Bila sudah cantik, putus tunang hanya kerana bekerja sebagai mekanik kereta

Kau okay ke?” Aku menyapa sepupuku. Seorang pomen. Dengan muka tak bermaya, dia membuka mulut,,, “Tak lama lagi dah nak nikah. Persiapan semua dah buat. Kad pun dah tempah…Tapi, beberapa hari ni aku sedih sangat. Kadang-kadang, macam nak meroyan pun ada rasanya. Kerja apa pun tak boleh buat. Bengkel terpaksa tutup selama dua hari. Fikiran entah ke mana. Tunang aku minta putus. Dia dah ada orang lain.” Aku terkejut….!!!

“Biar betul? Kan dah 3 tahun kau kenal dia? Takkan senang senang saja dia tinggalkan kau.” “Betullah ni. Aku pun tak percaya dia tergamak buat aku macam ni.” Aku suruh dia ceritakan apa sebenarnya dah berlaku. Dari awal sampai akhir. Pada mulanya dia agak berat hati, tak nak nanti disangka memburukkan tunangnya sendiri. Tapi, akhirnya dia mengalah juga. Tak dapat pendam lagi…

“Tiga tahun dulu, aku kenal dia. Dia biasa biasa saja. Berbadan gempal tak macam orang lain. Taklah lawa macam orang lain. Aku bukannya memilih. Aku sedar diri aku siapa, kerja apa. Dia terima aku senang hati masa tu. Aku pun terima dia seadanya dia. Dia pun orang miskin macam aku. Jiwa yang sama. Masuk tahun kedua, dia selalu mengadu kawan kawan tempat kerja dan orang sekeliling prejudis padanya.

Selalu mengata obesiti dia. Selalu kritik tubuh badannya. Aku suruh dia bersabar. Jangan peduli kata orang. Bagi dia kata kata semangat. Buat apa dengar cakap orang, aku kan ada selalu sayangi dirinya. Sekurang kurangnya dia ada aku. Lama-lama, aku rasa tercabar. Aku niat nak transform dia jadi macam wanita lain juga.

Cantik macam orang lain. Dari saat tu, aku kerja rajin rajin siang malam. Tak banyak pun aku dapat kerja pomen. Untung kadang kadang atas barang, selebihnya atas perkhidmatan. Kalau dengan geng geng datang repair, tak boleh lah nak caj banyak. Harga sedara mara je lah. Akhirnya, selepas 3 bulan bertungkus lumus, dah macam orang minyak dah siang malam tangan dan muka penuh minyak hitam, cukuplah bajet aku

Aku hantar dia pusat kecantikan. Khas untuk kuruskan badan. Beribu jugalah habis untuk set kecantikan hujung rambut sampai hujung kaki. Kos untuk gym dan lain-lain. Aku buat semua ni sebab aku sayang. Aku tak nak dia terhina dan rasa rendah diri. Kalau dia happy, aku pun happy. Hasilnya, lepas enam bulan, aku pun tak sangka. Dia akhirnya berjaya kurus slim dan cantik menawan. Dah macam model. Cantik sangat.

Siapa kata perempuan gemuk tak boleh cantik? Sekarang, yang mengutuk tiada lagi, diganti dengan pujian. Dia pun tambah sayang dekat aku. Kemudian, kitorang bertunang. Masa bertunang, aku kerja makin rajin. Aku nak beli kereta untuk dia. Wira je pun. Senang dia nak pergi kerja. Awal tahun ni, aku pun berjaya belikan kereta. Atas nama dia. Second hand je pun.

Tapi, aku dah repair semua macam baru. Modified full set… Tapi minggu lepas, dia datang ke bengkel aku. Betul betul buat hati aku hancur berkecai. Dia nak putus. Dia pulangkan balik cincin tunang. Aku merayu dia semampu hati. Tapi, lagi mencalarkan hati aku. Dia bukan datang sendirian. Dia datang dengan teman lelaki baru.

Segak bergaya. Nampak macam orang kerja pejabat. Aku tak mampu kawal kemarahan aku, aku terajang lelaki tu. Dasar lelaki tak boleh tengok perempuan cantik sikit! Tak fikir ke perempuan tu tunang orang. Last2, aku gak yang dimaki perempuan tu. Aku gak yang disalahkan.”.. Dia dah menitiskan air mata lelakinya. Aku cuba menenangkannya. Tapi, dia menyambung kata,

“Minggu ni, aku suruh dia kembalikan kereta yang aku bagi. Buat apa kereta tu lagi, dah ada kereta yang lagi mewah, kan? Dia tak nak bagi. Dia kata, kereta tu atas nama dia. Dia maki aku mengungkit jasa dan pengorbanan. Dia maki hamun aku cukup cukup. Dia lupa ke, selama ni aku yang berdiri di belakang dia support segala-galanya? Lelaki yang sanggup berkorban apa saja untuk dia?”

