Hanez Suraya obses dengan Kpop sejak hamil anak kedua

Pelakon Hanez Suraya mengakui terlalu obses dengan drama Korea dan muzik K-Pop sejak hamil anak kedua. Hanez berkata, dia kerap menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen dan menyaksikan program hiburan terbitan negara itu.

“Sebelum ini, saya memang minat budaya dan industri Korea. Tetapi, tidaklah terlalu obses namun ketika hamil anak kedua ini saya banyak menghabiskan masa menonton drama Korea. “Sehinggakan, saya pernah mengajak suami untuk bercuti di sana,”

katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk pewarna bibir, Cake Pop di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini. Menurutnya, dia tergerak hati untuk memasarkan produk pewarna bibir kerana terpengaruh dengan solekan natural pelakon Korea yang sering ditonton di layar kaca.

“Sejak obses menonton drama Korea, saya sangat tertarik dengan solekan mereka. Disebabkan itu, saya memilih untuk mengeluarkan pewarna bibir ini,” katanya produk terbabit kini dijual secara dalam talian di Instagram miliknya.

Sementara itu, Hanez yang kini hamil tujuh bulan turut mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada awal Julai depan. “Mengikut ramalan doktor bayi saya dijadualkan lahir pada 7 Julai depan. Doakan kelahiran kedua ini dipermudahkan,” katanya.

Tanggal 29 Disember beberapa tahun lalu menjadi detik indah buat pelakon Hanez Suraya, 30, apabila selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.5 kilogram. Pengalaman itu lebih bermakna buat Hanez kerana dia bersalin secara normal.

Mengakui perkara itu bukan mudah, pelakon drama Love You Mr Arrogant bersyukur ia dipermudahkan. “Ini pengalaman pertama saya. Apabila melaluinya sendiri, baru saya tahu dan sedar betapa besarnya pengorbanan seorang ibu melahirkan anak.

Ibarat perlu bertrung nyawa kerana apa saja kemungkinan boleh terjadi. “Selepas selamat bersalin dan melihat wajah anak, saya terus menangis dan segala kesakitan terus hilang. Tak ada kata-kata boleh menggambarkan perasaan kami selain rasa bersyukur,” katanya.

Hanez berkata, saat itu suaminya Romie Razim Adilha, 35, juga tak dapat menyembunyikan rasa sebak. Bagaimanapun, pasangan ini belum bersedia untuk berkongsi gambar bayi mereka dengan umum dan hanya akan melakukannya selepas bayi yang belum diberi nama itu berusia tujuh hari.

Kelahiran anak perempuannya itu membuktikan kebesaran Allah SWT apabila ia adalah hajat suami Hanez sendiri. “Selepas berkahwin kami pergi menunaikan umrah. Di sana kami berdoa semoga dikurniakan anak segera, malah dalam doa itu suami inginkan anak perempuan.

Tak sangka pula, sekembalinya dari Makkah saya disahkan hamil. “Tidak lama kemudian selepas membuat pemeriksaan dan imbasan, doktor memberitahu bayi dalam kandungan saya ialah perempuan. Ketika itu, saya dapat lihat suami menitiskan air mata.

Sejak itu, suami terus meminta saya berehat dari segala aktiviti seni,” katanya. Menariknya, tarikh lahir anak sulung Hanez berbeza sebulan daripada tarikh lahir Romie yang jatuh pada 29 Januari. “Jika mengikut perkiraan doktor, saya dijangka bersalin pada 25 Disember,

tetapi ketika itu belum ada sebarang tanda nak bersalin. “Tiga hari selepas itu, saya pergi membuat pemeriksaan semula dan barulah dimaklumkan kedudukan bayi sudah berada di saluran betul. Saya terus dimasukkan ke hospital dan diberi pengawasan 24 jam,” katanya.

Kegembiraan menyambut cahaya mata baru dalam keluarga mereka bukan sahaja dirasai pasangan ini, malah kedua-dua anak tiri Hanez iaitu hasil perkahwinan terdahulu suaminya turut melahirkan rasa teruja. “Sejak saya mengandung lagi mereka cukup teruja.

Setiap hari mereka bertanya bila adik mereka nak keluar. Apabila sudah melihat sendiri depan mata, bertambah lagi kegembiraan mereka,” katanya. Sama seperti orang lain, Hanez juga memilih berpantang secara tradisional selama 44 hari di rumah mereka di Shah Alam, Selangor.

Suami mahu anak lagi

Walaupun masih baru, Hanez memberitahu Romie sudah menyatakan hasrat untuk menambah cahaya mata kedua dalam tahun itu juga. “Ikutkan saya nak berehat dulu, tapi suami sudah memberi isyarat nak tambah seorang lagi anak. Kalau boleh katanya, nak anak lelaki pula jadi cukup sepasang.

“Bagi saya, itu semua rezeki. Selagi diberikan kemampuan memiliki cahaya mata, saya tak menolak. Lagipun, anak ialah amanah Allah yang sangat berharga,” katanya. Berkenaan kerjaya lakonannya, menurut Hanez dia tidak boleh meletakkan sebarang keputusan atau tempoh tertentu.

“Sejujurnya saya rindu nak berlakon semula, tetapi saya tak nak cakap apa-apa kerana ini semua rezeki. Paling penting kini adalah keluarga yang menjadi keutamaan saya dan kerjaya jatuh nombor dua. “Buat masa sekarang biarlah saya fokus kepada membesarkan anak.

Memandangkan ini pengalaman baru buat saya, tentu saja teruja nak lakukan sendiri. Seboleh-bolehnya saya nak berikan sepenuh kasih sayang,” katanya yang memberikan susu badan buat anaknya. Kini Hanez sedang hamil anak keduanya. Sama-sama kita doakan semoga dipermudahkan segala urusan.

Sumber : Hmetro

Author: fafa