Dahulunya susah kerana dihalau saudara sendiri, kini wanita ini miliki banglo mewah dengan hasil menjual ayam sahaja.

SESEBUAH kejayaan bermula dengan secebis angan-angan. Apabila seseorang itu tekad untuk menjadikan angan-angannya satu realiti, tidak ada perkara yang mustahil. Itulah yang dikongsikan oleh seorang wanita di Kelantan yang berjaya sebagai usahawan perniagaan ayam sehingga mampu membina sebuah banglo mewah di kampungnya. Dikec4m ramai kerana kahwin muda.

Amyza Ismail, 30, menceritakan kisah pahit manisnya selama 11 tahun menjalankan perniagaan bersama suaminya. Mereka berkahwin pada tahun 2008 ketika Amyza berusia 19 tahun manakala suaminya berusia 22 tahun. Pada awalnya, ramai yang memandang rendah perkahwinan mereka lantaran tidak memiliki sebarang sijil akademik.

Namun, itu tidak menghalang Amyza dan suaminya untuk terus berusah demi mencapai segala matlamat dan impian mereka. “Kami buat kedai dengan kayu hutan depan rumah. Pagi berniaga ayam, malam berniaga sate. Memang letih, tapi kami tetap bahagia. Jatuh bangun kami tetap bersama,” ujar Amyza. Kedai dan rumah dirampas oleh saudara sendiri.

Namun, keadaan berubah keruh apabila Amyza dihalau daripada rumah peninggalan bapanya yang telah menghadap illahi kerana tidak mempunyai bukti dokumentasi geran tanah. Bermula dari hari itu, mereka mula menabung. Sampai satu ketika mereka melakukan empat pekerjaan dalam satu-satu masa. Hasilnya, mereka berjaya menebus kembali tanah ayah.


11 tahun berniaga, rumah idaman akhirnya menjadi realiti. Selama 11 tahun Amyza dan suaminya bertungkus-lumus memajukan perniagaan mereka demi keluarga dan anak-anak. Akhirnya, Amyza mampu untuk membina mahligai impiannya di samping mengumpul lebih banyak aset sebagai pelaburan untuk masa depan.

Syarikat makin membesar, keluarga bertambah bahagia. Amyza turut berpesan supaya tidak mudah patah semangat dan kerap berdoa agar perkara yang diimpikan bakal menjadi kenyataan. “Tujuan muat naik ini bukanlah untuk riak atau bangga diri. Kami ingin anak-anak muda supaya berusaha, jangan malu dan tidak malas berniaga,” ujarnya.

Komen.

Allah boleh tukar nasib seseorang sekelip mata je…. so jangan menghina orang yang tak berharta dan jangan rasa selesa dan sombong bagi orang yang punya banyak harta… Allah boleh ambik bila-bila masa je…. redha dan bersyukur… nescaya Allah akan tambah lagi.. “AlhamduLillah… Tahniah atas usaha dan kesungguhan.. Tapi masih ada pemimpin negara kata Melayu Pem4las..”

Sumber: MyKelantanese / Nur Amyza Ismail

Author: fafa