Fatin Afeefa dedahkan punca penceraian nya adalah disebabkan pengaruh negatif kawan2

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fatin Afeefa, mengakui salah memilih kawan antara faktor yang mendorong kepada perceraiannya bersama bekas suami, Adam Shahz, sejak 30 Mei lalu. Fatin berkata, usia mudanya juga membuatkan beliau mudah terpengaruh dengan kata-kata rakan,

yang menyumbang kepada keretakan rumah tangganya bersama Adam, yang juga seorang pelakon. “Perceraian ini mengajar saya supaya berhati-hati memilih kawan bagi memastikan diri tidak terpengaruh dengan perkara negatif. Selain itu, kita juga tidak tahu agenda di sebalik keikhlasan

mereka berkawan dengan kita. “Selepas bercerai pula, saya tidak perlu bersusah payah menjauhkan diri daripada mereka kerana masing-masing terlebih dulu berbuat demikian terhadap saya. Mereka secara tidak langsung turut mendorong saya untuk membuat keputusan itu (berpisah).

“Saya tidak mempunyai ramai kawan, jadi apabila tersebarnya perkara tidak enak mengenai perihal rumah tangga, pasti saya sudah dapat menghidu dari mana punca cerita itu keluar, jika anda berada di tempat saya anda juga pasti akan merasakan hal yang sama” katanya kepada BH Online.

Fatin, 22, berkata biarpun timbul pelbagai spekulasi mengenai rumah tangganya sebelum ini, beliau memilih untuk mendiamkan diri kerana tidak mahu tertekan dengan perkara itu. “Pelbagai persepsi diberikan orang ramai terhadap saya kerana sering memuat naik gambar

‘selfie’ dan sebagainya. Namun, mereka tidak tahu perkara sebenar. Apa yang pasti, tidak timbul istilah orang ketiga dalam hal ini. “Saya memohon maaf apabila terpaksa berdolak-dalik mengenai status perceraian kami kerana tidak mahu tertekan.

Malah, saya sendiri menitiskan air mata ketika memfailkan perceraian,” kata Fatin. Adam mendirikan rumah tangga dengan Fatin atau nama penuhnya Fatin Nur Afifah Shamsudin pada 21 Disember 2013. Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Adam Aisy Arrian, 4, dan Ivy Herra Sophia, 2.

Sumber: BH Online

Tuhan Nak Tarik Nikmat Cantik Bila Bila Masa Je, Tak Usah Riak

Baru-baru ini, pelakon Fatin Afeefa telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Twitter miliknya. Pelakon berusia 25 tahun ini telah berkongsi gambar ketika dia mengalami masalah kulit yang teruk di wajahnya. “Jangan brag lah if you have great skin. U will experience terrible breakout one day. I never had a single zits.

Dari kecik sampai i 23. And i berlagak gila. Lepastu boom. Breakout whole face”tulisnya. Kongsi Fatin, dia dahulu bersikap riak kerana memiliki kulit wajah yang cantik dan mulus namun ada suatu ketika dia mengalami masalah kulit yang teruk di wajahnya.

Dalam pada itu, Fatin turut menasihati kepada peminatnya untuk tidak bersikap riak jika memiliki kulit wajah yang cantik dan mulus. “Kesimpulannya, janganlah anda riak. Tuhan nak tarik nikmat cantik tu bila bila masa je boleh”tulisnya. Ada betulnya juga kata-kata yang telah dikongsi Fatin, semoga perkongsian Fatin dapat dijadikan pengajaran kepada semua.

Foto : Twitter Fatin Afeefa Sumber : Media Hiburan

Walau Dah Ada Anak, Fatin Afeefa Dipuji Kekal Ramping

Wow, macam kerengga! Kelu dibuatnya bila dapat tahu pelakon cantik, Fatin Afeefa miliki ukuran pinggang sekecil 24 inci. Dah macam ukuran pinggang anak d4ra sedangkan dia sebenarnya dah bergelar seorang ibu. Afeefa yang mula dikenali ketika membintangi filem kanak-kanak popular, Tentang Bulan ini berusia 24 tahun dan merupakan ibu kepada dua orang anak. Anak sulung lelakinya iaitu Adam Aisy Arrian kini berusia 7 tahun. Manakala anak perempuan Ivy Herra Sophia berumur 4 tahun.

Kalau tengok susuk tubuh langsing Afeefa ni, mesti tak percaya statusnya yang sudah beranak dua. Mungkin ramai berpendapat usia Afeefa yang masih muda membuatkan ibu ini mudah memiliki bentuk tubuh menawan dan cantik.

Hakikatnya, tanpa usaha dan gaya hidup sihat pasti yang muda pun terdedah kepada obesiti dan masalah berat badan. Terbuka berkongsi amalan yang dipraktikkan untuk mendapat ukuran pinggang ideal, ini jawapan Afeefa yang ditulis di laman Instagram miliknya.

“I finally hit 24 inch waist today. Baby pooch is still there but I am working on it. Fa punya routine everyday is lots of oblique and abs workout. Planking too! And of course pakai S3xy Curve 8 jam sehari. Mostly time tidur.”

Jadi lepas ni, sesiapa yang berniat untuk kembali ramping lepas bersalin… bolehlah tiru petua cantik Afeefa. Yang penting, kena rajin bersenam dan jaga pemakanan. Barulah minda dan fizikal tenang! Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 

Sumber : Instagram Fatin Afeefa via MediaOhsem

Author: fafa