Dilarang minum air botol plastik di dalam kereta anda kerana sangat bahaya dan boleh mengundang penyakit.

Perhatian para wanita, air dalam botol plastik di dalam Kereta Anda, sangatlah berbahaya!!! Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami sakit payudara. Dia tampil di acara Ellen Show dan mengatakan perkara yang sama. Perkara ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama

pada penyakit payudara, terutamanya di Australia. Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam kereta. Hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang boleh menyebabkan penyakit payudara.

Jadi sila berhati-hati dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam kereta, dan share perkara ini untuk pengetahuan rakan-rakan anda. Maklumat seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. 

Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebaik mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca. Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau

anak perempuan mengetahui ini semua. Seperti yang kita sedia maklum, di dalam Islam ada menyatakan air terbahagi kepada 4 dan salah satunya ialah air musyammas iaitu air yang terdedah kepada matahari sememangnye tidak elok diminum kerana kebarangkalian boleh bertukar kepada racun.

TAHUKAH BARANG BERSEPAH DALAM KENDERAAN BOLEH MENGUNDANG BAHAYA?

Kita semua tentu selalu membawa barangan baik botol minuman, makanan, fail-fail pejabat dan sebagainya di dalam kereta. Itu tidak termasuk kotak tisu, kasut jogging, kasut tumit tinggi, bantal busuk anak-anak, barang hiasan atas papan pemuka dan macam-macam lagi. Jika anda menyangka benda-benda ini tidak merbahaya, maka anda kena fikir

banyak kali dan teruskan membaca. Barangan seperti disebutkan di atas memang kelihatan agak biasa di dapati dalam mana-mana kenderaan kecuali kereta lumba F1, jentera WRC dan kereta peronda polis. Ia bagaimanapun mengundang bahaya dan mungkin mengncam nyawa jika kita terlibat dalam kejadian tidak diingini di jalan raya.

Berdasarkan pengalaman sekumpulan peguam yang mewakili mangsa-mangsa kejadian jalan raya di Amerika Syarikat, barangan yang tidak diikat ataupun diletakkan dengan selamat di dalam kenderaan adalah menjadi salah satu punca utama terjadinya kejadian yang tidak diingini di jalan raya.

Jika anda membawa apa sahaja barangan khususnya di bahagian dalam kabin kenderaan, pastikan ia diikat dengan kemas dan teratur di tempat yang sepatutnya. Jika ada satu atau lebih barangan yang terletak dengan tidak diikat ataupun dibiarkan begitu sahaja, ia boleh menjadi seperti sebiji perlurru yang bergerak laju akibat daya hentman sewaktu perlggaran.

Tempat paling bahaya untuk meletakkan barang-barang ialah di bawah tempat duduk pemandu. Sewaktu brek yang kuat dikenakan ataupun mengambil selekoh, objek-objek seperti botol minuman boleh bergolek dan mengurangkan/menghilangkan keupayaan anda mengawal pedal-pedal penting.

Ia mungkin tersangkut di bawah pedal minyak ataupun pedal brek dan menyebabkan anda hilang kawalan. Bukan itu sahaja, karpet pelapik kaki yang bergerak ke hadapan sewaktu anda masuk dan keluar juga boleh menjadi punca masalah dan mungkin membahayakan nyawa.

Selain daripada itu, objek-objek yang diletakkan pada bahagian papan pemuka juga tidak kurang bahayanya dalam perlnggaran. Barangan seperti kotak simpanan DVD, duit syiling, telefon pintar, model kereta mainan Myvi warna kuning dan pewangi kenderaan juga mungkin meluncur ke kiri kanan jika anda membelok dengan pantas.

Apa salahnya jika kesemua barangan tersebut diletakkan di dalam glove box. Anda juga boleh memilih untuk menggunakan pewangi jenis clip-on yang lebih selamat. Lagi satu adalah tidak bijak jika kita meletakkan tin minuman di bahagian celah peha (pemandu lelaki biasanya), buatnya tumpah masa tengah memandu mesti perhatian kita akan terganggu.

Itu belum termasuk jenis yang suka membuat jamuan dalam kereta sambil membiarkan sisa makan bersepah sampai serangga seperti lipas pun boleh membiak dalam kereta. Bayangkan ada lipas menari raver atas roda stereng sewaktu tengah memandu, mau terkeluar suara serak-serak VTEC kau menjerit masa tu.

PEMANDU PEREMPUAN

Golongan wanita pula biasanya meletakkan beg tangan di atas tempat duduk sebelah sewaktu memandu untuk kemudahan mencapai dompet untuk membayar tol, lipstick untuk touch-up sewaktu jem dan telefon pintar untuk berselfie masa tengah tunggu lampu merah. Semua ini boleh mengganggu tumpuan ketika memandu dan sepatutnya dielakkan.

Sebuah kereta sepatutnya sentiasa dalam keadaan kemas dengan segala benda ataupun objek sepatutnya berada pada tempat yang sesuai. Botol minuman, bola tenis dan pelbagai objek lain di bawah tempat duduk mempunyai kebarangkalian untuk menyekat pergerakan pedal kawalan dan boleh membawa kepada terjadinya kejadian yang tidak diingini.

Objek besar di tempat duduk belakang juga mungkin menghentam pemandu sewaktu terjadinya kejadian dan membawa padah. Malah dalam kejadian kecil sekalipun, kebarangkalian objek kecil melantun dan berterbangan dalam kenderaan adalah amat tinggi.

Sebaiknya barangan besar diletakkan dengan kemas dan diikat agar tidak mudah meluncur di dalam kenderaan. Meletakkan barangan pada tempat yang sepatutnya akan mengurangan risiko masalah yang sepatutnya boleh dielakkan sewaktu terjadinya kejadian. Jadi bertindaklah dengan bijak untuk keselamatan bersama.

Author: fafa