Bila dah hidup bersama pastikan tak ada lagi rahsia antara suami isteri. Isteri lebih tahu apa yang terpendam dalam hati suaminya.

Perkongsian dari facebook tuan firdaus shakirin. Isteri ni tak perlu cakap apa-apa pun dia akan tahu dari reaksi suaminya. Jadi kita sebagai suami janganlah tidak jujur apa pun berterus-teranglah dengan isteri. Mari baca perkongsian dari fb tuan firdaus shakirin ni.

Ajaibnya seorang isteri ini kerana, “Dia lebih mengenali siapa suaminya berbanding ibu kandung suami sendiri…” Walaupun dia tu hidup baru setahun dgn kita, baru sekatil dan sebantal dengan kita, tapi percayalah, dia kenal luar dalam kita, dia tahu perangai kita yang orang tua kita sendiri pun tak tahu.

Bila kita diam, dia tahu kita ada masalah. Bila kita gelabah, dia tahu kita ada buat salah. Bila kita baik semacam, dia tahu kita nak sesuatu. Bila kita balik keje tak senyum, dia tahu kita tertekan. Bila kita bawak HP masuk tandas, dia tahu kita ada orang ketiga.

Dia boleh baca setiap emosi dan ‘body language’ pasangannya. Kita tak panggil dia untuk kongsi masalah pun, dia sendiri yang datang suruh kita luahkan. Kita tak bagi tau tadi keje kena marah pun, dia sendiri yang datang tenangkan hati kita. Kita tak bagi tau yang kita tengah takde duit pun, dia sendiri yang datang hulurkan bantuan.

Itu ajaibnya isteri kita, dia kenal suaminya siapa dan apa yang diperlukan suaminya dia tahu apa yang berlaku di sebalik setiap gerak geri dan tingkah laku yang suaminya tunjukkan. Jujurlah dengan isteri, tak perlu berbohong, tak perlu berselindung kerana lambat laun dia akan tahu jugak apa yang kita cuba sembunyikan daripada pengetahuannya. Itulah isteri kita, orang yang sangat memahami dan menyayangi diri kita.

Sumber : firdaus shakirin

Author: Editor