Gadis ini serik nak bercinta lagi. Pernah drive dari Kuala Lumpur sampai Kedah tapi akhirnya ditinggalkan.

“Kalau dah sayang, lautan api pun sanggup direnangi”. Kata-kata bidalan tersebut sememangnya sering menjadi lirik klise dalam lagu. Malahan, ia begitu sesuai menggambarkan kegigihan orang yang hangat bercinta tatkala mereka rela melakukan apa sahaja untuk buah hati masing-masing.

Setiap dari kita mungkin mempunyai kisah masing-masing apabila bercakap tentang topik ini. Namun bagi seorang gadis dengan akaun @Nuriyliamalek di Twitternya, dia menyimpan pengalaman yang agak pahit dalam percintaannya sebelum ini. Berhentilah paksa atau kenalkan Ilyia dengan sesiapa.

Atas dasar sayang, dahulu gadis ini sanggup mengharungi perjalanan jarak jauh untuk menemui buah hatinya. Namun begitu, segala pengorbanan tersebut seakan-akan tidak bermakna kerana jodohnya bersama lelaki itu berakhir begitu sahaja. Rentetan daripada kejadian menyedihkan itu,

dia enggan lagi mengenali mana-mana lelaki dan memilih untuk fokus terhadap kerjayanya sebagai businesswoman sekarang. ”Teringat dulu drive kl-kedah at least sebulan sekali. Tapi still kena tinggal. Mungkin sebab tu tak rasa nak kenal sesiapa sekali. Tapi still kena tinggal. Mungkin sebab tu rasa tak nak kenal sesiapa untuk masa sekarang.

Iylia kalau dah sayang, johor perlis pun aku sanggup drive. Leuls. Sorry kalau rasa annoying, tapi Iylia cuma rasa ‘noobnya aku dulu’ ha gituu. So stop lah paksa Iylia or kenalkan Iylia dengan sesiapa. Iylia dah penat dan nak focus bisnes je sekarang.” luahnya. Bukan itu sahaja, gadis ini juga mengakui kesedihan yang dialami apabila ditinggal oleh insan tercinta memang bukan kepalang.

Tidak ketinggalan, ibu gadis ini juga berdoa kepada Allah agar anaknya dapat membuka hati semula untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya kelak. Namun bagi Iylia, dia seolah-olah serik dan masih enggan memikirkan perkara tersebut. ”Just imagine betapa ‘broken’nya seorang IyliaMalek dulu.

Haha. Yang paksa Iylia kenal orang dan cakap Iylia memilih tu boleh diam, sebab korang tak berada dekat tempat Iylia. Masa dekat Mekah, nangis bila dengar ibu doa supaya Iylia buka hati untuk kenal lelaki. Iylia akan usaha untuk bagi ibu apa yang ibu nak, tapi bukan menantu lagi buat masa sekarang.

Iylia tak ready nak kenal orang. Sekian tweet sebelum tidur untuk malam ini.” Semoga gadis ini diberi kekuatan dan dipertemukan jodoh yang baik pada masa akan datang. Aamiin. Apa kata anda? Dah baca, jangan lupa komen, like dan share. Terima kasih.

Sumber : Twitter Nuriyliamalek

Artikel lain. 17 Nota Penting Untuk Melepaskan Masa Silam Dan Move On

Terima apa yang ada, lepaskan apa yang telah pergi, dan yakinlah dengan perjalanan hidup yang Allah telah aturkan.. Pasti ada perkara dalam hidup kita yang akan menemui titik noktah yang tidak dapat dielakkan lagi. Perpisahan, kehilangan dan kekecewaan selalunya akan membuatkan kita terduduk. Membuatkan kita terasa sukar kembali memberi kepercayaan.

Cukuplah sekali hati kita pernah hancur. Oleh itu, tutuplah kisah lama dan buka halaman baru. Apa yang penting adalah untuk membina kekuatan melepaskan masa silam yang bukan lagi menjadi sebahagian daripada hidup anda. Ia berkenaan bagaimana kita menerima hakikat; apa yang terjadi memang diluar kawalan kita.

Saya tahu, move on dan melepaskan masa silam bukanlah satu perkara mudah. I’ve been there. Sekali hati kita sudah terguris, parutnya akan membekas selama-lamanya. Menyembuhkan luka itu, adalah satu perjalanan yang amat panjang dan penuh dengan air mata.

Tapi percayalah, setiap kepayahan dan keperitan yang anda lalui sekarang, Allah telah aturkan hikmah dihujungnya. Jika anda terus tabah dan cekalkan hati untuk terus bertahan dalam perjalanan ini, maka perjalanan yang sukar tapi indah ini akan mengajarkan anda perkara-perkara ini:

1. Hidup tetap berjalan. Walaupun anda pilih untuk kekal dengan kisah silam. Jadi mengapa kita pilih untuk perkara yang merugikan? Perubahan yang paling hebat berlaku dalam hidup anda adalah apabila anda membuat keputusan untuk mengambil alih perkara yang anda boleh kawal, bukannya terhadap perkara yang anda tiada kuasa keatasnya. Ada perkara yang ada dalam genggaman. Ada perkara yang tak dapat kita capai. reda, Tuhan tahu apa yang lebih baik.

