Bersyukur kini impian jadi kenyataan. Akhirnya Zizan tampil buka mulut bongkarkan sebab dia pilih untuk buka bengkel. Rupanya ini sebabnya yang ramai tak tahu.

Penyanyi, pelakon dan pelawak, Zizan Razak bersyukur kerana dapat merealisasikan impian untuk membuka sebuah bengkel dan sebagai langkah untuk memulakan perniagaan. Menurut video di instagramnya dia menyatakan mengapa memilih untuk membuka bengkel itu adalah untuk menapak dalam bidang perniagaan, dan mencintai bidang permotoran dan kenderaan.

“Sebenarnya memang cita-cita saya ingin memiliki sebuah perniagaan. Jadi saya pilih untuk buka ‘workshop’ kerana jiwa dan minat saya terhadap jiwa permotoran. “Ini adalah perniagaan terbesar yang saya ada dan berharap ia berpanjangan…Insha-Allah.

Bagaimanpun kata Zizan, bidang pelawak tetap menjadi keutamaan kerana itu merupakan kerjayanya. “Workshop inilah yang akan menjadi ‘back-up’ kepada saya selepas saya tidak lagi aktif pelawak nanti. Sekuarng-kurangnya ada ‘sesuatu’, walaupun tidak lagi berada dalam industri nanti.

“Sekurang-kurangnya saya dapat terus mencari sumber pendapatan kepada keluarga dalam masa sama boleh memberikan ruang kepada orang lain untuk bekerja,” ujarnya. Dalam pada itu Zizan turut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan keluarga yang sentiasa menyokong setiap perkara yang dilakukan.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka semua yang sentiasa menyokong saya dari belakang dan semoga perniagaan yang baru sahaja saya ceburi ini dapat bertahan lama dan kekal. Zizan yang juga berkebolehan menyanyi tampil menerusi beberapa single bergenre pop, hip hop dan R&B seperti Selamat Tinggal, Bawaku Pergi, Infiniti Cinta, Kita OK dan Kau Takkan Tahu.

Beliau yang masih memegang status solo, pernah dikatakan bercinta dengan beberapa selebriti popular seperti Emma Maembong, Juliana Evans dan Mira Filzah. Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : Ig Zizan Razak/ Berita Stedy Press

‘Tak takut ke?’ – Zizan Razak

PELAWAK popular, Zizan Razak mempersoalkan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang masih berdegil dan ‘cuba-cuba’ pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri walaupun kerajaan melarang perjalanan merentas negeri bagi membendung penularan Covid-19.

Zizan berkata, rakyat Malaysia sepatutnya mengambil iktibar daripada pengalaman sebelum ini yang mana berpusu-pusu pulang kampung ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru dilaksanakan. “Selepas terbaca petikan berita semalam dengan menyaksikan peningkatan kes baharu, adakah anda rasa berkeinginan untuk balik beraya di kampung lagi? Bukankah kita sudah diajar dari pengalaman lalu ketika mula-mula PKP dijalankan?

“Selepas ramai pulang ke kampung dan seluruh negeri di Malaysia terkena Covid-19, adakah ingin mengulangi kesilapan sama? Adakah anda mahu menjadi pembawa? Walaupun tidak pulang kampung kita masih lagi boleh beraya,” katanya.

Zizan yang juga pelakon filem Polis Evo berkata, selain perlu memikirkan soal keselamatan diri sendiri dan keluarga, masyarakat juga perlu mengambil kira penat lelah petugas barisan hadapan.

“Fikirkanlah sekejap pada petugas barisan hadapan, polis dan tentera yang membuat sekatan jalan raya dan tak kira siapa yang bertugas ketika anda sibuk beraya. Tidakah berasa bersalah pada mereka? Tidakkah berasa akan membebankan diri dan negara ini lagi?

“Sudah lebih dua bulan kita bertahan dan penurunan kes nampak sangat bagus. Pujian diberikan dari negara luar buat kita sangat membanggakan dalam menangani penularan wabak ini. Adakah kita sendiri akan rosakan prestasi kita selama ini?” katanya.

