Tak sangka hebat juga Datin Shahida dan Dato Aliff sebab tu rezeki selalu berganda. Rakan perniagaan dedah sesuatu tentang Datin Shahida buat warganet tergamam

Jujurnya selain dari dapat makan bersama Datuk Seri Aliff Syukri dan keluarganya malam tadi, kami juga dapat bersembang dan mengenali jatuh bangun mereka ini dalam dunia berniaga. Sedang ralik berborak, Datin bangun dan bercakap dengan Juma, team mereka, setentang sahaja dengan saya. Tentang dunia bisnes barangkali. Kami pula masih mendengar kisah Datuk.

Tiba-tiba Baim datang kepada Datin dan menghulur kertas. Betul-betul di hadapan saya. Terus Datin berhenti bersembang dan beliau membiarkan Baim duduk di atasnya, meleset dan kemudian membantu Baim menyiapkan kerja sekolahnya.

Momen ini saya bawa sampai ke rumah, teringat-ingat. Bagusnya Datin yang sanggup menolak tepi semua urusan bisnes juta-juta demi anak. Tak semua orang boleh berbuat begini. Saya pernah tengok di hadapan mata, ada pakcik yang marahkan budak bising,

ada puan itu yang suruh pergi naik atas siap-siap tak boleh campur orang tua bersembang dan ada yang risau sangat anak-anak ini akan ganggu sampai ke tahap budak-budak ini tanya atau memanggil ayah atau emak, dihalaunya begitu sahaja.

Datin tidak, dilayannya anak-anak siap cium pipi bagai. Kemudian dah siap semua, Baim pun berlalu pergi dan Datin menyambung perbualannya. Langsung tak ada seperti diganggu dan sebagainya. Terus saya teringat kata seorang ustaz kepada kami semua selepas subuh beberapa minggu lalu, katanya,

“Nak rezeki masuk, layan budak-budak, jaga hati orang tua dan berbanyak tahan sabar dengan orang yang kita sayang. Kalau anak datang tanya ayah, saat ayah sedang bercakap dengan sesiapa, jangan marah dia. Dia budak tak tahu apa, peluk dia, cium dia dan layan dia sesaat dua.

Orang tua dan dewasa yang kita sedang sembang itu dah matang, otak dah boleh fikir dan harus wajib bersabar dengan anak-anak yang tak ada dosa. Kita orang tua, layan anak-anak seperti kita juga tak ada dosa. Barulah mudah rezeki nak masuk. Ini kita tak habis marahkan budak, budak nak tanya, kita marah cakap dia tak hormat orang tua.”

Sungguhlahkan kawan-kawan, Dia budak, dia tak tahu apa. Dia hanya nak tanya emak ayah dia. Jawab baik-baik, cakap dengan rasa hormat kepada anak, supaya anak faham yang menghormati itu dipelajari dari emak atau ayahnya sendiri.

Kita ini tahu menjaga hati kawan, hati orang itu orang ini, anak sendiri kita tak mahu jaga hatinya. Kita suruh dia ketepi, jangan ganggu itu, tak usah menyampuk ini. Sedangkan dia budak yang tak tahu apa, yang kita masih boleh peluk bila-bila masa dan boleh juga kita ajar dia erti berbahasa apabila kita juga berbudi elok menyambut soalan dan pertanyaan dia.

Haih, patutlah rezeki mereka ini sering berganda. Banyaknya hal yang mereka jaga. Hebat. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Belajar lagi.

Sumber : IG Datin Shahida & FB Khairul Hakimin Muhamad

Biodata Dato Aliff Syukri

Dato’ Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman, SSAP, DIMP (lahir 3 April 1987) merupakan salah seorang anak kepada pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita binti Ibrahim. Beliau mula terlibat dalam dunia perniagaan sejak berumur tujuh tahun sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang pada 3 April 1987. Pada mulanya, beliau telah berpindah dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sg. Besar, Selangor. Kemudian, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Telok Gadong, Klang. Selepas itu, beliau telah belajar di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan bagi mendalami ilmu agama.

Selepas tamat pengajian di sekolah pondok, beliau telah menyambung pelajaran di Sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taylor College. Beliau telah berkahwin pada umur 20 tahun bersama rakan sekerjanya, Datin Nur Shahida binti Mohd Rashid yang berusia 22 tahun pada ketika itu.

Kerjaya perniagaan

Penglibatan beliau dalam dunia perniagaan bermula sejak kecil lagi. Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan, akhirnya berjaya membina perniagaan yang dikenali ramai. Berasal dari keluarga yang sederhana membuatkan beliau menghargai setiap sen yang diperolehi. Beliau mula berniaga sejak berusia tujuh tahun lagi sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor.

Semangat untuk berniaga bermula dengan impian beliau untuk hidup senang setelah melihat rakan sekolahnya membawa wang saku sebanyak 50 sen dan beliau hanya ada 20 sen. Semangat dan kecekalan untuk memperolehi duit saku bermula dengan menjual jeruk mempelam dan jambu sejak disekolah lagi. Kesungguhan beliau jelas dilihat apabila beliau sendiri memanjat pokok mempelam dan pokok jambu bagi mendapatkan buah untuk dijadikan jeruk.