Aku terdiam. Tak sangka dalam dunia ni, manusia boleh berubah 360 darjah sekelip mata… “Kau nanti berhati-hatilah. Jangan jadi macam aku, tak perlulah kau berkorban harta dan segalanya untuk orang yang belum sah jadi isteri kau. Pesanlah pada semua baik laki atau perempuan. Jangan kerana sayang, segalanya sanggup. Tak perlu berhabis untuk awek atau pakwe. Manusia masa susah, cari kita.

Bila senang, tinggalkan kita…Aku pun terfikir, kenapa aku tak berhabis untuk masjid ke, untuk agama ke. Untuk Allah, tak pula aku sanggup berkorban apa saja. Untuk Allah yang lebih patut aku cinta, aku tak buat begitu pula. Tapi, untuk orang yang aku cinta, sebaliknya. Patutlah Allah duga aku macam ni. Supaya aku ingat balik dekat Dia. Malunya aku. Alhamdulillah. Aku reda segalanya walaupun hati aku sedih.”

Aku pun sebak dengar ceritanya…

Dua tahun kemudian, Allah hadirkan pengganti padanya. Benarlah, bila kita kembali pada Allah, dia akan datangkan yang lebih baik. Lebih cantik, solehah dan boleh hidup susah dan senang bersama. Dah kahwin pun akhirnya. Allah tidak pernah menemukan kita dengan orang yang salah melainkan untuk hikmah. Kita saja yang selalu salah buat pilihan…

Sumber: kisah jalanan

Artikel lain : Gadis merisik dengan kekasih, tapi bersanding dengan lelaki lain pada hari perkahwinan

Terima kasih admin jika confession ini disiarkan. Semoga apa yg bakal ditulis mana yg baik dapatlah dijadikan teladan.Aku berkeputusan menulis ini setelah membaca kisah antara cinta dan nafsu part I and II dan juga confession seorg lelaki yg juga telah bersama dgn teman wanitanya namun tanpa rasa brsalah mudah pula wanita itu beralih kasih.

Hati aku rasa kesal. menganggap perkara terlarang skrg seperti bkn satu kesalahan. Kawan-kawan pun turut sama seolah-olah support sahaja perbuatan trsebut. Kalau selepas melakukan perkara kterkutuk kemudian brtaubat itu tak mengapalah. Yg aku tak faham, sudahlah melakukan perkara terkutuk, tak menyesal dan tanpa malu boleh sesuka hati putus dan berpacaran pula dgn org lain.

Tak terasa diri tu tak layak ke? Maaf. Aku bkn nak hukum org yg dah melakukan perkara terlarang. Cuma kesal kerana harga diri sekarang sudah trlalu murah.Aku juga pernah muda. Pernah ada rasa yg brgelora dan menyayangi seseorang. Aku bknlah lahir daripada keluarga yang terlalu beragama.

Ibu bapa aku solat dan berpuasa. Tapi tak pernah lagi mengajar aku dan adik beradik aku bersolat. Memang selama aku hidup mak aku tak pernah tanya ‘dah solat atau belum’ . Bayangkan umur aku 12 tahun, bacaan duduk diantara dua sujud pun aku tak tahu! Abang dan kakak aku buat hal sendiri.

Pendek kata, kalau aku nak jadi budak liar mmg peluang itu trbentang luas setiap masa. Aku pulak mmg duduk di bandar. Tapi entah kenapa hati aku tak terdorong nak buat perkara-perkara salah. Automatik benda yg kita tahu dosa dan tak elok buat apa nak buat. Biarpun ibu bapa tak pernah bertanya, kita ada akal boleh fikir kan?

Dan setelah aku masuk sekolah menengah dan aqil baliqh, aku mula cari buku panduan solat, belajar dan mnghafal. Aku struggle sorang-sorang. Alhamdullilah. Aku dah mula brsolat biarpun kadang2 on off dan ada lompang-lompang.Habis PMR aku dapat results yg baik dan masuk sebuah sekolah berasrama.

Aku semakin brsyukur dan solat makin terjaga. Sampai bila balik cuti atau keluar jalan2 dgn family pun aku dulukan solat. Kat asrama ini jugalah bermula detik aku crushed dgn someone. Kita namakan dia Zaidi. Aku trtarik dgn dia bkn sbb dia hensem. Dia memang kurang dari segi rupa paras berbanding mereka2 yg pernah berkirim salam dgn aku.

