Buat pertama kali Nadzmi Adhwa buka mulut dedah kisah sebelum dan selepas berkahwin dengan Ardell Aryana. Tak sangka macam ni perangai Ardell Aryana.

Bila dikatakan tentang indahnya bercinta selepas pernikahan, kebanyakannya menganggap ianya janggal keana persepsi yang berbeza tentang cinta. Oleh itu bermacam-macam persoalan timbul, boleh bahagia ke? serasi ke? Dan pelbagai lagi soalan yang timbul, padahal sebenarnya bukanlah tiada cinta sebelum nikah,cinta itu memang ada, dan perasaan itu memang wujud, Cumanya setiap manusia ini berbeza tentang definisi sebuah cinta itu sendiri.

Mungkin kerana itulah ramai yang menganggap kehangatan cinta selepas kahwin ini akan berkurang , dan kemudian mereka menikmati enaknya bercinta sebelum berkahwin ini, kononnya mahu mencari keserasian agar cinta takkan pudar selepas berkahwin nanti.

Nadzmi Adhwa mengakui tidak terucap dengan kata-kata dan tidak tergambar bagaimana bersyukurnya apabila Ardell Aryana datang meminangnya selepas beberapa hasrat untuk memperisterikan sahabat baiknya itu ditolak. Dari sahabat bertukar menjadi suami isteri, Nadzmi berkata kehidupannya kini sangat berbeza. Nadzmi akui masih rasa kekok dan sukar untuk mengucapkan kata-kata romantis kerana perasaan malu.

Tak tercapai akal bila dia meminang, malah selepas akad kami masih malu-malu. Yalah, dia kawan baik saya, dulu selalu bergurau kasar, panggil pun aku dan kau tiba-tiba dalam masa beberapa hari kena tukar panggilan yang manja, memang segan. Saya memang sudah lama sukakan dia, namun dia kerap menolak. Sekarang kami baru dalam proses bercinta, memang seronok dan rasa sangat bahagia,” katanya.

Meskipun sudah bergelar pasangan suami isteri, Nadzmi berkata dia memahami tugas dan kerjaya isterinya, begitu juga Ardell. Malah, dia dan isteri tidak meletakkan sebarang syarat untuk mereka terus berlakon. Nadzmi dan Ardell selamat diijabkabulkan pada 1 September dengan hanya sekali lafaz dalam satu majlis secara tertutup yang berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Seri Kembangan, Selangor.

Bercinta sebelum kahwin mempunyai berbagai risiko yang bukan sekadar zna mata dan hati malah zna yang lebih besar yang boleh mengganggu jiwa sebab cinta sebelum kahwin ini adalah bersalut nafsu dan syaitan. Dalam keadaan sebegini bagaimana mungkin kita memiliki khusyuk di dalam sembahyang kalau diri diselaputi iblis dan syaitan?? Apabila hati kita diisi oleh cinta manusia dan nafsu, tiada tempat untuk cinta Tuhan.

Alam hadis riwayat al-Baihaqi-ra, daripada Rasulullah saw juga ada menyebutkan. “Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertaqwalah dia kepada Allah swt pada separuh yang belum disempurnakan lagi…” Hadits ini menunjukan bahwa menikah merupakan perkara penting dalam Islam sehingga tidak sempurna agama seseorang tanpa menikah, dan dengan menikah kita boleh mendapat pahala yang begitu besar.

Kredit:Utusan Online

Lepas nikah Ardell Aryana memang tak keluar rumah sebab takut. Ini jawapan Ardell untuk video nikah yang viral.

Minggu lalu pernikahan antara pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana sememangnya menjadi tumpuan ramai. Selain kedua-dua mereka tampak sangan sepadan bagai pinang dibelah dua, kisah cinta yang bermula daripada hubungan persahabatan yang sudah terjalin selama 8 tahun itu juga mendapat pujian daripada seluruh aadi Malaysia. Malah aktres filem XX-Ray 3 itu turut mencuit tumpuan apabila dikatakan bahawa dia sebenarnya yang merisik pihak lelaki terlebih dahulu.

Namun di sebalik detik bahagia yang dikecapi oleh mereka ketika itu, pengantin baru ini telah menerima banyak kecaman selepas viral video Ardell seolah-olah kelihatan malu sehingga tangannya menggeletar ketika disarungkan cincin. Jika sebelum ini suaminya telah meminta orang ramai agar jangan hina lagi teman hidupnya itu, ini pula komen tuan badan sendiri.

