Dai Syed dikhabarkan bercinta dengan Joy Revfa setelah Joy memuat naik gambar bersama

TINDAKAN usahawan Joy Revfa memuat naik gambar bersama bekas peserta program Da’i iaitu Syed Iqmal di Instagram baru-baru ini mengundang cakap-cakap kononnya mereka berdua mempunyai hubungan istimewa. Mana tidaknya, menerusi foto tersebut pasangan itu kelihatan mesra selain tampil memakai baju sedondon yang menguatkan lagi spekulasi tersebut.

Tidak mahu ia terus menjadi tanda tanya orang ramai, Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail, 24, berkata, dia dan Joy bukan pasangan kekasih seperti didakwa. Sebaliknya kata Syed mereka hanya rapat sebagai kawan malah menganggap Joy yang juga bekas isteri kepada penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun itu sebagai kakak.

Dai Syed memberitahu dirinya masih single.“Tiada hubungan cinta pun… Saya sudah anggap Joy macam kakak sendiri tambahan pula jarak umur kami agak besar. “Gambar itu diambil ketika kami mendapat undangan berbuka puasa di Menara KL dan pakaian sedondon kami pun tidak dirancang sebenarnya,” katanya kepada mStar.

Syed ditemui ketika menghadiri acara berbuka puasa bersama anak yatim anjuran syarikat pengurusan artis, Dr Irma Entertainment di Shah Alam pada Khamis. Bercakap lanjut mengenai hubungannya dengan Joy, Syed berkata, dia mengenali wanita berusia 32 tahun itu sekitar dua tahun lalu ketika Joy sedang menghadapi kemelut rumah tangga dengan Hafiz.

“Saya dah kenal lama… Ketika itu Joy selalu minta nasihat tentang situasinya ketika itu dan saya sering berpesan agar sentiasa kuat semangat dan kembali bangkit. “Sejak itu hubungan akrab sebagai rakan itu berkekalan sehingga ke hari ini,” jelasnya.

Sementara itu, Syed berkata, dia tidak menolak sekiranya dipertemukan dengan seorang wanita yang lebih berusia selain memegang status ibu tunggal. Bagaimanapun, kata Syed dia lebih selasa untuk mencari pasangan yang sebaya dengan umurnya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber  : Mstar

artikel lain Joy Revfa dedah ada selebriti mintak gambar seksi.

Usahawan kosmetik, Joy Revfa mendedahkan dia pernah dihubungi oleh beberapa orang lelaki berstatus suami orang di laman sosial. Tanpa mendedahkan nama, Joy atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin memberitahu lelaki yang dikenali sebagai ustaz selebriti itu membuat permintaan tidak masuk akal antaranya meminta gambar sksinya. “Lelaki setia zaman sekarang ni dah semakin pupus sebab kecurangan berada di hujung jari je terutamanya golongan Ustaz Hamadi (watak Azhan Rani dalam drama Nur) ni la semakin ramai.

“Ada beberapa ustaz selebriti suami orang tak segan silu mesej nak tengok gambar Joy dekat rumah berbaju sksi. Mereka tak fikir kejap lagi kita viral screenshot tu baru tahu langit tinggi ke rendah. Yang penting jangan melayan!,” tulisnya di Instagram.

Sementara itu, bekas isteri penyanyi Hafiz Hamidun ini juga berkata dia tidak berminat menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang. Ujarnya, sebagai wanita dia memahami hati wanita dan enggan menjadi punca keretakan rumah tangga orang lain.

“Saya mewakili janda-janda dekat Malaysia ni tak berminat langsung dengan suami orang ni. Benda boleh mengelak buat apa sibuk nak melayan ni. Ingat, jangan bagi ruang dan peluang sedikit pun untuk suami orang tu dekati kita. Pasang niat sebab nak bantu isteri dan anak-anak dia untuk mengelakkan kecurangan berlaku.

“Kalau ada cuba mesej menggatal tu, block je atau ugut dia akan screenshot mesej tu dan bagi famili atau isteri dia. Isteri pun kena pantau kegiatan suami. Jangan dibiarkan je!,” katanya. Dalam pada itu, bekas isteri kepada komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun ini berkata dia bersedia membuka pintu hatinya untuk mana-mana lelaki bujang.

Asalkan lelaki tersebut bukanlah suami atau tunangan orang lain. Nama Joy Revfa sebelum ini menjadi perhatian apabila perkahwinannya pada 1 Mei 2017 dengan Hafiz Hamidun didakwa tidak sah. Konflik tersebut akhirnya selesai selepas Hafiz melafazkan talak satu terhadap wanita itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 25 Oktober tahun sama. Joy Revfa pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.

Joy Revfa dah tak cari suami ‘orang popular’

Usahawan kosmetik yang juga merupakan bekas isteri penyanyi Hafiz Hamidun berkata dia tidak serik untuk berkahwin lagi. Joy atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin mengakui dia didekati ramai lelaki terutamanya golongan selebriti.

Bagaimanapun, Joy meluahkan dia masih fobia untuk membuka pintu hati kepada mana-mana lelaki. “Sebagai wanita, saya kalau boleh nak kahwin cepat-cepat dan tidak serik untuk membina rumah tangga lagi. Namun, saya akui ada sedikit perasaan fobia kerana kegagalan perkahwinan dahulu,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, nama Joy Revfa menjadi perhatian apabila perkahwinannya pada 1 Mei tahun lalu dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun didakwa tidak sah. Konflik tersebut akhirnya selesai selepas Hafiz melafazkan talak satu terhadap wanita itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 25 Oktober 2017.

Sumber : mstar

Author: Iqbal