Yg buat aku trsuka adalah masa tu ada perlantikan AJK dan dia adalah ketua AJK surau sekolah kami. Profile dia sbg ketua AJK surau tu lah yg memikat hati. Setiap hari aku kunci jam sblm masuk waktu Subuh semata2 nak dgr dia azan. Sungguh!Lama gaklah aku simpan perasaan itu. Yg tahu cuma kawan yg tidur sebelah katil.

Itupun sbb dia perasan aku selalu tulis diari. Yes. Setiapkali aku terserempak dgn dia kat mana-mana tempat di sekolah, aku akan tulis dlm diary. Setiapkali dgr dia azan aku akan tulis diary. Sampailah seminggu sblm SPM aku confess melalui surat. Tak sangka pula dia setuju untuk mengenali aku dan lps saja SPM dia bagi aku no.telefon rumah dia.

Long story short, kami sambung belajar di negeri brbeza. Selama 6 semester mmg tak pernah berjumpa. Hanya sms dan e-mail. Bayangkanlah betapa setianya aku. Sbb aku rasa dia saja yg aku nmpk sbg calon suami. After grad rezeki aku dpt kerja yg baik di sebuah syarikat swasta dan Zaidi pula lebih baik dapat offer di sebuah jabatan berkanun.

Tiga bulan lps berkerja baru kami decided berjumpa. Aku tgk Zaidi berbeza daripada zaman sekolah. Dulu dia cengkung saja dan masa berjumpa itu dah brbadan tegap. Aku pula makin cerahlah sikit. Maklum dah kerja pandailah nak cantikkan diri .Lepas pertemuan itu, Zaidi memang jatuh hati habis pada aku.

Dia cakap memang dah jadi sgt angau. Nak tidur, bangun tidur selalu teringat kat aku. Tapi brbeza pula dgn aku. Aku tak kisah pun kalau tak berjumpa. Biarpun aku dah menunggu saat ini cukup lama. Namun sebab tempat tinggal kami taklah jauh sgt, maka kami kerap berjumpa. Kadang-kadang Zaidi yg jemput aku balik kerja. Kami juga dah jumpa family masing-masing dan plan nak bertunang hujung tahun tersebut.

Ujian besar buat lelaki. Nafsunya satu. Wanita pula pantang dirayu. Benar. Biarpun Zaidi seorg yg sgt mnjaga solat, akhirnya dia tak dapat tahan diri drpd memegang tgn aku dan inilah permulaan silap aku. Aku biarkan. Lama-lama Zaidi makin berani. Masuk kereta dah mula sentuh peha aku.

Aku cakap aku tak selesa. Serius aku trkejut dan hati aku makin tawar. Aku terus terang tak selesa tapi Zaidi cakap ‘jgn risau, saya takkan melampau batas’ then aku biarkan. Bagi peluang. Fikir yg family dia dah pun dtg merisik dan hari pertunangan dah ditetapkan.

Tapi kali ini aku betul2 hilang sabar. Aku menangis. Aku sangat kecewa. Sampai hati dia tak jaga maruah aku. Org yg dia cakap nak jadikan isteri. Time2 tu jugak aku suruh dia hantar aku balik .Dalam 2 minggu mcm tu aku ignore call dan sms dia. Dan dlm masa itu Zaidi cuba macam2 cara untuk pujuk aku. Termasuklah datang ke tempat kerja aku untuk lunch bersama.

Aku sgt brsyukur kerana tak menyerahkan rasa syg pd dia sepenuhnya. Biarpun dia lah insan yg aku harapkan mnjadi suami dan ayah anak2 aku, yg aku tunggu dia selama bertahun2, syukur sgt aku ada kekuatan utk tak rasa seronok utk terus melakukan perkara salah dan yg lebih salah.

Akhirnya aku maafkan dia. Mengambil kira yg mungkin sekali itu dia terturutkan nafsu dan dia janji tidak akan ulang lagi. Tapi dua bln jer guys. Lepas tu mula perangai mcm tu balik. Tapi aku ttp tegas takkan buat apa2 selagi aku blm halal utk dia. bila aku alih topik dan bagi amaran utk stopkan ckp perkara2 begitu sbb aku tak suka Zaidi pula jawab perkara inilah yg paling seronok utk dibualkan pada masa skrg.

