Cara mudah dan berkesan untuk atasi masalah taik cicak di rumah anda

Setiap rumah mesti ada masalah najis cicak yang penuh di bahagian tepi tingkap. Pelbagai cara telah dicuba tetapi masalah tidak juga selesai. Hinggakan tuan rumah merasa malu apabila ada tetamu yang ingin datang bertandang ke rumah.

Sebelum itu kita perlu tahu apakah hukum najis cicak ini? Dan apabila kita membersihkan najis cicak ini dengan air kemudian kita memijak air tersebut apakah hukum terhadap air yang kita pijak itu termasuk najis atau tidak? Dalam persoalan ini, oleh sebab najis cicak tersebut banyak

(bukannya satu atau dua) maka ia akan menyebabkan air dan lantai tersebut menjadi najis (najis muhaffafah). Oleh itu, jika kaki anda memijak air tersebut maka ia perlu dicuci/dibasuh kerana bimbangkan najis tersebut melekat pada kaki anda.

Demikian juga jika air yang bercampur dengan najis cicak tersebut sudah kering, dan anda memijaknya dengan kaki yang basah, ia akan menyebabkan kaki anda terlekat najis haiwan tersebut dan perlu dibasuh dengan menggunakan air sehingga hilang kesan warna,

bau ataupun rasa najis tersebut. Ringkasnya, walaupun najis cicak jika sedikit bilangannya adalah termasuk di dalam najis yang dimaafkan. Namun jika jumlahnya banyak, ia sudah berubah menjadi najis yang perlu dibersihkan kerana ia kelihatan kotor dan menjijikkan.

Baru-baru ini, seorang wanita bernama Muna Binti Mohammad telah kongsikan satu cara mudah yang boleh mengatasi masalah ini. Jom kita baca perkongsian beliau yang dimuat naik ke Facebook miliknya 22 Julai lalu. Selalu tak alami masalah taik cicak kot tepi tepi tingkap rumah?

Kat studio ni sebab tak duduk jadi memang selalu ada taik cicak banyak juga. Sebelum kelas mesti kena cuci dulu. Tak larat oih nak sental dengan berus sebab kadang kadang jadi keras kerana seminggu sekali barulah ke sana. Jadi sejak 3 minggu amalkan petua ni sekarang takda sangat dah taik cicak kat tingkap. Bolehlah kalian amalkan.

Bahan-Bahan:1) 1/3 cuka makan. 2) 1/3 air. 3) 1/3 cecair basuh pinggan (guna yang murah pun takpa). Spray di kawasan tersebut, seluruh bingkai tingkap, dinding dan tempat cicak bersembunyi seperti di belakang lampu. Mujarab juga jika spray di kawasan yang banyak semut suka melata.

Soalan Kemusykilan

Sah Ke Wudhuk Jika Terpijak Tahi Cicak. Penerangan. ADAKAH TAHI CICAK NAJIS? APA SYARAT SAH WUDHUK? APA PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHUK? Jawapan. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Terima kasih di atas soalan yang diajukan. Saudara / Saudari yang dirahmati Allah swt,

Pertama sekali kta perlu ketahui apakah perkara yang boleh membatalkan wudhuk. 1. Keluar sesuatu benda daripada salah satu dua saluran kemaluan ( qubul dan dubur) sama ada perkara biasa keluar seperti tahi, kencing, kentut mahupun yang tidak biasa seperti cairan merah, batu atau sebagainya.

( Tetapi maani tidak dikira membatalkan wudhuk, bahkan perlulah dia mandi hadas besar). 2. Tidur yang tidak tetap punggungnya. Oleh itu tidur orang yang baring hukumnya batal sama ada tetap ataupun tidak, tetapi tidur orang yang duduk yang tetap punggungnya tidak batal wudhuknya.

3. Hilang akal dengan sebab tidak normal atau sakit. 4. Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan tanpa berlapik. Tidak kira sentuh itu menimbulkan syahwat ataupun tidak. Maksudnya ialah perempuan atau lelaki yang ajnabi.

5. Menyentuh kemmaluan hadapan manusia baik lelaki atau perempuan atau dirinya sendiri dengan perut tapak tangan termasuk perut anak jari maka batal wudhuknya. Tetapi sekiranya tersentuh dengan belakang tapak tangan hukumnya tidak batal.

6. Menyentuh halkaah dubur manusia dengan tidak berlapik juga boleh membatalkan wudhuk. ( tersentuh rambut gigi dan juga kuku tidak membatalkan wudhuk.)Syarat Sah Wudhuk.1. Meratakan air yang suci ke atas kulit, iaitu perbuatan meratakan air pada seluruh anggota yang dibasuh hingga tiada bahagian yang tertinggal.

2. Menghilangkan apa sahaja yang menghalang sampainya air ke anggota wudhu’. 3. Tidak terdapat perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhu’ seperti haidh, nifas, air kencing dan seumpamanya. 4. Masuk waktu sembahyang bagi orang yang berterusan dalam keadaan hadath seperti orang yang menghidap kencing tidak lawas.

Selain itu, terdapat beberapa syarat wudhu’ mengikut ulama’ mazhab Syafi‘i, iaitu: 1. Islam. 2. Mumayyiz. 3. Suci daripada haidh dan nifas. 4. Bersih daripada apa sahaja yang boleh menghalang sampainya air ke kulit. 5. Mengetahui kefardhuan wudhu’.

6. Tidak menganggap sesuatu yang fardhu di dalam wudhu’ sebagai sunat. 7. Menghilangkan najis ‘aini yang terdapat pada badan dan pakaian orang yang berwudhu’. 8. Tidak terdapat pada anggota wudhu’ bahan yang mengubahkan air.

9. Tidak mengaitkan (ta‘liq) niat berwudhu’ dengan sesuatu. 10. Mengalirkan air ke atas anggota wudhu’. 11. Masuk waktu sembahyang bagi orang yang berhadath berterusan. 12. Muwalat, iaitu berturutan. Terpijak tahi cicak atau mana-mana najis tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan wudhuk. Memadai baginya membersihkan kawasan yang terkena wudhuk sahaja dengan air mutlak. Wallahu a’lam

Author: fafa