Coklat, kismis dan kacang boleh menyebabkan kucing anda jatuh sakit.

TERDAPAT banyak objek di rumah yang boleh membahayakan keselamatan anak anda dan kerana itulah kita semua memastikan persekitaran dalam rumah selamat untuk anak-anak. Namun, sering kita lupa bahawa perkara sama harus dilakukan demi menjaga keselamatan haiwan peliharaan

seperti kucing. Objek yang kelihatan tidak membahayakan untuk manusia mungkin memberikan kesan sebaliknya kepada haiwan. Ini termasuklah makanan seperti kacang almond, walnut, pekan, bawang merah, bawang putih dan daun kucai. Semua ini adalah beracun untuk haiwan peliharaan.

Selain itu, anggur dan kismis juga boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang, manakala coklat pula boleh mengakibatkan ‘arrhythmias’, kekejangan dan pengakhiran nyawa ke atas haiwan. Jadi, anda harus memastikan semua makanan dan kekacang tersebut dijauhkan daripada

kucing atau anjing! Begitu juga halnya dengan ubat-ubatan dan bahan kimia. Sekiranyanya anda menjauhkan semua itu daripada dicapai oleh anak-anak, peraturan sama terpakai ke atas haiwan di rumah. Ubat-ubatan yang dihasilkan untuk manusia boleh menyebabkan haiwan peliharaan

mengalami sakit perut, penyakit gastrousus, ulser, kegagalan hati dan buah pinggang sekiranya dimakan. Bagi sesiapa yang mempunyai bahan tambahan ‘anti-freeze’ di rumah, jangan biarkan objek tersebut diletakkan di kawasan yang mudah dicapai oleh haiwan.

Kerana itu boleh membahayakan kesihatan haiwan peliharaan anda. Bahan yang terdapat dalam ‘anti-freeze’ mengeluarkan bau manis dan mengandungi etilena glikol yang amat disukai oleh anjing. Bahan ini adalah sangat bahaya dan boleh menyebabkan kerosakan saraf dan kekejangan

Sumber: mStar

Seronok Dapat Beri Kucing Di Jalanan Di Pasar Makanan

SEKUMPULAN individu sanggup berjaga malam untuk ke pasar basah di Kelantan semata-mata untuk memberi makan kepada kucing liar sejak awal bulan lalu. Setiap Rabu, mereka akan ke pasar basah di sekitar negeri ini dengan membawa sehingga 50 kilogram makanan kucing untuk

menjamu haiwan itu. Sehingga kini, kumpulan itu sudah memberi makan kepada ratusan kucing terbiar di sekitar negeri ini termasuk Pasar Siti Khadijah, Berek 12, Cabang Tiga, Pengkalan Chepa. Peniaga, Mohamad Saifullah Omar, 29, berkata, aktiviti itu tercetus apabila isterinya,

Siti Fatimah Mohd Khamel, 31, memuat naik usahanya memberi makan kepada kucing terbiar di Fb. “Sejak itu, ramai pihak menawarkan diri untuk menaja makanan malah ada yang sukarela mahu mengikut saya memberi kucing makan walaupun ada yang tinggal jauh.

Apabila mula mendapat sambutan, kami menetapkan setiap Rabu malam, akan ke pasar untuk menjalankan aktiviti amal ini. Kebiasaannya kira-kira 30 orang akan menyertai program yang bermula 8 malam sehingga 12 tengah malam.

“Biarpun sumbangan ini kecil, namun kami seronok dapat ‘belanja’ kucing terbiar ini makan,” katanya ketika ditemui selepas bersama 30 individu memberi makan kepada hampir 300 kucing di Pasar Melor, Ketereh dan Kok Lanas di Kota Bharu, malam tadi.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Permotoran Negeri Kelantan (PPNK) Wan Azley Wan Mohamed berkata, selain memberi makan, pihaknya turut merawat kucing yang sakit. “Aktiviti kebajikan memang sentiasa menjadi keutamaan PPNK.

Sebelum ini kita sering terbabit dengan aktiviti bantu orang susah dan kali ini kita membuat kelainan dengan memberi makan dan merawat kucing terbiar, ” katanya. Seorang daripada peserta program, Siti Mas Ayu Abdul Latif, 36, berkata, dia terpanggil menyertai aktiviti itu

memandangkan dia sangat sukakan kucing. “Menerusi aktiviti amal ini, saya dapat membantu kucing terbiar. Malah di rumah saya turut memelihara 45 kucing terbiar yang mengalami kecacatan seperti buta mata, berkurap dan tempang,” katanya.

Sumber: HARIAN METRO

Selamba Je Dia Duduk Menyorok Menumpang Rumah Jiran

Peristiwa ini berlaku pada empat malam yang lalu dalam jam 10.30 malam, lebih kurang. Suami turun pergi beli ubat selesema untuk Muffin, Nestum dan Maggie di bawah. Ada orang tolong hantar COD (kami tinggal di kondominium di Klang). Sebelum suami turun, suami jerit kuat-kuat.

“SAYANGG!! Tengok Nestum!” Saya terus berlari pergi buka sikit pintu masuk rumah. Rupanya suami perasan dari luar rumah yang Nestum buat perangai ‘nak terjun tingkap’. Tingkap bilik itu kami buka sikit untuk tujuan pengudaraan. Sikit besar tiga jari begitulah saiznya.