Lama2 aku fed up. Aku berdoa pd Allah kalau perhubungan kami tidak mampu manjadikan kami insan yg lebih baik maka jauhkanlah dia. Perasaan aku pd dia mula tawar setawarnya. Aku lambat reply sms, aku dah tak bergurau senda dan cuma cakap sepatah2 saja bila brbual. Akhirnya, aku pulangkan cincin merisik. Jgn cakap aku tak sedih.

Sedihlah teramat. Tp perasaan aku lebih kecewa mengenangkan dia bknlah lelaki yg aku sangkakan selama ini. Zaidi minta cepatkan pernikahan kami. Majlis pertunangan tukar kpd pernikahan. Tapi hati aku dah terlalu tawar. Aku hilang rasa hormat pada dia kerana dia sendiri terlebih dahulu sudah tidak mnghormati maruah aku.

Untuk apa pernikahan yg hanya semata utk mengelakkan perbuatan terlarang, krn tangperbuatan terlarang.Bkn itu tujuan utama aku.Lepas tu aku agak fobia dgn lelaki. Takut sangat benda sama yg jadi. Beberapa bulan lepas itu aku knl dgn Haziq. Kami mmg selalu brcakap di telefon bila printer kat office rosak, minta syarikat yg kami sewa printer utk dtg service.

Biasanya technician dia yg dtg tp hari itu dia yg dtg sendiri. Start tu lah kami makin rapat. Lama-lama dia minta utk kenal aku lebih dalam. Aku terus terang ckp aku tak mahu layanan istimewa seorang kekasih. Dia tak perlu memanjakan aku dan aku juga akan macam tu. Cukup sekadar kita kenal hati budi masing-masing dan saling mengambil berat dah cukup.

Alhamdullilah dgn dia aku serasi. Pegangan agama dia pun ok even dr luaran tak nmpk sgt. Kami banyak berbual tentang kerja, filem, muzik dan pets. Tak ada bercerita ttg hati perasaan kecuali rancangan masa dpn bersama. Cukup setahun kami pun selamat bernikah.

Dan guys, sepanjang penceritaan ini, perkara ini yg aku nak tekankan. Bagaimana indahnya dapat menghadiahkan sesuatu yg paling berharga dlm diri seorang isteri pd malam prkahwinan buat seorg suami. Malam perkahwinan barulah aku tukar panggilan drpd ‘awak’ kepada ‘sayang’. Haziq ckp pertama kali dgr aku panggil dia sayang bergetar macam nak gugur jantung dia.

Kemudian aku terus terang kenapa selama kami brkawan aku tunjuk sisi aku yg tegas. Sbb kenangan silam aku brsama Zaidi. Menangis suami aku bila mendengar. Masih aku ingat lagi dlm tangisan dia peluk aku dan berterima kasih kerana aku jaga diri aku untuk dia. Untuk memberikan hak istimewa itu pada dia.

Yg sudah menjadi suami aku. Setelah sah menjadi isteri barulah aku tunjuk sisi diri aku yg manja. Yg dia tak pernah tahu pun selama ini. Haziq kata dia macam jatuh hati kali kedua pada aku namun kali ini jatuh hati sebagai isteri yg sudah tak dibatasi syariat.Jadi kat sini pd perempuan2 di luar sana yg berhajat hujung minggu ini nak check in dgn boy friend, fikirkanlah semula.

Beristighfarlah. Pd lelaki2 yg berhajat nak check in dgn girlfriend pun, fikirkanlah semula. Istighfarlah. Fikirlah even kamu berhajat utk memperisterikan wanita yg telah kamu tiduri itu, dimanakah nanti keberkatan dan kemanisan dlm rumahtangga kamu.Adakah nanti bila dah berumahtangga, kamu mahu anak perempuan kamu diperlakukan seperti itu? Di ‘test drive’ dulu sblm dikahwini?

Dan kpd wanita, kesucian wanita itu hanya sekali. Menghadiahkannya kepada insan yg bergelar suami, perasaan bangga itu hanya Allah sahaja yg tahu. Kalau mahu tahu bagaimana rasanya perasaan itu, jagalah diri kamu sebaiknya. Pd yg sudah terlanjur dah bertaubat kemudian menemui seseorg yg sudi memperisterikan kamu,

cuba tanya diri masing-masing, biarpun pasangan kamu menerima seadanya, tentu ada sedikit rasa kesal bukan kerana tidak dapat menghadiahkan sesuatu yg sepatutnya menjadi hak seseorg yg mengambil kamu dgn cara hormat, lengkap mahar dan akad. Namun yg berlalu biarkan berlalu. Didiklah zuriat kamu sebaiknya agar tidak mengulangi dosa lampau kamu.

Sumber : empire viral

Author: Iqbal