Bersihkan udara tak sihat yang menyebabkan sakit boleh berjangkit seperti demam di rumah hanya dengan menggunakan bawang

Selalunya bila ada ahli keluarga yang selesema, batuk atau dem4m dalam rumah mesti ada yang berjangkit terutama sekali anak-anak kecil. Bila yang sak1t duduk dalam ruang yang sama dah tentu virus atau bakter1a turut bertebaran di ruang udara. Supaya ‘pesak1t’ dalam rumah bertambah, boleh amalkan petua yang dikongsi oleh No Or ini. Senang sangat caranya cuma potong bawang dan letak di ruang dalam rumah.

Supaya Sakit tak berjangkit

Musim dem4m, sak1t tekak silih berganti. Cik No nak share satu petua ni. Petua bersihkan udara tak sihat dalam rumah. Cara yang paling jimat namun sangat efektif. S4kit tak berjangkit. Yang s4kit tu pun jadi cepat baik. Petua ni guna bawang merah je. Sangat jimat tau kalau nak compare dengan bil klinik tu haa. Kita guna bawang merah je tapi since kat rumah Cik No cuma ada bawang besar je. Guna yang ni aje la.

Caranya :

1- Potong 2-3 biji bawang besar. 2- Letak dalam 2 atau 3 bekas kecil. 3- Bekas yang berisi bawang ini diletak di setiap ruang ataupun bilik. Wajib letak kat bilik orang yang s4kit jugak.Bawang yang dah kering tu, nanti ganti yang baru. Buat sampai yang s4kit tu sembuh. Insya Allah tak lama pun, biasanya hari kedua dorang dah sihat. Okay, selamat mencuba.

INFO

Bawang mentah dikatakan boleh menyerap bakter1a yang ada dalam udara melalui unsur sulfur yang dimilikinya. Bila bakter1a j4hat kurang, tubuh akan lebih selamat dan kurangkan risiko terkena j4ngkitan.Unsur sulfur ini jugalah yang memberikan aroma pada bawang.

Sebenarnya petua ini telah lama digunakan dan tak salah pun untuk mencuba kerana tak berbahaya pun. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: VanillaKismis

26 Khasiat Bawang Merah Kepada Kesihatan & Kecantikan

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa bawang merah mempunyai khasiat yang banyak terutama kepada kesihatan, selain kepada rambut dan kulit. Bawang merah sudah berkurun lamanya digunakan untuk merawat pelbagai penyakit, lebih kepada rawatan tradisional dan remedi.

Baunya yang kurang enak mungkin tidak menyenangkan kita, tetapi kalau kita pandai mengawal atau menghilangkannya selepas makan, ia boleh menjamin kesihatan kita untuk jangka masa yang lama. Ianya boleh disajikan di dalam pelbagai jenis juadah dan mudah untuk dimakan. Bawang merah mengandungi banyak bahan nutrisi yang boleh menjauhkan anda dari masalah kesihatan, antaranya adalah dinyatakan di bawah:

Khasiat Bawang Merah Untuk Kesihatan

Bawang merah tidak dinafikan banyak manfaat untuk kesihatan, ketahui antaranya di bawah: 1. Bawang merah mengandungi antibiotik, antiseptik dan antimikrob yang boleh menjauhkan anda daripada jangkitan kuman. 2. Bawang merah mengandungi banyak sulfur, serat, potasium, vitamin B, vitamin C dan rendah lemak, kolestrol dan sodium.

3. Ia boleh merawat demam, selesema, batuk, sakit tekak, alahan dan lain-lain. Campuran bawang merah dan madu boleh mencepatkan proses penyembuhan. 4. Potongan bawang merah boleh melegakan kesan dan simptom demam, jika diletakkan di dahi.

5. Cebisan kecil bawang merah boleh mengurangkan atau memberhentikan hidung. 6. Bawang merah boleh merawat insomnia ataupun masalah untuk tidur. Ini boleh membantu anda untuk tidur nyenyak setiap malam. 7. Bawang merah boleh membantu sistem penghadaman. Jika anda mengalami masalah penghadaman, makan bawang merah boleh menyembuhkanya dengan meningkatkan kadar penghasilan enzim pencernaan.

8. Cecair bawang merah boleh merawat kesan terbakar pada kulit ataupun kesan gigitan/sengatan. Ia boleh memberikan rasa yang pedih pada mulanya, tapi itu adalah proses penyembuhan. 9. Bawang merah boleh mencegah sakit.
10. Anda boleh mengelakkan daripada mendapat osteoporosis dan atherosclerosis dengan mengamalkan bawang merah setiap hari. 11. Bawang boleh meningkatkan kadar insulin di dalam badan dan mengelakkan diabetes dengan mengawal kadar gula di dalam badan.

12. Kolestrol boleh menyebabkan masalah jantung, ia boleh dibakar dengan pengambilan bawang merah setiap hari. Ini boleh menjauhkan anda dari penyakit jantung, pada masa yang mengawal kadar kolestrol dalam badan.
13. Keradangan dari arthritis juga boleh disembuhkan dengan bawang merah.