Saya terus lari lintang pukang masuk ke dalam bilik khas kucing untuk selamatkan Nestum di tingkap. Seminit juga nak tarik Nestum secara perlahan-lahan di tingkap bilik itu. Nestum berjaya diselamatkan, alhamdulillah, lega. Selepas ini memang tak boleh langsung buka tingkap

itu kecuali kucing-kucing ini diletakkan di ruang tamu dan tutup pintu bilik mereka. Saya sambung buat kerja bisnes online lagi. 15 minit kemudian, suami sampai, pintu masuk rumah yang saya buka tadi rupanya tak tutup rapat. Suami bermain dengan Muffin dan Nestum sekejap,

sebelum beri ubat selesema. Tiba-tiba saya tersentak! Eh? Mana si Maggie? Hati cuak nak tanya suami. Masuk bilik perlahan-lahan cari Maggie. Dia kucing yang paling aktif antara tiga ekor kucing di rumah ini. Biasanya kalau panggil dia guna mainan bunyi-bunyi itu,

mesti dia yang pertama sampai sebab dia suka main. 10 minit mencari Maggie di rumah, masih tidak kelihatan. Allah! Risau dan mula syak sesuatu. Ini mesti dah tak ada dan Maggie mesti dah keluar dari rumah tadi. Adui risau dan cemas sangat-sangat. Mulalah baca doa lembutkan hati suami dulu.

Mujur suami bertenang saja tetapi muka belacan jugalah. Takut kena marah. Beli Maggie dah nak dekat RM3,000. Itu sebab ketiga, tetapi sebab nombor 1, kurang masa main dan belai Maggie. Sebab nombor 2, kalau hilang, siapa yang jaga dia itu boleh jaga dengan baik ke?

Dia tahu ke diet Maggie? Makan apa semua? Kalau orang yang ambil dia itu kejam, makan kucing ke apa? Memang cuak sangat. Muffin dengan Nestum dalam bilik pun buat muka sedih. Rasa bersalah dengan Maggie dan Nestum. Rasa incomplete bila patutnya tiga menjadi dua ekor saja yang tinggal sekarang.

Blur, tak tahu nak buat apa. Terfikir nak print gambar Maggie dan buat iklan Kucing Hilang. Suami ajak solat hajat 2 rakaan dan baca surah Yasin dan zikir ini, ‘Ya Allahu Yaa Shaahid’ (Ya Allah Yang Maha Melihat). Suami pesan, baca betul-betul, yakin sepenuh hati.

Allah saja yang boleh tolong. Masa itu betul-betul rasa serah diri pada Allah. Rasa kerdil sangat diri ini, tiada upaya kami ini tanpa bantuanMu ya Allah. Macam-macam yang kami buat. Kami pergi ground floor jam 1.30 pagi, cari di Playground, jumpa pengawal keselamatan, tengok rakaman CCTV.

Dua anggota Pengawal Keselamatan yang bertugas itu berbangsa India. Baik orangnya melayan kami. Agaknya tengok muka kami berdua dah ‘ubi’ sangat. Menurut mereka, kalau nak tengok rakaman CCTV, kena datang office esok baru boleh tengok. Saya sempat berpesan pada mereka untuk

meminta mereka menghubungi suami saya kalau ada ternampak kucing kami. Kawasan kondo kami ini memang jarang nak ada kucing. Kalau ada pun, pernah nampak seekor sahaja dulu. Dah hampir jam 3 pagi, Maggie masih belum ditemui. Usaha terakhir, suami ajak naik balik ke blok kami

menggunakan tangga sebab suami dapat rasa yang Maggie masih berada di kawasan sekitar. Kami terus cari sambil saya main mainan kucing untuk panggil Maggie. Dari tingkat 1, 2 hingga 5, kami cari depan rumah semua orang dan tiba-tiba tersentak! Ternampak Maggie menyorok di bawah rak

kasut rumah orang, menggigil ketakutan yang melampau. Allah saja yang tahu rasa terkejut pada masa itu. Sampai meremang tengkuk dan macam-macam perasaan. Balik rumah, terus sujud syukur, turun balik sedekah sikit pada dua anggota pengawal keselamatan tadi sebab dah gembira

sangat pada masa itu. Alhamdulillah. Sekarang kami semakin faham. Nak apa pun, Allah boleh bagi. Cuma Allah mahu kita berusaha, meminta bersungguh-sungguh, penuh berharap dari Dia. Syukur Alhamdulillah ya Allah, kau beri ujian kecil untuk beberapa jam. Penuh hikmahnya. Selepas dari kes itu, automatik tangan semakin cekap bila masuk rumah terus tutup

pintu secepat mungkin. Untuk Cats Lover yang lain: Memperkenalkan tiga ekor kucing ini. Maggie baka British Shorthair. Muffin dan Nestum pula DLH. Beli Nestum untuk dijodohkan dengan Muffin, tetapi apakan daya Muffin suka dekat dengan Maggie. Nestum tinggal berhuhu saja sekarang.

Nanti korang boleh buat benda yang sama dan baca doa di bawah ini kalau ada berlaku kes barang hilang, kucing hilang. InshaAllah dengan izin Allah, bolehlah jumpa semula. اَللهُمَّ يَارِبِّ الضَّآلَّةِ وَيَاهَادِيًا مِنَ الضَّلاَلَةِ رُدَّ ضَآلَّتِىْ. ALLOOHUMMA YA RABBADL DLOOLLATI WA YAA HAADIYAN MINADL DLOLAALATI RUDDA DLOOLLATI

Artinya : Ya Allah Tuhan dari sesuatu yang hilang, ya Tuhan yang memberikan petunjuk dari kesesatan, kembalikanlah barangku yang hilang. Sama-sama ingatkan pasangan kalau berlaku kes barang hilang, jangan terus panik. Cuba amalkan doa ini dulu.

Sumber: THE REPORTER

Author: fafa