Diceraikan oleh suami sebab janda. Baru kenal sebulan, suami jandakan isteri demi janda pilihan

Lagi kes suami dirembat janda. Kali ini seorang wanita meluahkan rasa amarahnya di Facebook di mana suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan janda yang baru dikenalinya sebulan lebih. Menurut Puan Mira, dia sudah cuba mempertahankan rumah tangganya,

namun Allah tidak mengizinkan dan dia akhirnya diceraikan. Apa yang menyedihkan, perkara itu juga membuatkan dia keguguran. MINTA MAAF ye, mana yang bersuami tu harap jaga suami masing-masing dengan molek. Jangan sampai kena ambil

dengan betina janda yang macam takda maruah ! Dah sebulan lebih rumah tangga aku kucar-kacir disebabkan betina ini. Akhirnya tak ada kesudahan. Aku diceraikan oleh suami aku disebabkan betina ini! Demi Allah aku takkan maafkan korang berdua sampai akhir nafas aku!

Dari aku mengandung, sampai aku kehilangan anak aku disebabkan bangsat dua ekor ini. Aku cuba nak pertahankan rumah tangga aku selagi boleh. Tapi Allah tak izinkan. Malam tadi aku tengah tidur dengan suami aku. Kau boleh call dan WhatsApp suami aku?!

Bila aku yang angkat, kau boleh tanya mana suami aku. Betina jenis apa kau ni? Takde perasaan malu nak tanya suami orang tengah buat apa!
Hati binatang! Bila suami aku tak angkat call, ko boleh WhatsApp aku pula tanya mana suami aku! Janda jenis terdesak! Kenal baru sebulan lebih, kononnya nak cari yang lebih baik. 

Aku ni isteri dari dah bertahun-tahun kenal pun tak mampu nak jaga betul-betul. Suami aku telah dibutakan dengan betina janda yang dia baru kenal.
Hari ini korang buat aku macam ni. Allah tak pernah tidur. Bumi ini bulat, sampai masa akan terkena dekat diri korang. Jangan sampai terhantuk baru nak bersujud.

Demi Allah aku haramkan korang hidup dalam keadaan bahagia di atas penderitaan aku selama ini. Mungkin yang terjadi ini ada hikmahnya. Berharap agar mangsa bersabar dan terima ketentuan dan takdir Allah. Semoga diberi perlindungan dah kebahagiaan pada masa akan datang. Doa yang baik-baik. Inshaallah.

Sumber: Puan Mira

Author: fafa