14. Salah satu cara untuk menghilangkan kesan warna hitam pada wajah anda adalah dengan mencampurkan tumisan bawang merah dengan kunyit pada kawasan tersebut. 15. Air dari bawang merah boleh melegakan sakit gigi. 16. Bawang merah boleh membaiki sel dan tisu badan.

17. Bawang merah boleh meningkatkan daya ingatan anda dan menguatkan sistem saraf. 18. Bawang merah boleh merawat masalah kitaran haid tidak menentu. Bawang merah yang mentah hendaklah diambil beberapa sebelum datangnya haid anda.

19. Gunakan air bawang merah pada rambut ataupun kulit kepala untuk menghilangkan kutu dan masalah keguguran rambut. Ini adalah salah satu khasiat bawang merah kepada rambut yang paling ketara. 20. Bawang merah mengandungi air, protein, lemak (yang baik), kanji, serat, mineral, kalsium, vitamin C, zat besi dan B kompleks. Anda sepatutnya mengambil diantara 100-150 gram bawang merah setiap hari, boleh di dalam pelbagai sajian dan menu.

21. Khasiat Anti-Penuaan Bawang merah mengandungi khasiat anti-penuaan yang banyak. Ia mengandungi vitamin A, C dan E untuk melawan kerosakan yang disebabkan sinaran UV, pada masa yang sama untuk menghalang radikal bebas di dalam badan – salah satu faktor penuaan.

Bawang merah mengandungi banyak sumber quercetin, iaitu satu antioksida yang boleh mengekalkan keanjalan kulit. Vitamin dan sulfur pula boleh melindungi tangan, kulit dari kedutan. Dengan menyapu kulit anda dengan bawang merah, ia boleh meningkatkan kadar peredaran darah dan meningkatkan penampilan kulit anda.

22. Rawatan Kepada Jerawat. Kandungan antimokron, antibakteria dan anti keradangan yang terdapat di dalam bawang merah boleh memberikan banyak manfaat kepada kulit anda. Ia mengandungi kadar antiseptik yang boleh melindungi kulit daripada bakteria yang boleh menyebabkan jerawat dan masalah kulit yang lain. Bawang merah boleh dijadikan satu kaedah rawatan kepada jerawat dan jeragat.

23. Menghilangkan Kesan Hitam dan Pigmen. Air bawang merah boleh menjadi satu rawatan yang berkesan kepada kesan hitam dan pigmen pada wajah. Kadar fitonutrien dan antioksida di dalam bawang merah boleh mengembalikan kesihatan kulit dengan mengeluarkan benda asing.

24. Rawatan Kepada Sengatan Dan Gigitan Serangga. Bawang merah boleh melegakan kesan gigitan dan sengatan serangga. Anda hanya perlu meletakkan satu potongan nipis bawang merah di atas tempat yang terkena. Kandungan anti-keradangan yang terdapat di dalam bawang merah boleh mengurangkan kesan tersebut.

25. Rawat Rambut Nipis. Bawang merah boleh membantu anda dalam mengatasi masalah penipisan rambut. Anda hanya perlu kisar bawang merah sehingga lumat dan tambah 1/2 sudu teh madu. Anda boleh menambah minyak untuk menghilangkan baunya. Sapukan campuran tadi di kulit kepala anda. Biarkan semalaman dan jangan menutup kepala anda. Syampu pada sebelah paginya. Ini hanya perludilakukan tidak lebih 3 kali seminggu, untuk keputusan yang baik.

26. Rawat Rambut Gugur dan Kelemumur. Anda boleh menggunakan bawang merah untuk hair mask, untuk mengelakkan rambut gugur, kelemumur dan kulit kepala gatal. Air bawang merah boleh meningkatkan panjang rambut anda.

Anda hanya perlu kisar atau tumbuk bawang mera untuk dapatkan airnya. Campurkan air tersebut dengan minyak kelapa ataupun minyak zaitun dengan kuantiti yang sama. Kemudian, sapu pada kulit kepala anda.
Tutup kepala anda dengan plastik ataupun tuala selama 2 jam. Bilas dengan syampu untuk menghilangkan semua campuran tersebut pada rambut. Ini boleh dilakukan sebanyak 2 kali sebulan.

Bagaimana Untuk Memilih Bawang Merah?

Jika anda ingin mengamalkan pemakanan dengan bawang merah, adalah terbaik sekiranya anda mengetahuo bagaimana untuk memilih dan menyimpan bawang ini agar kekal lama.

1. Pemilihan Semasa membeli, pilihlah yang bersih, dalam bentuk yang baik, dan tidak terpotong. Pilih bawang merah yang keras, kering, warna yang terang. Elak daripada membeli bawang yang terasa lembik, dalam keadaan basah/lembap ataupun mempunyai kulat.

2. PenyimpananBawang merah yang kering boleh disimpan untuk beberapa bulan. Bawang sebaiknya disimpan pada tempat yang kering dan pengudaraan yang baik. Elakkan menyimpan bawang di dalam peti sejuk kerana boleh menyebabkan bawang tersebut menyerap kelembapan.

Author: Iqbal