Bersyukur rezeki dalam bidang pengacaraan tidak pernah putus mungkin rezeki bakal pengantin, Ain Edruce

SEJAK melangsungkan pertunangan pada 22 Jun lalu, rezeki pengacara dan pelakon tinggi lampai, Ain Edruce, 28, semakin bertambah. Jadual kerja yang padat juga membuatkan Ain kurang masa bertemu bakal suaminya, Amirul Hafiz, 26, yang juga seorang ahli perniagaan dan pelumba kereta. Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce berkata, disebabkan kesibukan kerja dia kini jarang bertemu tunang tercinta.

“Selepas dua bulan bertunang, saya jarang dapat bertemu Amirul kerana masing-masing sibuk bekerja. Bagaimanapun, kami sering berhubung menerusi telefon dan ia tetap membuatkan kami rapat kerana selalu berkomunikasi,” katanya. Ain berkata, dia bersyukur rezeki dalam bidang pengacaraan tidak pernah putus buat masa ini.

“Mungkin inilah yang dinamakan ‘rezeki bakal pengantin’. Saya sangat bersyukur Allah SWT murahkan rezeki ini dalam usaha mengumpulkan kewangan untuk persediaan majlis perkahwinan tidak lama lagi,” katanya.Pelakon drama Kekasih Paksa Rela ini berkata, dia memang sukar menolak tawaran kerja yang datang kerana sentiasa menganggap ia rezeki.

“Sebagaimana yang sering saya katakan, pembabitan utana dalam karier seni kerana minat. Saya berusaha sedaya-upaya untuk dikenali dengan bakat. “Saya cekalkan hati mencuba setiap peluang yang datang dan bersyukur apabila segala-galanya mula membuahkan hasil. Bakat saya semakin diterima baik,” katanya.

Ditanya penerimaan tunangnya dengan kesibukan itu, Ain berkata, dia gembira Amirul sangat memahami. Malah, kadang-kadang Amirul turut menemaninya. “Amirul seorang yang pemalu. Jadi, dia akan ambil masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja saya. Namun, dia tidak pernah merungut.

AIN sangat bersyukur Allah SWT murahkan rezeki ini. “Saya pula suka mengajaknya menemani ke set penggambaran sekali-sekala supaya dia tahu cara kerja saya,” katanya. Ain berkata, dia tidak terfikir menunjuk bahagia di hadapan khalayak apabila mengusung tunangnya ke sana sini. Lagipun, bukan selalu tetapi hanya sesekali.

Ain yang pernah membintangi sitkom Jawatankuasa Kampung Kalut musim keempat (JKKK4) berkata, kini dia memberanikan diri menggalas tanggungjawab sebagai pengacara program Raja Lawak Junior (RLJ) di Astro. Katanya, dia seronok menonton aksi kanak-kanak dan remaja membuat lawak jenaka kerana kebanyakan memang berbakat dan kreatif dalam persembahan.

SEDIA BERGELAR ISTERI

Sedar masa berlalu begitu pantas, Ain mengakui masih banyak perlu dilakukannya untuk persiapan perkahwinan yang akan berlangsung Disember ini. Ain berkata, kalau ikutkan sibuk bekerja, memang persiapan perkahwinannya tak mampu diuruskan. Namun, keluarga banyak membantu dalam pelbagai aspek.

“Alhamdulillah, ibu bapa, abang dan kakak saya banyak membantu. Mereka sanggup membahagi tugas untuk memastikan persiapan majlis lancar. “Saya pun boleh bekerja dengan tenang. Setakat ini, fikiran tak kusut lagi. Persiapan banyak sudah diuruskan keluarga dan saya amat berterima kasih kepada mereka,” katanya.

Mengulas debaran untuk bergelar isteri, Ain berkata, dia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk melangkah ke fasa kehidupan suami isteri serta berkeluarga. “Usia saya makin meningkat. Jadi, takkanlah belum bersedia lagi dan hanya fokus pada karier semata-mata. Tidak ada yang nak saya kejarkan, kini masa untuk memulakan kehidupan berkeluarga.