Sebelum wedding lagi tangan menggeletar. saya memang tak nak kahwin dah time tu.

Jelas Ardell atau nama penuhnya Nurul Hidayah Binti Mohd Amin ini, dia berasa amat gemuruh dan kene panic attack apabila dikerumuni orang sewaktu majlis tersebut berlangsung. Bahkan, hatinya menjadi semakin tidak tenteram apabila ada yang memberi gelaran seperti ‘minah gigil’ kepadanya.

Lepas nikah haritu, saya memang tak keluar rumah sebab takut

Selain itu, aktress berusia 29 tahun ini mendedahkan bahawa dia mengambil masa yang lama untuk keluar dari rumah gara-gara takut untuk berdepan dengan masyarakat gara-gara tularnya video terbabit. Dia turut terkilan apabila ada pihak yang sengaja merakam gelagat mereka sewaktu bertndang ke sebuah kedai makan baru-baru ini, hanya semata-mata untuk dijadikan sebagai bahan lawak dan gelak tawa.

Orang yang buat macam tu sebenarnya tak betul – warganet

Dalam pada itu, Nadzmi yang turut berada di sampingnya dalam pendedahan eksklusif kepada Mingguan Wanit itu meluahkan bahawa dia juga sebenarnya malu sewakty berada di pelamin. Hal ni kerana mereka memang tidak pernah bersentuhan walau sekali pun sepanjang mengenali isterinya. Rata-rata warganet yang telah menyaksikan temubual terbabit meluahkan rasa kecewa terhadap semua pihak yang tidak bertanggungjawab, selain mendoakan rumah tangga Nadzmi dan Ardell ini nagar kekal bahagia hingga ke akhirnya.

‘Jodoh kami kuat’ – Nadzmi & Ardell

BERKALI-KALI lamarannya ditolak namun kata orang usaha itu tangga kejayaan dan kalau sudah jodoh tidak ke mana. Begitulah juga dengan ikatan cinta pasangan pelakon, Nadzmi Adhwa, 27, dan Ardell Aryana, 29, yang akhirnya bersatu sebagai suami isteri pada 1 Muharam (1 September) lalu selepas lapan tahun berkenalan.

Sama cantik sama padan, keikhlasan Nadzmi meruntun jiwa Ardell yang pada awalnya hanya selesa sebagai kawan dan akhirnya Ardell sendiri merisik serta mengajak Nadzmi berkahwin. Bagaikan orang mengantuk disorong bantal, pasangan yang mula rapat ketika sama-sama terbabit dalam drama bersiri Namaku Bedah pada 2015 itu sepakat melakukan persiapan dalam tempoh dua bulan saja.

Bersyukur segalanya berjalan lancar, dengan sekali lafaz Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin sah menjadi isteri Nadzmi Adhwa Nor Adzmi. “Alhamdulillah saya bersyukur segala yang dirancang berjalan lancar walaupun persiapan dilakukan hanya dalam tempoh dua bulan. Selama ini ramai yang mendoakan jodoh kami dan doa mereka dimakbulkan. Saya juga tidak menyangka jodoh kami kuat sehingga masing-masing bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan,” katanya.

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid al-Muttaqin, Ustaz Mohd Hafiza Hafiz Baharuddin di rumah Ardell di Seri Kembangan, Selangor. Ardell menerima dua dulang hantaran dibalas dua dan senaskhah al-Quran sebagai wang hantaran manakala mas kahwin RM300.

Berkongsi mengenai perasaannya yang terbuka untuk menerima Nadzmi, Ardell berkata, dia tersentuh melihat keikhlasan Nadzmi yang setia bersamanya dalam keadaan susah dan senang. Katanya, Nadzmi kawan bermain futsal dan disebabkan dia muda daripadanya, perasaan itu lebih kepada menganggapnya sebagai adik. Lagipun, dia pernah kecewa, jadi takut untuk bercinta lagi.

“Tetapi apabila melihat dia sanggup menunggu dan sentiasa ada ketika susah dan senang, sedih dan kecewa saya cuba menerimanya perlahan-lahan. Walaupun sebelum ini sudah banyak kali dia melamar, bukan kerana saya tidak mahu tetapi perasaan bercampur baur antara takut dan suka.

“Dek sedar terlalu banyak kekurangan pada diri dan memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri itu bukanlah mudah, saya bimbang tidak mampu melaksanakannya dengan baik,” katanya. Sementara itu, Nadzmi pula berkata, apabila Ardell menerima lamarannya tanpa meletakkan sebarang nilai wang hantaran dan hanya senaskhah al-Quran ia sesuatu yang sangat mahal dan begitu berharga.

