Betapa mulianya hati lelaki ini sanggup buat dua kerja demi menyara anjing dan kucing jalanan

Kalau pergi ke kedai atau warung untuk menjamu, ia adalah satu perkara biasa jika kita didatangi kucing-kucing jalanan yang datang meminta makanan, ada yang bagi namun ada juga yang mengendahkan. Namun, berbeza buat lekaki ini yang dikenali sebagai Ann atau nama sebenarnya

Anfalazie Anuar berusia 30 tahun, kecintaan dan rasa ihsan terhadap haiwan sangat luar biasa. Perkongsian mengenai kisahnya mula tular di media sosial menerusi Facebook, Azman Ali II, sehingga mendapat perhatian pihak media yang datang untuk menemu ramah bagi mendalami kisah pencinta haiwan ini.

Buat dua kerja untuk beli makanan kucing dan anjing

Lebih mesra disapa Ann, ketika ditemui media dia menceritakan bahawa dia bukan sahaja bekerja sebagai penjaga parkir, malah dia merupakan pekerja pembersihan sepenuh masa. Menurutnya, dia melakukan dua kerja kerana mahu menampung kos perbelanjaan, bagi membeli makanan untuk haiwan di jalanan seperti kucing dan anjing.

Sanggup berhutang nak beli makanan haiwan…

Tamabahnya, duit upah menjaga parkir yang diperolehi sebanyak 30 ringgit sehari hakikatnya tidak mencukupi, kerana kos sehari yang digunakan untuk memberi haiwan-haiwan tersebut makanan mencecah RM50 ringgit. Kerana itu, Ann terpaksa berhutang terlebih dahulu dengan pihak kedai, dan baki wang tersebut akan dibayar setelah dia menerima gaji bulanan sebagai tukang cuci sebanyak RM850 sebulan.

Dah lebih 10 tahun bagi kucing dan anjing ni makan…

Ujarnya, sudah hampir 10 tahun dia memberi makanan kepada kucing dan anjing jalanan ini, sehinggakan haiwan itu setia menunggu Ann datang walaupun keadaan hujan dan basah kuyup. Itulah yang membuatkan rasa sayang Ann terhadap anjing dan kucing liar tersebut semakin menebal, menyebabkan dia tidak sanggup untuk tinggalkan haiwan-haiwan itu.

Allahu mulianya hati, walaupun pendapatannya tidak begitu besar namun lelaki ini tetap cekal untuk mencurahkan sifat ihsan terhadap haiwan-haiwan tersebut. Semoga sifat ihsannya mampu menjadi inspirasi buat masyarakat di luar sana, tidak akan pernah putus rezeki jika kita bersedekah tidak kiralah kepada sesama manusia atau haiwan.

keHIDUPAN di dunia ini dikongsi dengan pelbagai makhluk ciptaan Allah SWT. Mereka semua saling memerlukan di antara satu dengan yang lain untuk meneruskan kehidupan. Di antara hidupan yang hidup bersama-sama kita semua ialah haiwan.

Mereka merupakan makhluk yang diciptakan untuk memberikan faedah yang banyak kepada manusia, khususnya. Selain berfungsi sebagai bahan makanan, haiwan juga diperlukan sebagai pelengkap hidup seseorang. Ramai dalam kalangan manusia gemar memiliki haiwan peliharaan sendiri

dan ia sudah menjadi kebiasaan kita semua. Haiwan-haiwan seperti kucing, arnab, ikan, tupai dan sebagainya sering dijadikan binatang peliharaan di rumah. Memelihara haiwan dianjurkan dalam Islam namun pemiliknya hendaklah menjaga hak-hak yang sepatutnya diberikan kepada haiwan peliharaannya.

Hak-hak asasi hendaklah diberikan secukupnya agar haiwan tersebut dapat meneruskan kehidupannya dengan baik. Disebutkan dalam hadis bahawa ada pemilik haiwan yang disiksa kerana tidak memberikan hak yang sepatutnya kepada haiwan peliharaannya.

Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Amr bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Ada seorang wanita yang disiksa kerana seekor kucing yang dikurungnya sehingga kucing itu tidak bernyawa. Wanita itu lalu masuk ke dalam neraaaka kerana kucing tersebut dikurungnya tanpa diberikannya

makan dan minum dan tidak pula dibiarkannya bebas sehingga dia dapat memakan serangga tanah. (riwayat al-Bukhari) Lihatlah betapa seriusnya akibat yang ditanggung jika megabaikan hak-hak asasi haiwan peliharaan. Pelakunya berpotensi menjadi ahli nerraka hanya kerana kezalimannya terhadap haiwan yang dipeliharanya.

Sebagaimana manusia, haiwan juga ada perasaan dan kehendak hidupnya. Jika ia dikurung dan tidak mampu menjaga hak asasi seperti makan dan minumnya, maka hendaklah ia dilepaskan pada waktu-waktu tertentu agar ia dapat mencari makanannya sendiri.

Ke syurga

Jika menzalimi binatang mampu membuatkan pelakunya dicampakkan ke dalam nerraka, maka syurga pula diberikan bagi mereka yang berbuat baik kepada binatang walaupun kebaikan yang kecil. Begitulah pelajaran yang boleh diambil daripada hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Ada seorang lelaki yang sedang berjalan lalu dia rasa sangat haus sehingga dia turun ke suatu perigi lalu minum dari air perigi tersebut. Ketika dia keluar dari perigi, dia mendapati ada seekor anjing yang sedang menjelir lidahnya menjilat-jilat tanah kerana kehausan. Orang itu berkata: Anjing ini sedang kehausan seperti yang aku rasakan tadi.

Maka dia (turun kembali ke dalam perigi) dan diisinya air ke dalam kasutnya. Sambil menggigit kasutnya dengan mulut dia naik ke atas lalu memberi anjing itu minum. Kemudian anjing itu bersyukur kepada Allah maka Allah mengampuninya.

Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, adakah kita akan mendapat pahala jika berbuat baik kepada haiwan? Beliau menjawab: Berbuat baik terhadap setiap makhluk bernyawa diberi pahala. (riwayat al-Bukhari) Begitulah besarnya ganjaran yang diberikan Allah SWT terhadap orang

yang melakukan kebaikan kepada haiwan meskipun ia bukan haiwan peliharaan atau haiwan yang dianggap najis di sisi masyarakat kita seperti anjing. NABI SAW menegaskan dengan suatu penegasan dan kaedah umum bahawa berbuat baik kepada mana-mana makhluk yang bernyawa itu

berpahala termasuklah binatang, tumbuhan dan sebagainya. Bukankah ini peluang terbaik kita untuk menambah saham akhirat dengan mudah?Menganniaya binatang juga dilarang sama sekali. Pernah suatu ketika para sahabat Nabi SAW ketika dalam perjalanan bersama Nabi berhenti disuatu tempat.

Kemudian ada sahabat baginda SAW yang terlihat dua ekor anak burung di dalam sarang lalu mengambilnya. Lalu ibu burung itu kembali ke sarang mencari-cari anaknya. Rasulullah SAW kemudian datang dan berkata: “Siapakah yang menyakiti burung ini (perasaannya) dengan mengambil anaknya? Pulangkanlah anaknya kepadanya.” (riwayat Abu Daud)

Lihatlah betapa mendalamnya mesej yang disampaikan melalui hadis ini. Islam begitu menitikberatkan aspek ihsan dan kasih sayang meskipun terhadap binatang. Ini turut menjadi bukti daripada lisan Nabi S.A.W bahawa binatang turut mempunyai perasaan dan merasakan kesakitan jika dirinya dianniaya atau disiksa.

Sikap sebahagian masyarakat hari ini yang suka menyiksa binatang banyak tersebar di laman sosial dan video yang amat menyedihkan. Apatah lagi jika ia dilakukan oleh ummat Islam yang sepatutnya mengasihi binatang sebagaimana yang telah diajar oleh Rasulullah SAW. Marilah bersama-sama memupuk nilai ihsan kepada haiwan kerana boleh jadi itulah asbab kita yang membantu ke syurga kelak. Wallahua’lam.

Sumber : mStar Online

Author: fafa