Zizan nak lebih masa dengan keluarga

ZIZAN Razak kini mahu menghabiskan lebih masa bersama keluarga selepas begitu lama sibuk dengan kerjaya seni. Zizan, 35, berkata, sebelum ini dia terlampau sibuk sehingga masa untuk bersama keluarga terutama ibunya, Anai Ibrahim sangat terhad.

“Selama ini jadual saya terlalu padat dengan kerja. Ibu yang duduk serumah dengan saya pun susah hendak jumpa. Bayangkan dalam seminggu hanya sekali-sekala kami bertemu. Jika ada perkara penting ibu akan telefon dapatlah kami bersua muka,” katanya.

Zizan berkata, sekarang sudah tiba masa untuk dia menghabiskan masa bersama keluarga. “Sementara masih bujang ini, saya mahu banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan cuba membahagikan masa. Pada usia sekarang juga saya perlu menitikberatkan kesihatan diri.

“Syukur rezeki mencurah-curah yang diterima saat ini menyedarkan saya supaya jangan terlalu leka dan sentiasa ingat akan keluarga,” katanya ketika ditemui pada tayangan media supertele berjudul Saya Jual Ye Bang, baru-baru ini.

Supertele berkenaan adalah gandingan pertama kali Zizan dengan Uqasha Senrose. Ia turut dibintangi Nadiyah Sahab, Datuk AC Mizal, Idris Khan, Vicha, Bell Ngasri, Ray Era dan Raianna. Ditanya mengenai hubungannya dengan Mira Filzah, Zizan berkata, mereka masih baik dan hanya rapat sebagai kawan artis.

Malah, keakraban Mira dan Remy Ishak juga tidak menggugat persahabatan mereka. “Kami tidak ada hubungan istimewa. Kami sekadar kawan sesama artis seperti saya berkawan dengan artis wanita yang lain. Jadi, tidak timbul soal saya terganggu dengan hubungan rapat antara Mira dan Remy.

Sebaik-baiknya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hubungan mereka berdua tanya saja pada Mira sendiri,” katanya. Zizan berkata, dia tahu orang akan terus bertanya mengenai hubungan mereka. Namun, seperti sebelum ini, dia lebih selesa menganggap Mira hanya sekadar teman biasa.

‘Tak kuasa nak buat gimik begitu’ – Zizan Razak

HUBUNGAN antara pelawak dan pelakon popular, Zizan Razak dengan Bella Astillah hanya sebagai rakan artis selepas mereka berlakon bersama dalam telefilem berjudul Kerusi Kecil. Zizan ketika ditemui berkata, mereka tidak ada apa-apa hubungan istimewa dan Bella sekadar heroin dalam telefilem arahan Ghaz Abu Bakar itu.

Warganet mula memperkatakan mengenai hubungan mereka apabila Bella hadir dalam majlis kejutan ulang tahun kelahiran ibu Zizan, baru-baru ini. Menurut Zizan, apa yang berlaku itu hanya kebetulan saja. “Bella hubungi saya dan mahu berbincang mengenai projek telefilem itu ketika saya buat kejutan untuk majlis hari jadi ibu, baru-baru ini. Jadi, saya juga memintanya untuk turut sama meraikan majlis itu ,”katanya.

Menurut Zizan, sebelum itu dia bertemu dengan ibu Bella dan adiknya Didi Astillah ketika makan singgang sebelum ini. “Saya meminta nombor telefon Bella daripada ibunya kerana mahu menawarkan dia berlakon dalam Kerusi Kecil. Selepas berhubung dengan Bella, dia bersetuju untuk berlakon dalam telefilem itu.

“Bella seorang yang baik dan dia juga banyak bertanya mengenai Ghaz dan projek telefilem itu,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran syarikat produksi Adtisha Productions Sdn Bhd dan telefilem Kerusi Kecil di Setapak, Kuala Lumpur, semalam.

Zizan turut menafikan dakwaan dia sengaja menyebarkan gosip bercinta dengan Bella untuk mempromosikan telefilem lakonan mereka itu. “Saya tidak perlukan gimik atau publisiti murahan sebegitu. Saya juga tidak mahu menipu penonton dengan membuat gosip kami bercinta sedangkan ia tidak berlaku,”katanya.

Author: Editor