Datin Shahida bongkarkan kenapa adik Syukri tak lagi bekerja dengan Dato Aliff Syukri

Sebelum ini, ramai yang mengetahui datangnya seorang pemuda kacak kurang upaya ke rumah Dato Aliff Syukri. Pemuda itu bukan bersahaja mahu berjumpa dengan Dato, dia sebenarnya datang untuk meminta kerja untuk menampung hidup. Rata-rata orang ramai terkejut kerana bukan sahaja

mereka mempunyai nama yang sama namun raut wajah mereka juga seakan sama. Syukri ini sebenarnya mempunyai masalah pendengaran dan juga tidak boleh bercakap. Beliau mengatakan sangat meminati Dato Aliff Syukri dan mahu meminta kerja untuk menampung keluarga.

Dato Aliff membantu bagi kerja yang bersesuaian dengan adik ini dan juga memberikan tempat tinggal. Namun kini, rata-rata warganet pelik kerana tiada lagi pengkosian dari pihak dato dan datin mengenai adik Syukri ini. Terdapat juga komen-komen atau sumber-sumber lain mengatakan adik

Syukri ini dianaya oleh pihak Dato dan Datin. Tidak tahan dengan sindiran serta kritikan warganet, akhirnya Datin Shahida telah menceritakan hal sebenar di IG story nya dengan sertakan bukti perbualan mereka berdua. Menurut Datin Shahida, pihaknya telah memberhentikan adik Syukri

kerana dia dikatakan meminta gaji yang lebih dari sepatutnya serta adik ini berkira untuk buat kerja. Datin Shahida juga kecewa bila adik Syukri turut memfitnah beliau kononya mulut jahat. Namun tidak lama lepas berhenti, adik syukri ada memohon maaf dan mahu minta kerja semula.

Antara komen serta fitnah dari adik Syukri pada keluarga Dato dan Datin. Jelas Datin Shahida yang beliau terpaksa update tanpa niat untuk memburukkan sesiapa kerana fitnah yang berleluasa. “Jangan sebab kita nampak orang yg kurang upaya itu kita rasa dia betul.. Dan sebab kita sihat Allah bg rezeki kita dianggap menganiaya orang..

Kesimpulannya saya belajar untuk tidak mempercayai orang dah” Komen dari abang kepada adik syukri ini sendiri turut tak sangka perbuatan adiknya itu. Pihak lain juga yang terima tempias fitnah adik Syukri ini telah menghubungi Datin Shahida untuk menjelaskan segalanya.

Semoga adik Syukri mendapat pengajaran terhadap apa yang berlaku dan sentiasa bersyukur dengan rezeki pemberian Tuhan. Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: IG Datin Seri Shahida

Ini jawapan Dato Aliff Syukri bila ditanya tentang Baby Shima.

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri tidak mahu memberi komen lanjut mengenai isunya bersama penyanyi Baby Shima yang sebelum ini ada memberi reaksi terhadap single barunya berjudul Cowok Baru. Lebih seminggu dilancarkan, single yang turut menampilkan Lucinta Luna dan Upiak mendapat reaksi pelbagai pihak.

“Awk jangan tanya saya fasal Baby Shima. Menaikkan dia, sorry,” katanya ringkas. Ditanya sama ada isu tersebut adalah sebagai satu gimik bagi mempromosikan lagu berkenaan, hero filem Badang ini mempunyai jawapan sendiri.

“Lagu saya dah habis trending pun,” jelas Aliff yang turut mengharapkan fenomena sama di Indonesia terhadap Cowok Baru. Beberapa hari lalu, Baby Shima menerusi Harian Metro menjelaskan, dia memberikan pendapat selepas ditanya Aliff, meminta komen ramai menerusi media sosial.

Lalu, dia memberikan pandangan secara peribadi tetapi, Aliff didakwa melenting dan turut menyindirnya pula menerusi Insta Stories. Setakat ini, muzik video Cowok Baru sudah pun ditonton lebih 1.2 juta tontonan di YouTube selepas kira-kira seminggu ia dimuat naik.

Aliff terdahulu ditemui media pada majlis Penjenamaan Semula D’ Herbs Terlajak Laris di Flora Terrace, Kuala Lumpur pada Selasa. Majlis turut memperkenalkan salah seorang wajah wakilannya, Datin Diana Danielle.

Mengulas mengenai pemilihan aktres tersebut, Aliff bersama isteri, Datin Seri Nur Shahida sepakat berpendapat personaliti dan persona yang dimiliki bintang beranak dua itu yang kekal bersinar selain memiliki pengikutnya yang tersendiri.

