Angkara hembusan dari buruh asing, gadis jurutera jadi angau. Duit dikikis. Tapi bila sebut satu perkataan ini baru dia sedar.

Dalam masyarakat kita, ilmu kebatinan yang melibatkan ilmu pengasih, yang juga dikenali sebagai ilmu guna-guna sering dikaitkan dengan amalan sihir. Banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk tujuan ini, di antaranya dengan menggunakan minyak, yang dikenali sebagai minyak guna-guna, ataupun dengan pemujaan berserta bahan-bahan tertentu yang melibatkan jin-jin.

Ilmu pengasih jenis ini diamalkan mungkin untuk menguasai seseorang, untuk memenangi undi dan sebagainya. Pada kebiasaannya setiap perkataan yang lahir daripada mulut pengamal akan menimbulkan rasa kasihan, kagum dan hormat di kalangan pendengarnya. Termasuk dalam kategori ilmu pengasih ialah amalan yang dilakukan oleh isteri terhadap suami, agar tunduk kasih kepadanya.

‘Hembusan’ dipercayai jampi serpah oleh seorang pekerja tapak pembinaan telah menyebabkan seorang wanita angau dan bersikap pelik. Gambar Sekadar Hiasan. MUNGKIN sukar untuk dipercayai namun perbuatan sihir ini bukan sahaja dilakukan dengan berjumpa bomoh atau membaca mentera tetapi menerusi pelbagai teknik termasuk hembusan atau jampi.

Ada pelbagai jenis sihir dilakukan bagi tujuan tertentu namun perbuatan tersebut adalah dilarang dalam agama Islam. Antara sihir yang terkenal seperti pelaris. Ia dilakukan oleh peniaga yang mahu perniagaan mereka mendapat sambutan. Selain itu sihir penunduk bertujuan membolehkan orang yang ditemui atau ketua di pejabat mendengar kata.

Tidak ketinggalan dan popular ialah sihir pengasih juga adalah untuk memikat seseorang atas pelbagai tujuan sama ada untuk balas dendam, menggoda, menjadikan teman hidup atau sekadar suka-suka. Sebut mengenai sihir pengasih ini, pengalaman itu turut terjadi kepada seorang jurutera tapak pembinaan.

Ia bermula apabila Azie sering melawat ke tapak pembinaan yang mana ramai pekerja di tapak itu ialah dari negara luar. Sehinggalah dia perasan ada individu sering memerhatikannya gerak-gerinya setiap kali membuat tinjauan di kawasan pembinaan itu. Rakan Azie sanggup tidak makan demi menatap wajah teman lelakinya di tapak pembinaan. Gambar Sekadar Hiasan

“Akhirnya pada suatu hari tanpa diduga, pemuda berkenaan menghampiri saya, memperkenalkan diri lalu berbual-bual mesra.  Saya pun melayannya seperti  orang lain yang baru dikenali. Saya perasan dia sering kali menghembus sesuatu tapi saya tidak mengesyaki apa-apa,” kata Azie.

Beberapa hari selepas pertemuan itu, perasaan rindu dalam jiwa Azie semakin menebal. Dia teringatkan pekerja buruh itu setiap masa. Tahap rindu tidak dapat dibendung sehingga Azie menangis saban malam. Sakit benar jiwanya jika tidak menatap atau mendengar suara pekerja buruh binaan itu.

“Setiap kali balik rumah, saya asyik menangis tiap-tiap malam sebab terlalu rindu lelaki itu. Setiap malam juga saya akan berbual dengan lelaki itu menerusi telefon sampai kadang-kadang tidak tahu apa yang dibualkan,” ujarnya. Keadaan Azie semakin berubah kerana angaunya itu bukan kepalang, melebihi segala-galanya. Badan saya rasa sakit bagaikan menggendong sesuatu. Nak solat pun sukar membuatkan saya kerap meninggalkan perintah Allah itu.

AZIE seorang jurutera tapak pembinaan turut menimbulkan rasa pelik keluarga dan rakan-rakan apabila Azie berjalan terbongkok-bongkok bagaikan orang sakit seperti ada sesuatu yang dikendong. Dia juga tak macam dulu… sering tinggalkan solat selain berasa seperti ada orang memerhati.

“Badan saya rasa sakit bagaikan menggendong sesuatu. Nak solat pun sukar membuatkan saya kerap tinggalkan perintah Allah itu. Dia juga mengikis duit saya… bukan sikit tetapi dah banyak dia dapat daripada saya sehinggakan saya terasa bagaikan mahu ikut dia pulang ke negara asalnya. Mujurlah Allah itu ada bersama saya,” katanya.

Perubahan itu dapat dihidu oleh majikan sehingga Azie dipanggil kerana menggunakan telefon milik syarikat untuk membuat panggilan peribadi. Siasatan juga turut dilakukan sehinggalah majikan mendapat tahu cerita sebenar dan buruh itu dipecat. “Selepas lelaki itu berhenti sahaja, tiba-tiba badan saya rasa ringan… tapi saya perasan, di tapak pembinaan itu memang ramai yang gemar main ‘hembus-hembus’.

Perbuatan sihir selalunya digunakan sebagai jalan mudah untuk memuaskan kehendak diri.  “Malah ada seorang pekerja asing lain mengaku pada seseorang, jika mereka mahukan perempuan, mudah saja. Caranya hembus waktu siang, malamnya akan terima panggilan telefon,” katanya.

Menurut Azie, dia sedar terkena sihir itu ketika memohon doa kepada Allah kerana perasaan cinta, rindu yang berlebihan kepada pekerja buruh berkenaan. Ketika menyebut perkataan ‘Tiada kuasa yang sehebat-Mu ya Allah’ sewaktu berdoa, dia seolah-olah menjadi seperti orang yang baharu sedar daripada tidur.

Paling mengejutkan keesokan hari ketika bertemu lelaki itu, wajah dia bengkak sebelah sehingga mata menjadi sepet. Kata Azie, dia bersyukur kerana hidupnya tidak musnah angaka sihir pengasih di tapak pembinaan. Dia masih mendapatkan rawatan cara perubatan Islam agar tiada lagi anasir tidak baik dalam badannya.

“Saya kongsi kisah ini agar kita semua dapat beringat walaupun mereka nampak baik, ramah dan tak lokek berkongsi ilmu bertukang tetapi jangan lupa ada segelintir daripada mereka ada ‘ilmu’ lain juga. Bukan golongan itu sahaja tetapi dengan orang lain pun kita perlu berhati-hati. Bagaimanapun tidak semua pekerja asing itu jahat seperti lelaki tersebut namun hanya segelintir sahaja,” katanya.

sumber: mstar

Author: pyka