“Ardell tidak meminta wang hantaran sebaliknya al-Quran yang sebelum ini dia pernah berikan dan minta saya khatamkan serta memahami maksudnya. Al-Quran ini kemudian saya berikan kepadanya semula sebagai hantaran. Bagi saya, ia perkara yang sangat bernilai dan paling mahal di dunia. Ardell wanita luar biasa dan perkara terbaik dalam hidup saya,” katanya.

“Jangan gelar Ardell Aryana minah gigil. Jangan hina isteri saya” – Nadzmi Adhwa perjelas video tular.

Pelakon Nadzmi Adhwa memohon agar warganet berhenti mengeluarkan kata-kata negatif terhadap video tular perkahwinan mereka yang merakamkan tangan isterinya, Ardell Aryana menggigil ketika  disarungkan cincin.

Adhwa memperjelaskan keadaan tersebut menerusi kemas kini terbaru diakaun Instagramnya. Kata Adhwa, Ardell yang bertarung dengan masalah depresi itu telah terkena serangan panik ketika majlis tersebut berlangsung,

“Assalamualaikum semua terima kasih atas doa semua tak terbalas saya. Ada sedikit yang ingin saya kata kan. Sebelum ini telah tular video yang mana saya sedang menyarungkan cincin kepada isteri saya dan isteri saya menggeletar tangannya dan hampir sesak nafas. Untuk pengetahuan semua isteri saya mengidap anxiety serta deppresion yang agak teruk sebelum ni dan masih lagi dalam proses pemulihan.

“Anxiety boleh terjadi bila-bila masa sahaja pada isteri saya bukan hanya pada hari pernikahan kami malah dari sebelum ini lagi, apabila terlalu ramai di hadapannya, isteri saya terlalu terkejut sehingga menyebabkan panic attack.

“Yang boleh mengakibatkan black out, pitam, sesak nafas. Sejujurnya selama kami berkawan kami banyak berjumpa kerana kami buat kerja yang sama dalam tailoring dan design. Perasaan berkawan dan perasaan bergelar suami isteri itu jauh bezanya dan saya pasti detik itu detik yang terlalu berbeza setelah akad dilafaz.

“Pada hari pernikahan, kami berdua memang sangat kekok di hadapan orang ramai untuk sesi batal air sembahyang. Gugup berhadapan orang ramai. Semua perasaan lega, takut, gembira, dan sedih bergabung yang menyebabkan kami mengigil untuk masuk ke fasa baru dalam hidup kami dan keadaan pada waktu itu seperti semuanya berubah,” tulisnya.

Tambah Adhwa lagi, warganet tidak perlu membuat andaian negatif terhadap kejadian itu memandangkan mereka tidak berada di tempat kejadian. “Kami tidak mampu menghentikan kata-kata negatif dari setengah warganet tapi saya berharap tolong doakan yang baik-baik dan jangan timbulkan spekulasi sekiranya tidak tahu apa apa atau tidak berada di majlis kami.

“Sedaya upaya saya dan keluarga kami cuba naikkan semangat isteri saya sehingga kami berjaya tempuh pelbagai dugaan hingga ke detik bahagia ini. Kami bukan manusia sempurna, kami cuma manusia biasa yang ada hati. Sebagai seorang suami, tolong jaga hati isteri saya dan jangan gelar isteri saya minah gigil, perempuan parkinson, perempuan cacat serta saya tak kisah andai ada yang buat parodi saya dan isteri untuk menjadi bahan gelak tawa warganet.


“Cuma jangan HINA isteri saya. Saya mohon jaga lah hati kami suami isteri, keluarga mentua saya dan keluarga saya. Segala yang buruk datang dari kami, yang baik datang dari Allah SWT. Terima kasih untuk doa yang baik-baik dan terima kasih juga untuk yang sebaliknya. #adhwardell,” coretnya.

Terdahulu, Adhwa dan Ardell selamat melangsungkan perkahwinan mereka dengan sekali lafaz pada petang Ahad. Pasangan tersebut dinikahkan oleh Imam Masjid Al Mutaqqin Seri Kembangan, Ustaz Hafiza Hafiz dalam sebuah majlis serba sederhana. Ardell dan Adhwa sudah mengenali antara satu dengan lain sejak lapan tahun lalu

Author: pyka