Baru je malam tadi upload gambar mesra berdua. Tiba tiba pagi ni dah bermasam muka pula.

Cabaran dunia tanpa sempadan kini, ramai yang gemar berkongsi segala segala perasaan, emosi, sedih, gembira, bahagia, marah di media sosial, baik Facebook, Instagram, Tweeter atau apa sahaja. Termasuklah apa sahaja yang berlaku disekeliling, bahkan tentang kehidupan termasuk rumah tangga turut akan di luahkan di ‘diari’ moden ini.

Hari ini masak apa, makan bersama pasangan, bercuti, shopping, hadiah, malah sekadar gambar kaki bersama suami pun dimuat naik untuk pengetahuan rakan-rakan di media sosial. Tujuannya? Hanya anda yang tahu. Tapi jika ada yang melakukannya kerana mahu orang lain tahu anda pasangan bahagia ternyata itu satu kesilapan. Kenapa?

Sebab pasangan bahagia tidak akan atau jarang sekali mempamerkan kemesraan dan kebahagiaan mereka di media sosial. Ini kerana pada mereka, Bahagia Itu Untuk Dirasa Bukan Dipamer. Ketika meraikan waktu gembira bersama pasangan, mereka mahu menikmatinya bukan diganggu dengan rakaman demi rakaman gambar atau lakonan selfie untuk dimuat naik di media sosial.

Jika ada pun foto yang diambil ia untuk tatapan peribadi bukan untuk dikongsi dan sekiranya memuat naik gambar waktu sebegini ia sekadar yang bersifat umum, bukan untuk mempamer kemesraan. Penyakit Al-ain ini atau pandangan benci orang memang wujud. Malah, amat berbahaya sebab kita tak sedar pun yang rumah tangga kita dah terkena penyakit Al Ain hanya kerana gambar mesra suami isteri yang kita sering upload di media sosial. Macam mana pula nak hindari dari terkena panahan penyakit Al-Ain ini.

Lelaki ini, Muhammad Hassan berkongsi kisah, bagaimana rumah tangga yang bahagia boleh berpisah, disebabkan penyakit Al-Ain. Dan cara elakkan dari terkena bahaya penyakit ini. Bahayanya Penyakit Al-Ain, Boleh Sebabkan Suami Isteri Bergaduh. Bahayanya penyakit Al-ain atau pandangan benci orang juga boleh menyebabkan pergaduhan suami isteri sehingga musnah hubungan rumahtangga.

Abang saya pesan, jangan terlalu kerap upload gambar kemesraan kita suami isteri di media sosial. Takut ketika itu ada mata yang memandang dengan tidak sengaja matanya memandangan dengan pandangan dengki. Abang saya ini bidangnya setiap hari akan mengadap orang yang nak nikah sehinggalah masalah nak perpisahan rumah tangga.

Beliau kongsi ramai sekarang anak muda kahwin awal tapi lagi 1 tahun datang jumpa semula beliau kerana selalu gaduh sehingga nak berpisah. Banyak faktor, tapi dari pemerhatian beliau dan kajian yang beliau buat dari ratusan perpisahan rumah tangga ni, apabila ditanya suka upload gambar kemesraan dimedia sosial sedangkan 10 tahun dulu perkara macam ini tak berlaku (tayang gambar kepada orang tidak dikenali)

Malam Upload Gambar Mesra Suami Isteri, Paginya Dah Gaduh. Bayangkan malam tadi upload gambar kemesraan dengan pasangan dapat ribu ‘like’ dan komen tanda pujian, tup tup pagi ini gaduh suami isteri. Allah. Inilah tanda kita dapat penyakit ‘Al-ain’. Bagaimana cara untuk kita elak mata kita sendiri jadi ‘Al-ain’?

Ini saya nak kongsi ilmu yang saya belajar dari guru saya. Jika kita tengok sesuai yang cantik, tengok kemesraan, kebahagiaan rumahtangga orang lain, tengok rakan kita tayang kereta mewah,rumah besar atau ada orang pujian kita. BACALAH: “MASYALLAH ALLAH LA QUWAWATA ILLAH BILLAH” RUJUK SURAH AL-KAHF AYAT 18/39 Moga kita dijauhkan dari Al-Ain dan moga mata kita juga bukan dari ‘Al-ain’ Moga bermanfaat.

Sumber : Muhammad Hassan

Author: pyka