Jika budak lain pergi ke sekolah hanya membawa satu beg sekolah untuk mengisi buku, namun untuk beliau, pasti akan ada satu lagi beg tambahan yang dimuatkan dengan jeruk untuk dijual pada harga antara 10 hingga 20 sen. Perniagaan kecil-kecilan itu dilihat sangat berkesan lantas memberi keyakinan kepada beliau untuk melakukannya hingga ke peringkat sekolah menengah dengan menjual pelbagai jenis kerongsang dan juga tudung serta barangan kosmetik.

Setelah tamat zaman persekolahan, beliau mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah ke rumah menjual jamu dan pelbagai jenis produk kecantikan jenama terkenal. Bukan itu sahaja, pada waktu tengah hari pula, beliau akan mengetuk pintu pejabat untuk menjual. Walaupun ada kalanya terasa segan kerana pelanggannya tidak mahu mendengar penjelasan yang diberikan, ianya menjadi titik permulaan untuk beliau terus serius dalam berniaga.

Baginya, malu itu perkara kedua. Prinsipnya mudah, ‘bukan kerana modal kita berjaya, tetapi usaha dan kesungguhan paling penting’. Selepas berhempas pulas berniaga dari rumah ke rumah, bermodalkan wang simpanan yang dikumpul, beliau mula menyewa sebuah kiosk di pusat beli-belah di Subang Jaya, Selangor. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Media Hiburan via Metrodaily

Video Dato Aliff Syukri kata kolam ikan sedalam 12 kaki tapi jadi kantoi sampai Dato Seri Vida gelak besar.

Beberapa hari lalu usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa terkilan apabila lebih 500 ekor ikan kelah yang diternaknya tidak bernyawa. Aliff turut mendedahkan dia mengalami kerugian lebih RM300,000 susulan kejadian yang berlaku di kediaman mewahnya itu.

Insiden yang berlaku kepada Aliff itu menarik perhatian pengasas produk kosmetik Qu Puteh, Datuk Seri Vida untuk berkongsi tips penjagaan ikan kelah di kolam rumahnya sendiri. Lalu media sosial kecoh apabila dua rakan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datuk Seri Vida yang saling berbalas video, memperjelas mengenai tip atau cara membela ikan dalam skala yang besar dalam sesebuah kolam.

Ksahnya bermula apabila ratusan ikan dari spesis Kelah Emas peliharaan Aliff tidak bernyawa kerana dikatakan kekurangan oksigen. Lalu, penyanyi I Am Me itu ada berkongsi video ‘mengajar’ Aliff mengenai cara-cara memelihara ikan komersial dengan betul.

Namun berlaku ‘sesi berbalas’ sindiran di antara mereka berdua sehinggalah pada awal semalam, Datuk Vida ada berkongsi sepotong video pendek hasilan sunting dari pengguna media sosial lain yang membayangkan Aliff ‘kantoi’ mengenai tahap kedalaman kolam ikan di kediamannya.


Aliff sebelum ini mengatakan, kolam ikan yang dibinanya sedalam 12 kaki dan diakui sendiri salah seorang pekerjanya yang berasal dari negara lain. Bagaimanapun, semuanya seperti kantoi apabila video yang dikongsikan itu turut memaparkan dua keping foto anak Aliff Syukri yang sedang bermain di kolam ternakan yang sedang dibina serta kelihatan cetek dan bukan 12 kaki seperti yang dimasudkan oleh usahawan itu.

“Saya pun tak tahu, nak bagi kredit kat yang buat editing video nk atau nak gelak,” tulisnya ringkas.Serentak dengan perkongsian dari Datuk Vida, ruangan komen pada entri berkenaan sudah pun mencecah lebih 2,000 komen yang rata-ratanya terhibur dengan hasil ‘siasatan’ yang dibuat warganet.

Malah, gaya ketawa Datuk Vida pada hujung video juga dilihat cukup lucu. Rata-rata warganet jugak tidak terlepas untuk memberi komen, antara komen warganet:

choctopbychedora Sapa la yg rajin sangat edit ni.. hangnazirul Hahaha. Kantoi dia punya 12 kaki tuh. Jgn main mainnnn. Warganet kalau korek data mmg ketahuan lah.. natashamaria_khan Ko’o ngilo tgk hok ni.. tarmizie_official Orang koma pun boleh sedar dengar gelak DSV

rabiatul_aliah Sumpah yg ni lawakkkk aku ulang byk kali.. aqilzulkiflee Kita sokong dsv.. aqilnasrullah 12 kaki maksud dato alif 12 inch.. _snuryanisa Asal nya dato vida cuma bg nasihat n pendapat kat dato alif.. Tp dato alif yg salah faham n xleh trima tguran. So jd besar. N skrng jd bukti. Kelakar lah vid ni

sumber : Instagram Datuk Seri Vida

Author: pyka