Cara untuk elak beli tayar kereta daripada terus ditipu oleh tauke kedai tayar

Sememangnya kenderaan seperti kereta merupakan keperluan penting dalam kehidupan seharian manusia. Jadi memang penting untuk memastikan kereta sentiasa dalam keadaan baik. Antara komponen penting kereta sudah tentulah tayar kereta.

Kita kena pastikan tayar dalam keadaan baik untuk memulakan perjalanan. Ini merupakan perkongsian yang bagus untuk dibaca. Tentang cara membeli tayar kereta supaya tidak tertipu. Jom baca: Tips Tukar Tayar. Minggu lepas semasa balik dari Penang, stering mula bergegar.

Suspek utama memang tayarlah puncanya. So, p lah kedai tayar area Taiping, minta dorg cek. Ya, memang betul tayar dah bengkak. Esok nak ke Melaka pulak. Nak tak nak kena tukar jugak tayar ni. So tanyalah pomen tu harga tayar. Yang second tayar korek pun RM80.

Yang baharu ada yang RM175 @ RM185. Baik amik yang baharu, puas hati. Minta dorang bawa keluar tayar tu, nak tengok. Pomen tu pun bawaklah tayar baharu yang harga RM175. Tahun Bila? Bila tanya tahun buatan tayar tu, muka pomen dah mula cuak.

Baru dia habaq tayar tahun 2014. So apa lagi kene sound lah. “Tayar lama u jual RM175 ke? Tau tak tayar ni dah expired? Mana boleh jual harga ni”. Saya suruh dia pergi tanya tauke berapa harga tayar tu. Mula-mula dorang bagi RM120. Dok minta kurang sampai dapat RM105 untuk sebiji tayar.

Hmmm, mm tayar korek pun dah RM80. Baik amik yang ni. So dapat lah 4 biji tayar baru dengan harga RM420 rim 15′. Moral Of Story? Sebenarnya kita selalu dok kena tipu dengan kedai tayar. Dorang akan keluarkan tayar yang lama untuk clearkan stok dan jual pada harga baru.

So, kalau yang nak tukar tayar tu, berhati-hati lah supaya kita tak tertipu. Berikut ialah senarai kod yang patut kita tahu. Semoga dapat manfaat bersama. Sahabat semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan tak sepatutnya digunakan lagi (expired).

Ini info yang ada di tayar kenderaan. 1. Kod Tayar Kenderaan: Contoh 205/65/R1594V. 205 = Lebar 65 = Tinggi R = Radial 15 = Saiz / Rim 94 = Had Maksimum Bebanan V = Had Maksimum Kelajuan 210km/jam. Lihat Abjad yang last; S = Maksimum Had Laju 180 km/jam T = Maksimum Had Laju 190

km/jam U = Maksimum Had Laju 200 km/jam V = Maksimum Had Laju 240 km/jam Z = Maksimum Had Laju 240 km/jam W = Maksimum Had Laju 270 km/jam Y = Maksimum Had Laju 300 km/jam. SEBAB TU BANYAK BERLAKU KEJADIAN YANG BERPUNCA DARIPADA KES TAYAR PECAH KERANA

PEMILIK KENDERAAN TIDAK ARIF TENTANG KEMAMPUAN LARIAN TAYARNYA DALAM KEADAAN CUACA DI MALAYSIA. 2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatat Di Sisi Tayar. Contoh 4 angka berkenaan ialah 0514
Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.

Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan. Tayar baharu yang berusia lebih daripada LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).

Jika anda menukar tayar yang baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yang terkini. 3. Diskaun Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal. Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari

Tahun Semasa (2016); 2015 = 20% 2014 = 40% 2013 = 60% 2012 = 80 2011 ke bawah = PERCUMA Semoga perkongsian ini membantu kalian agar tidak ditipu oleh pemilik kedai tayar. Semoga info ini memberi manfaat kepada kita semua.

Author: fafa