“Datin Diana dipilih sebagai wajah untuk Jus Perawan keluaran kami kerana dia merupakan antara figura yang mewakili isteri dan ibu aktif dan bekerjaya. Malah pada masa sama, Diana juga turut mementingkan soal penjagaan luaran dan dalaman,” akhirinya yang turut memaklumkan, D’ Herbs bakal mengumumkan empat lagi selebriti yang akan berkerjasama dengan pihaknya selepas ini. Sumber:MH

Tak payah glamourkan dia lah – Aliff Syukri enggan ulas isu dengan Baby Shima

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menolak dakwaan sesetengah warganet yang menganggap perbalahan dengan penyanyi Baby Shima sebagai gimik. Tambah Aliff Syukri lagi dia juga enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana tidak mahu memberi populariti percuma kepada penyanyi dangdut itu.

“Sudah-sudahlah tanya saya mengenai dia (Baby Shima). Saya pun tak faham kenapa dia nak panjang-panjangkan lagi isu. “Sudahlah, banyak lagi yang saya perlu fikirkan selain benda remeh sebegini. Terpulang kepada dia mengganggap saya ‘propa’ minta maaf atau apa,” katanya kepada Gempak.

Aliff berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan duta terbaru dan penjenamaan semula produk DHerbs. Isu di antara Aliff dan Baby Shima bermula apabila penyanyi tersebut memberi komen mengenaii lagu baru usahawan tersebut, Cowok Baru.

Menerusi komennya Shima memberi pendapat lagu itu menarik tetapi seperti tidak kena dengan vokal Aliff. Bagaimanapun selepas Baby Shima memberi pendapat, Aliff dikatakan melenting tidak tentu pasal kerana tidak boleh menerima pandangannya.

Saya tak kaya tapi bukan untuk dipijak

Ekoran memberi komen ikhlas mengenai lagu terbaharu nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri, Cowok Baru, akhirnya timbul ‘persilisihan faham’ antara penyanyi Baby Shima dan usahawan kosmetik tersebut. “Alahai lagu dah best tapi kena ke dengan vocal?” tulis Shima di ruangan komen dalam entri Instagram milik Aliff.

Namun komen Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 26, membuatkan Aliff tidak berpuas hati dan ‘menyerangnya’ dalam laman sosial. Tidak sekadar itu, Aliff didakwa turut mempersendakan nama pentasnya yang menggunakan pangkal Baby.

Justeru kata Shima, dia berasa agak kesal dengan situasi tersebut kerana pada asalnya usahawan itu meminta warganet memberi komen jujur ke atas lagu Cowok Baru, tetapi akhirnya mendapat sindiran bertubi-tubi. “Saya cuma cakap lagu itu sedap tetapi kurang sesuai dengan vokalnya. Tiba-tiba dia melenting marahkan saya sedangkan ramai lagi yang komen lebih negatif.

“Saya pun tidak faham, komen jujur pun salah. Sepatutnya dia kena terima semua komen warganet dengan hati terbuka. Kalau sedap mereka akan cakap sedap. Jika sebaliknya, terimalah hakikat,” luah Shima. Apabila Aliff yang didakwa memperli dan mempertikaikan bakat Shima, ia dilihat perbuatan yang melampau sehingga menguji kesabaran penyanyi ini.

“Selepas saya tulis komen itu, dia perli saya berkali-kali. Namun, saya tidaklah melenting sehingga sampai satu tahap saya sudah hilang sabar dan membalas kenyataannya melalui video dalam Instagram. Sabar saya ada hadnya. Saya tidak kaya tetapi bukan boleh ‘dipijak-pijak’. Walaupun saya tidak hidup mewah dan bertaraf jutawan seperti dia, itu tidak bermakna dia boleh kutuk saya sesuka hatinya.

“Saya ni manusia biasa. Ada hati dan perasaan,” jelas Shima yang agak terkilan apabila Aliff menyindir namanya. Berdasarkan sebuah video di instagram Aliff, dia menyindir kononnya Shima tidak sesuai menggunakan nama Baby Shima kerana sudah tua.

Shima yang sedang popular di Indonesia ini menganggap sindiran itu tidak masuk akal dan sengaja mahu membangkitkan kemarahannya. “Kalau di Indonesia atau negara-negara lain, macam-macam nama komersial yang artis gunakan tetapi tidak pernah dipersenda.

“Misalnya nama Babyface, Lady Gaga, Ayu Ting Ting, G-Dragon dan banyak lagi. Mereka pun tidak menggunakan nama asal sendiri dan mencipta kelainan sebagai nama pentas. “Begitu juga apabila Datuk Aliff mempertikaikan bakat saya. Jujurnya, saya sendiri tidak pernah memuji suara sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Shima menafikan ‘persilisihan faham’ antaranya dengan Datuk Aliff adalah suatu gimik. Ujarnya, jika Aliff sengaja mahu lakukan gimik, pasti bukan dia jadi pilihan. “Ramai lagi artis lain yang lebih popular atau setaraf dengannya.

Siapalah saya nak dibandingkan dengannya,” ujarnya yang sedang popular dengan lagu Pura-Pura Bujang. Apa pun, diharap ‘persilisihan faham’ antara dua insan popular ini akan berkesudahan tidak lama lagi. Buat apa bergaduh kalau boleh berbaik, bukan?

Author: Iqbal