Bekas isteri Pu Abu diuji lagi dengan pemergian insan tercinta setelah ditinggal suami.

Tiada siapa di dunia ini mahu mengundang malang dalam kehidupan, namun setiap ujian dan musibah datangnya daripada Allah sebagai tanda bahawa kita masih disayangi oleh-Nya. Hidup perlu diteruskan, belum reda luka di hati selepas dicerraikan oleh suami ketika diri sedang sarat hamil

anak pertama, kini Ain Afini bekas isteri pendakwah selebriti PU Abu Sufyan mendapat satu lagi perkhabaran sedih. Difahamkan, petang semalam, Ain Afini diuji dengan kehilangan nenda tercinta, berita sedih itu didapati menerusi muat naik foto terakhir di IG bersama nenda nya yang telah menghadap illahi ketika di hospital.

Menerusi kapsyen dibuat Ain, jelas kini hatinya dirundung kesedihan selepas terpaksa menghadapi satu lagi kehilangan dalam hidupnya. Sungguh perit untuk ditelan, ujian yang datang bersilih ganti tanpa diduga, pemergian nenek tercinta merupakan satu lagi ujian berat untuknya

setelah kehilangan suami gara-gara wanita lain. Ruangan komen dipenuhi dengan ucapan takziah atas pemergian nenek Ain Afini, malah ada juga yang memberi kata-kata semangat buat wanita itu agar sentiasa tabah dalam menghadapi segala dugaan.

Berkenaan isu masalah rumah tangga bersama PU Abu Sufyan, setakat ini bekas suaminya dan wanita yang didakwa menjadi punca kerettakan masih mahu mengunci mulut mengenai status hubungan mereka. Sesungguhnya Allah menguji insannya yang mampu, semoga Ain Afini mampu menempuh segala ujian yang menimpa dengan hati yang tabah dan penuh pengharapan kepada Allah. Sumber : Ain Afini

Sumber: CelotehSaje

Author: fafa