secara mental dan fizikal, akhirnya saya membuat keputusan untuk bergerak sendiri tanpa Aliff. Saya mahu yang terbaik untuk anak saya.”

Beri saya ruang – Bella

“Saya sangat menghargainya jika anda berhenti menghantar dm, dan mesej kepada saya atau terus bercakap mengenai isu ini. Saya minta anda menghormati keputusan saya dan memberikan saya ruang untuk menghadapi waktu-waktu sukar ini. Terima kasih.”

Ramai suruh move on

Waniraduan_ : ” Kadang-kadang lelaki lebih memilih yang haram, berbanding yang halal, semoga kak bella kuat. Saya pernah rasa apa kak Bella rasa,nak tak nak kita kena ikhlaskan hati untuk redha terima semua takdir.” xxsaiful97xx : “Stay strong Bella. Ujian bulan Ramadhan. May Allah ease everything. InshaAllah…

s.mstrr_ : “How strong you are. Perancangan Allah tu cantik, inshaallah segala kesedihan you sekarang akan digantikan dengan kebahagiaan nanti amin. Loveyou bella!” nadirachemat : ” Good move Bella you wil be okay, you just need time.”

anwarblanzer012 : “Be strong Bella, jangan putus asa dalam kehidupan. Setiap manusia diberi ujian. Kehidupan kita ibarat roda yang berpusing. Ada hikmah di sebaliknya. Inshaallah hikmat tu akan datang lebih baik dari sebelum ni.

Bynanazarina : “Sakit hanya dekejap, inshaallah, Allah dah rancang yang terbaik untuk you. You can do it. Allah tak uji jika kita tak mampu hadapinya. You boleh dapat yang lebih baik ok. Stay strong always!” Baetyyyy_ : “Stay strong bella.”

Hantuemoji : “Tak akan Allah hilangkan sesuatu daripada kita melainkan dia akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Kadang-kadang Allah hadirkan seseorang itu bersebab, yakinlah kepada Allah, Percayalah. sentiasa bersangka baik dan berlajarlah dari apa yang berlaku. Kita kena positif dan teruskan kehidupan kita. Terus berjalan ke depan ke destinasi seterusnya. Yang pasti akan lebih menarik.”

Sufian Suhaimi beri sokongan

Sumber : Ohbulan

Author: fafa