2. Ada sebab untuk kita terus bersyukur. Hidup kita kita tidak selalunya mudah, tapi pasti anda sebab untuk kita selalu bersyukur. Dan anugerah terbesar dalam hidup adalah; semakin kita bersyukur, semakin kita akan nampak hikmah terhadap setiap perkara yang terjadi.

Dia telah aturkan perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang. Percaya saja. Tuhan menggenggam semua doa. Lalu dilepaskanNya satu persatu di saat yang paling tepat. Sabar. Allah takkan biarkan hambaNya berduka selamanya.

3. Ujian dan kesakitan akan membentuk kematangan kita. Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan. selalunya, halangan terbesar dalam kematangan hidup yang perlu anda atasi adalah fikiran anda sendiri. Sebaik sahaja anda boleh mengatasi itu, anda boleh mengatasi

apa-apa sahaja yang mendatang. Belajarlah menjadi bijak. Cukup bijak mengelakkan diri daripada semua bisikan-bisikan di sekeliling anda. Beri tumpuan kepada apa yang penting. Mulakan untuk membuat perkara yang betul dari awal. Mintalah panduan daripada Allah.

4. Bagaimana untuk melepaskan masa silam dengan senang? Tidak semudah yang disangka. Sebab, kadang-kadang……perkara yang nampak kecil inilah yang mengambil ruang paling besar dalam hati kita. Rahsia untuk move on dengan senang dan tenang adalah dengan memfokuskan segala tenaga anda bukan untuk membaiki dan memadam perkara lalu, tetapi membina dan hidup dengan perkara baru. Jangan lagi merungut, jangan lagi cuba untuk mencantum kembali serpih-serpih harapan yang telah hancur itu.

5. Hanya anda boleh mengawal diri anda. Melepaskan masa lalu tidak bermakna anda telah tidak lagi peduli tentang orang lain, tetapi ia cuma anda telah sedar bahawa satu-satunya perkara yang anda boleh kawal sekarang ini adalah diri anda sendiri. Being positive doesn’t mean you choose to ignore life’s problems. It means you trust the Almighty will find a way out if you do your best.

6. Apa perkara yang perlu kita tinggalkan. Dalam kebanyakkan masa, kita tidak boleh menenangkan ribut yang melanda – tidak berbaloi untuk mencubanya. Apa yang kita boleh buat adalah menenangkan diri kita sendiri, dan ribut itu akan berlalu pergi. Ia bukan bermakna kita lari dari masalah,

tetapi membawa diri melihat setiap masalah itu dari sudut yang berbeza. Apabila kita semakin meningkat usia dan lebih matang, kita mula sedar apa yang kita perlukan dan apa yang perlu kita tinggalkan. Kadang-kadangkala melangkah keluar dari sesuatu perkara adalah satu langkah ke hadapan.

7. Bagaimana kita menghadapi sesuatu perkara? Anda sentiasa boleh mengawal cara anda bertindakbalas terhadap setiap perkara yang berlaku. Dan bagaimana anda bertindak dengan tenang dan matang, itu adalah kekuatan anda yang sebenarnya. Sentiasa berfikir dengan teliti sebelum membuat keputusan. Jangan bertindak terburu-buru. Sering kali kita memutuskan perkara apabila kita sedang marah atau tertekan. tidak. Bersabar.

8. Macam mana untuk faham ibrah sesuatu perkara? Akan tiba suatu masa dimana anda mula ‘memahami’ sesuatu perkara, dimana pada saat itu anda telah berhenti untuk mempersoalkan setiap perkara yang terjadi. Pada saat itu, anda akan menemui kembali ketenangan yang dicari apabila anda benar-benar telah melepaskan semuanya pergi.

Takdir kadangkala tidak memerlukan kita untuk faham. Kita cuma perlu untuk menerima. Giving up and moving on are two very different things. 9. Kita mesti melepaskan perkara yang tidak pasti. Bersedialah menempuhi hidup dengan hati yang terbuka, ia lebih mudah berbanding kita selalu menentangnya. Cabaran terhebat adalah untuk menerima diri

dan kehidupan kita sendiri seadaanya, tetapi jangan pernah berhenti belajar untuk mengembangkan kesemua kebolehan kita. Mohonlah perlindungan daripada Allah agar dipermudahkan hidup. Growth and change may be painful sometimes, but nothing in life is as painful as staying stuck where you don’t belong. So, accept the change and be happy with it.

Tidak Selamanya Kita Akan Tenggelam Dalam Kesedihan dan kekecewaan.. Jujur, jika anda memilih untuk move on, anda harus bersedia menahan kesakitan yang mendadak untuk membuka jalan kepada lembaran baru dalam hidup anda. Tetapi jika anda memilih untuk terus tinggal dalam kisah lama,

kesakitan itu pasti semakin lama semakin bertambah sehingga merosakkan jiwa anda, seperti kanser.. Sehinggalah pada satu hari nanti anda tersedar bahawa perkara inilah yang membunuh anda selama ini. Namun semuanya sudah terlambat. The longer we regret, frustrated, and grieving, the more weight we carry in our hearts. Life is more than that. live your life.

Sumber: Akuislam

Author: pyka