Bila diajak bersama, isteri sering beri alasan menolak ajakan suami

Assalamualaikum buat min dan warga KRT. Nama jangan share nanti naa!! Saya nak kongsi kisah saya sendiri untuk tengok pendapat semua, ke ramai juga yang ada masalah macam saya, juga untuk jadi panduan especially pada wanita wanita di luar sana tak lupa juga mudah mudahan isteri saya juga nampak perkongsian ni.

Masalah saya ialah berkenaan dengan nafsú. Walaupun telah beberapa tahun berkahwin dan dah ada 2 orang cahaya mata tapi masih juga kalau boleh nak sekali dua dalam sehari tu, isteri pula lebih selesa layan mata tidur daripada cengkerama ni, dah tu bila tidur tu memang susah la nak kejutkan, silap hari bulan boleh gaduh kalau tak kena cara kejutkan.

Alhamdulillah saya masak dah bab tu, tapi bila dah bangun masalah lain pulak, banyak alasan akan di beri, malas nak mandi subuh2 badan masuk angin la, kepala pening la maklum la mata dah lekat lah sebab nak sambung tidur tu banyak je alasan, mula2 tu ye la tolak ansur tapi bila dah selalu kita tau la kan.

Saya bukan lah nafsu teruk sangat, bila isteri memang tak sihat, letih sangat ke saya tolak ansur juga. Macam lepas bersalin dulu saya bagi isteri sampai betul-betul sihat dulú baru nak ajak bersama, sampai lebih 100 hari tak salah saya, tapi yang pasti dia pun dah setuju la masa tu. Saya ni tau juga kesian kat bini, daripada saya kerja fulltime sampai kerja sendiri saya sebab nak nak luangkan masa dengan anak bini lebih.

Isteri saya suri rumah sepenuh masa manakala saya pula buat physio terapi. Dulu kerja KL saya walau pun pendapatan kerja situ lebih masyuk tapi saya pindah keluar sebab cabaran kat situ tinggi dari aspek rupa, alhamdulillah saya ni kira ok2 juga bukan nak angkat bakul ye cuma nak tak press kenapa jadi bebanan sebab tu banyak je offer2 selalu masuk, bukan offer nak setakat ngorat2 ye, ni offer yang ajak cengkerama teruih, nak kata yang offer tak lawa tak juga, anak dara pun pernah ajak, siap bawak mandi sesama, pengalaman2 yang memang dot dot dot.

Kalau bagitau kat member memang dorang akan cakap “pesal ko tak ngap! je terus”,yang memang kalau iman tak cukup di dada memang tewas la jawapnya, tapi alhamdulillah, saya selamat atas dasar agama dan setia pada isteri tu, cewah gituw, kadang bukan sebab rupa, orang selalu senang dengan saya sebab santun, memang bila saya bercakap saya sangat jaga apa yang keluar dari mulut untuk juga perasan dan saya juga memang peramah azali.

Ok sambung point utama, bab nafsu saya tu. kalau tak dan dengan isteri memang saya susah nak lena kadang sampai ke siang tak lena2 sebab asyik dok ingat nak tuuu je, ya Rabbi dia punya sksa tu Tuhan je tahu, macam mase lapo nampak makanan depan mata tapi makanan tu pula yang tak nak kite makan dia.. Serius kadang sampai leleh air mata dok nahan perit tu, mane nak tahan otak tu dari fikir negatif lagi, aduh..

Isteri-isteri di luar sana tolong jangan buat laki korang macam ni, dah bincang dengan isteri pun sebenarnya permasalahan ni, berkali-kali dah. ok kejap pastu macam tu juga sudahnya, kena pulak masa bulan puasa macam ni, kitorang tidur pukul 10-12 macam tu, nak tu sebelum tidur kena tidur kan anak dulu, dah anak tidur mak anak pun tidur skali, baru2 tidur kita laki pun kesian la kat bini,

lagi pun memang mood swing baru nak lena dah kena kejut, jadi saya ni pun tahan sejam 2 sambil scroll2 fb ke layan movie ke, dah rase2 mata pedih2 tu ha mula la nak dekati bini ni, nak tido terus tak boleh, susah, memang kalut dok ingat nak tuuu je, Bini pula bila kejut bangun dengan ayat “ dari tadi tak nak, dah ngantuk baru cari orang” kadang di ikutkan dengan pelbagai ayat2 cinta lain, kita punya on tu terus off bila kena leter, dengan ego fikir bini aku ni ngantok tahap gaban kot kata pergilah tidur balik, tapi dalam hati hmmmm rase nak kahwin lagi pun ada.

Nak kata Isteri penat sangat saya kat rumah hari2 sebab keje free je, kalau bila ada panggilan je ble kata lagi banyak kerje2 rumah, jaga anak, kemas rumah, kadang saya masak kata tak rase la sebab tu, pasal kalau bab tuuu yang bukan jenis yang syok sendiri. Sampai la ni, saya tak jumpa lagi jalan nak selesaikan masalah ni. Kahwin lagi je la kot, tapi tak kan kawin sebab tu je, adoi, so apa pandangan korang?

Artikel lain : Setiap kali bekas suami nak bagi duit, dia akan meminta untuk bersama dengannya

Salam semua. Saya ringkaskan cerita. Minta bagi pendapat yang baik2 ye. Saya sudah berpisah dan mempunyai 3 orang anak. Semua anak saya sudah bersekolah. Gaji saya tak seberapa dan saya ada juga buat bisnes online. Tapi biasa la ada turun naiknya. Kadang kadang pendapatan saya tidak mampu menampung perbelanjaan kami sebulan.

Dengan komitmen pada kereta, bil2, belanja anak, belanja dapur, hal2 kecemasan memang tidak cukup hanya dengan gaji saya. Jadi, saya betul betul memerlukan bantuan kewangan bekas suami. Bekas suami dah berkahwin lain dan mempunyai 2 orang anak. Ada juga dia datang sekali sekala menghantar duit untuk perbelanjaan kami sekeluarga. Kami dah berpusah tapi masalahnya, setiap kali dia nak bagi duit dia minta saya bersama dengan dia membuat hubungan suami isteri Saya tolak dengan baik.

Saya fahamkan dia yang kami dah berpisah. Selalunya bila dengar kereta dia, saya berlari2 pakai pad dan cakap saya uzur, untuk bagi alasan. Saya cakap saya kena buasir lah, saya kegatalan di situ la, saya sakit perut. Kalau tak bagi, dia tak nak bagi duit belanja anak anak. Setakat ni saya berjaya menolak segala ajakkan dia tu, tapi diakhirnya kami akan bergaduh dan dia tak bagi duit. Saya takut dosa, dalam masa yang sama saya juga perlukan sokongan kewangan dari bekas suami.

Bantu saya. Kalau ada yang bisnes nak saya jadi dropship tanpa modal. Saya tak nak bergantung pada bekas suami kalau saya kena buat benda benda tak baik tu. Kalau ada nasihat dan kata kata semangat juga saya alu alu kan untuk moral support saya. Terima kasih semua adik, kakak dan abang dalam group ini. Sayang semua.

Sumber : kisahrumahtangga

Author: pyka