Apatah lagi, saya sudah dipertemukan dengan calon suami yang sesuai,” katanya. Ain dan Amirul menanti hari bahagia. Ain berkata, untuk persiapan majlis perkahwinannya yang akan berlangsung beberapa bulan lagi, dia juga tidak meletakkan harapan untuk ditaja. Katanya, dia lebih suka menguruskan segala persiapan perbelanjaan perkahwinan sendiri kerana selesa dan akan sangat berpuas hati. “Apabila mengeluarkan wang sendiri untuk menikmati hari bersejarah dalam hidup iaitu berkahwin, saya yakin akan lebih puas kerana tidak terikat dengan sebarang komitmen persetujuan penaja,” katanya.

Artikel lain : Bahagiakan hati isteri anda, baru kebahagiaan dan rezeki akan datang melimpah ruah

Apakah kaitannya rezeki dengan isteri? Bahagianya seorang isteri akan dirasai oleh seisi keluarga. Ini menyebabkan seluruh isi rumah merasa bahagia. Para isteri yang bahagia dan bersyukur atas pemberian suaminya akan mewujudkan suasana yang damai dalam keluarga sekaligus diluaskan rezeki suaminya, kerana Allah memberikan lebih banyak rezeki bagi mereka yang senantiasa bersyukur.

Ikuti perkongsian Ustaz Ebit Lew tentang kaitan murah rezeki dengan isteri. Seorang suami mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup. Terasa dunia ni sempit. Dah usaha macam-macam. Semua cara dah buat. Hati pun resah dan rasa nak marah jer. Kenapa yer ustaz? Abang ada ibubapa lagi ke? Mak ayah saya dah tiada. Abang ada isteri tak? Ada ustaz. Saya ada 3 orang anak.

Saya beri 2 kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan baik. Dan jaga solat. Sebelum mula kerja solat 2 rakaat. Nak buat apa pun. Minta pada Allah dulu. Dia diam termenung. Kemudian dia cakap betul ke rezeki kita ada kaitan dengan isteri.

Jawab saya bagaimana keberkatan nak datang dalam hidup kita jika menyedihkan dan menyakitkan orang yang setia dan berkorban tinggalkan keluarganya untuk bersama kita. Sangkaan dan isi hati mereka doa yang kuat untuk kita. Silaturrahim asbab rezeki terbesar. Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturrahim dan menyambungkannya.

Jika kita sakitkan kucing atau tipu kucing pun kita akan rasa hidup ini tak tenang kerana kita sedang buat salah. Inikan pula isteri kita. Saya lihat dalam hidup ini semua orang yang bahagia dan berjaya bermula bila mereka bahagia bersama isteri mereka. Saat kita mula menipu, menyakitkan, menyusahkan pasangan, hidup jadi serba tak kena.

Cuba abang mulakan dengan buat baik terhadap isteri. Mencintai dan menghargainya. Tak lama dia jumpa saya. Katanya ya Allah rezeki saya bertambah. Semuanya jadi mudah dan lapang. Hati saya tenang. Bila saya betulkan silap saya. Saya jaga hatinya dan hargainya. Saya buat apa yang dia suka.

Silaturrahim membuka pintu rezeki, inikan bersama isteri kita yang tercinta. Dulu pernah seorang pekedai dia rasa kedainya dibuat orang. Kena sihir. Dah buat macam-macam. Tapi tetap rugi. Dia jumpa saya. Saya kata padanya abang ada buat buruk kepada isteri tak?

Jawabnya yer ustaz. Saya tipu isteri saya. InsyaAllah saya betulkan. Selepas itu rezekinya mencurah-curah. Ramai orang kaya raya hidupnya jadi sempit dan tak tenang kerana lupa diri dan menyakitkan hati orang tersayang amanah Allah. Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar.

Isteri yang solehah sentiasa mendoakan dan mentaati suami agar rahmat Allah mencurah-curah. Kebahagiaan yang dirasai isteri akan membuatkannya selalu menyokong suami walau dalam keadaan apa pun, hinggakan si suami tidak akan pernah hilang semangat dan dorongan walaupun berada dalam keadaan yang paling sukar.

Kesimpulannya, kebahagiaan isteri boleh mempengaruhi suami agar sentiasa memiliki energi positif untuk bekerja mencari nafkah demi anak isteri. Apa pendapat anda? Dah Baca, jangan lupa komen dan share ye. Terima Kasih kerana sudi membaca perkongsian ini!

Sumber : akuokay

Author: Iqbal