Dugaan hari ke 2 ramadhan Aliff Syukri mohon pada semua doakan kembar dalam kandungan isteri selamat.

Jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memohon sahabat Instagram (IG) dan Facebook (FB) mendoakan kandungan kembar isterinya selamat. Aliff yang berkongsi rasa bimbang menerusi sebuah video terbaharunya di IG turut bertanya cara untuk menyelamatkan bayi daripada keguguran.

Menurut Aliff, beliau sengaja merahsiakan keadaan isterinya yang sedang berbadan dua kerana mahu membuat kejutan kepada semua. Beliau juga tidak menyangka isteri, Datin Seri Nur Shahida, mengalami pengaliran cairan merah yang serius yang mungkin disebabkan oleh tekanan.

“Tolong doakan kandungan isteri selamat, dugaan 2 Ramadan. Saya sengaja nak rahsiakan Isteri saya tengah ‘pregnant’ sebab nak buat surprise kat semua. “Tapi dugaan mungkin ‘stress’ dengan keadaan semasa baru-baru ini di mana banyak pihak membesar-besarkan isu…

Dan mungkin sebab tu berlaku pengaliran cairan merah yang agak banyak dan mungkin mengalami keguguran,” tulisnya. Lebih mengejutkan, apabila doctor memberitahu bayi dalam kandungan Nur Shahida merupakan pasangan kembar.

“Bila scan pula doktor bagitahu ‘baby’ kembar. Ya Allah sayangnya…Ada caranya tak nak selamatkan ‘baby’dari gugur? “Mudahan kedua-dua anak saya dalam kandungan selamat. Doakan ya semua sahabat IG dan FB. Doa kalian amat saya hargai,” kongsinya.

Aliff yang mengahwini Shahida pada Ogos 2007 telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6. Beliau juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia dua tahun.

Dua NGO lapor polis perilaku Aliff Syukri

TUJUAN dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Love Yourself Association (LYSA) dan Gerakan Alpha Legacy Enterprise (GALE) membuat laporan polis berhubung video dimuat naik jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri di Instagram yang memaparkan anak perempuannya menangis

kesakitan selepas dirotan adalah mahu memberi kesedaran kepada umum bahawa tindakan dilakukan usahawan itu satu penghinaan umum dan penyiksaan siber. Pengerusi GALE, Nur Aminatul Mardiah Md Nor berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang isu dengan Aliff secara peribadi dan tidak

pernah mengikuti personaliti itu di mana-mana laman sosial. “Tanpa disedari video yang dimuat naik itu menyebabkan terjadinya penghinaan umum yang dilakukan ibu bapa sendiri. Sudah tentu perkara ini memberi impak kepada kanak-kanak terbabit terutama membabitkan penyiksaan

dari sudut emosi. Ia sangat tidak sihat untuk perkembangan kanak-kanak. “Bayangkan disebabkan video terbabit, bagaimana kanak-kanak itu hendak berdepan dengan umum terutama rakan di sekolah, guru dan masyarakat sekeliling. Apabila ada yang mempersenda dan bertanya,

ia secara tidak langsung memberikan tekanan kepada kanak-kanak itu,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. Terdahulu, dalam video berdurasi 57 saat yang dimuat naik Aliff di Instagram pada 24 April lalu memaparkan ahli perniagaan itu sedang menyapu krim di belakang

badan anaknya itu selepas dia dirotan kerana membuka tudung di depan lelaki tidak dikenali. Dalam video berkenaan, Aliff turut meminta maaf kepada anaknya itu, manakala kanak-kanak itu menangis kesakitan. Sehingga hari ini, video terbabit mencatat lebih satu juta tontonan dan

lebih 4,000 komen selain menjadi tular. Nur Aminatul berkata, apabila video itu menjadi tular, pada pandangan mereka perkara itu menjadi serius dan perlu dikekang. Menurutnya, dia turut kecewa apabila isteri Aliff mendakwa anaknya menangis kerana terharu dengan sikap belas ihsan

Aliff dan bukannya sakit akibat dipukul. Sementara itu, Nur Aminatul turut mempertikaikan satu lagi video dimuat naik Aliff membabitkan seorang lagi anaknya bernama Baim yang dimarah kerana memecahkan barang perhiasan rumah.

“Dia mendesak dan mengatakan Baim bukan anaknya. Baim turut ditolak dan didesak akan dipukul dengan getah paip. Malah, turut dimarah dan akan dilempang dan disepak dengan kasut. “Bayangkan anak yang sedang merayu menangis itu dirakam dan kemudian dimuat naik ke laman sosial.

Apa yang dilakukan Aliff kepada anaknya itu sebenarnya satu bentuk siksaan fizikal, emosi dan mental,” katanya. Katanya, apa yang membimbangkan mereka ialah apabila sebahagian besar daripada 3.1 juta pengikut Aliff di Instagram menyokong apa yang dilakukan terhadap anaknya itu.

“Mungkin ramai tidak memandang serius perkara ini, tetapi sebenarnya masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak pada 2016 meningkat dari 1 nisbah 5. “Mengikut perangkaan, masalah mental akan menjadi penyakit kedua paling tinggi dihidapi masyarakat pada 2020,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada 25 April lalu.

Dalam pada itu, Nur Aminatul berkata, pihaknya turut kecewa apabila tiada sebarang tindakan diambil selain siasatan mendapati tiada berlaku sebarang siksaan fizikal. “Bagaimana dengan siksaan mental? Kami kecewa kerana perkara seperti itu keputusannya tidak diperoleh dalam tempoh singkat,” katanya.

Sumber : Hmetro

Author: fafa