Gadis 23 tahun ini tersenarai sebagai atlet tercantik

Bila kita bersukan atau bersenam, jantung kita berdegup lebih pantas dan mengepam lebih banyak dari biasa. Kebanyakan daripada aliran tambahan itu pergi ke organ paling penting iaitu otak, dan wajah kita mencerminkan deruan ke atas itu dengan warna kemerahan. Dan kemekaran itu bertahan lama walaupun dah lama habis bersenam.

Senaman atau bersukan juga mengurangkan tekanan, yang menurunkan kortisol – hormon yang memuncak bila kamu rasa lesu dan terlalu penat. Bila tahap kortisol terlalu tinggi ia boleh membawa kepada penghasilan minyak berlebihan serta penurunan kolagen. Kawal ia dengan senaman/bersukan bermakna kuranglah jerawat, liang pori lebih halus dan kulit lebih anjal.

Nama Tatyana Demyanova baru-baru ini menjadi sebutan ramai kerana dikatakan beliau sebagai atlet paling cantik di dunia. Survey yang dijalankan menerusi beberapa portal ternama dunia seperti Express Sport dan Daily Star sepakat menyatakan bahawa atlet dari Khazakhstan ini adalah atlet paling cantik di dunia.

Tatyana mula bergiat aktif dalam arena sukan bola tampar sejak dari usia 9 tahun. Beliau juga telah mendapat medal pertamanya sejak dari usia 11 tahun lagi. Mempunyai ketinggian 180 sentimeter, gadis berusia 23 tahun ini kini mewakili negara Kazakhstan dalam acara sukan bola tampar. Bersukan atau bersenam dapat mencantikkan bentuk tetapi ia juga boleh menunjukkan immediate slimming.

“Ia membantu alirkan lebihan cecair jadi kamu tak kelihatan kembang,”(kehilangan terlalu banyak air boleh menyebabkan penyahhidratan. Syaratnya kamu perlu minum 8 oz air setiap 30 minit kamu bersenam.) Kajian menunjukkan senaman/bersukan dapat meningkatkan tenaga sel kulit, menambah metabolism sel dan penghasilan kolagen, hasilnya, kulit yang lebih gebu, anjal dan kurang bergaris.

Artikel lain : Keanggunan penjual sayur menawan hati warganet

NEPAL: Penjual teh kacak yang berjaya menggetarkan jiwa ramai gadis di luar sana kini mempunyai pesaing. Setelah beberapa minggu Arshad Khan, 18 tahun, menambat hati warga siber dengan ketampanan dan matanya yang berwarna biru kehijauan, kini seorang gadis Nepal yang menjual sayur-sayuran pula membuat ramai pengguna media sosial jadi tak keruan dek kecantikannya.

Gambar Kusum Shrestha, 18 tahun, dirakam semasa beliau sedang membawa berbakul-bakul tomato di sebuah pasar tempatan dan ia menjadi viral, lapor Daily Mail. Malah, salah seorang pengguna media sosial berkata si penjual teh dan si penjual sayur itu secocok sebagai pasangan. Kusum Shrestha dibesarkan dalam keluarga peladang di Bagling, Gorkha, sekitar 89 kilometer dari barat ibu kota, Kathmandu.

Beliau sedang menuntut dalam jurusan pengurusan dan membantu ibu bapanya semasa cuti sekolah apabila gambar-gambarnya dipetik di sebatang jambatan antara Gorkha dan Chitwan, lapor daily Mail. Remaja cantik itu memberitahu BBC Nepal, beliau mendapat tahu tentang gambar-gambarnya yang viral itu menerusi seorang rakan.

Beliau berkata: “Kawan saya bertanya sama ada saya orang yang sama seperti di dalam gambar-gambar yang menjadi viral di Facebook tetapi saya tidak menyedarinya. “Setelah kawan saya menghantarkan gambar-gambar tersebut, barulah saya sedar bahawa itu memang saya. Pada hari itu, saya datang ke pasar untuk menjual sayur, membantu ibu bapa saya.

Apabila saya dalam perjalanan ke sana, RupChandra (jurugambar) memetik gambar saya – tetapi pada waktu itu saya tidak tahu yang gambar saya dipetik.” Kusum Shrestha berkata beliau ghairah dengan publisiti yang diperolehinya dan tidak akan teragak-agak untuk mengikut jejak penjual teh dari Pakistan itu, untuk menjadi model, lapor Daily Mail.

Artikel lain : Tuah pembancuh ‘chai wala’ di Pakistan

ISLAMABAD 20 Okt. – Kehidupan seorang pembancuh teh atau ‘chai wala’ di Pakistan berubah sepenuh­nya selepas wajah tampannya menjadi viral dalam internet baru-baru ini. BBC News melaporkan, segala­nya bermula apabila seorang jurugambar, Javeria Ali merakam aksi ‘chai wala’ bernama Arshad Khan itu sedang membancuh teh di Bazar Ahad Islamabad di sini.

Javeria kemudian memuat naik gambar pemuda berkumis tebal dengan sepasang mata yang menggoda dalam laman Twit­ter milik­nya dengan meletakkan perkataan #ChaiWala sebagai tren­ding dalam laman sosial tersebut. Beberapa hari kemudian , nasib Arshad mula berubah apabila dia menerima lamaran pertama untuk sesi penggambaran kerjaya baharunya sebagai seorang peragawan.

Lamaran itu diterima daripada pengendali laman sesawang membeli-belah secara dalam ta­lian berpusat di Islamabad, Fitin.pk yang berminat menjadikan pemuda itu sebagai model pakai­an lelaki mereka. Berikutan itu, ada status dalam laman sesawang dan laman Facebook syarikat itu yang bertulis: “Chai wala kini bukan lagi chai wala. Sebaliknya, dia telah menjadi fashion wala (pelaris fesyen).”

Dalam satu temu bual dengan sebuah stesen televisyen tempatan, Arshad memberitahu, dia dan keluarganya telah menetap di Islamabad sejak 25 tahun lalu dan hanya mengendalikannya warung teh itu sejak beberapa bulan lepas. Sementara itu, Javeria yang ber­tanggungjawab melonjakkan po­pulariti Arshad tidak menduga pemuda itu akan menerima begitu banyak perhatian khususnya dalam kalangan pengguna internet. “Saya sendiri terkejut apabila dia (Arshad) menjadi begitu popular kerana bagi saya, gambar yang dimuat naik itu hanya gambar kasual yang biasa-biasa sahaja,” tambah beliau.

Author: Iqbal